Tahap pencapaian agenda membentuk rakyat yang bersatu teguh kepada sebuah negara merdeka yang berdaulat masih samar walaupun telah mencapai kemerdekaan selama 62 tahun, demikian titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Terkenal sebagai Raja yang lantang dan tegas membuat teguran jika ada yang tidak kena, Sultan Nazrin bertitah proses membina warga merdeka yang bersatu padu, memiliki satu identiti nasional tidak boleh ditangguhkan kerana ia jaminan kepada kelangsungan kedaulatan negara.
Baginda bertitah sejak merdeka, negara dirahmati dengan pelbagai kejayaan antaranya keamanan dan kemakmuran, hak memilih kerajaan terjamin, pembangunan prasarana pesat berlaku, peluang ekonomi terbentang luas serta rakyat bebas memiliki harta.
"Tidak berlaku bencana alam ke peringkat melumpuhkan ekonomi negara, bekalan makanan mencukupi, program pendidikan pelbagai khidmat sosial disediakan, kebebasan beragama dijamin, rakyat masih bebas bersuara, media terus diterbitkan, keselamatan negara dan keselamatan rakyat dilindungi oleh tentera serta polis.
"Dalam kesyukuran menyenaraikan kejayaan, satu perkara yang tahap pencapaiannya masih samar dan jika tidak segera ditangani berkemungkinan menjadi kelam ialah agenda membentuk rakyat yang teguh bersatu kepada sebuah negara merdeka yang berdaulat," titah baginda pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia, Menjunjung Duli dan Penganugerahan Darjah Kebesaran negeri Perak sempena Hari Keputeraan ke-63 baginda di Istana Iskandariah di sini, hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Pada istiadat hari ini, Sultan Nazrin berkenaan menganugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Perak kepada 19 penerima, manakala istiadat sesi kedua melibatkan 234 penerima dijadualkan pada 16 Nov ini, juga di Istana Iskandariah.
Selain itu, Sultan Nazrin bertitah slogan dan retorik atas nama kaum serta agama bernada ekstrem dan semakin bergema perlu dihentikan segera kerana ia ibarat bara yang jika tidak dibendung akan menyemarakkan api permusuhan seterusnya membawa kemusnahan kepada negara.
"Negara ketika ini memerlukan paradigma yang progresif yang membolehkan rakyat berasa senang dan selesa, tidak memiliki prasangka dan curiga, sebaliknya berminda terbuka menghargai kepelbagaian yang dikurniakan di bumi ini," titah Sultan Perak.
BACA: "Kedaulatan negara bergantung pada warganya yang bersatu"- Ini titah penuh Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
BACA: Ketua Polis Negara dahului penerima Darjah Kebesaran Perak
Dalam titah yang sarat dengan pesanan serta teguran membina itu, Sultan Nazrin berpesan bahawa setiap negara pada setiap masa menghadapi pelbagai cabaran dan ancaman berbentuk ekonomi, politik, sosial selain ancaman dari luar yang boleh menggugat kestabilan serta ketenteraman.
"Cabaran dan ancaman paling dekat yang sangat kritikal boleh meruntuhkan negara dengan pantas adalah ledakan lava kemarahan sesama rakyat berpunca daripada perselisihan kaum perselisihan agama," pesan Sultan Nazrin.
Sehubungan itu, Sultan Nazrin bertitah bahawa negara ketika amat memerlukan diplomat bagi menjalinkan persaudaraan dengan berpandangan jauh, matang, sabar, tenang dan rasional agar suhu panas dapat diturunkan dan negara dihindarkan daripada bencana disebabkan perselisihan kaum serta agama.
Berdasarkan perkembangan semasa, Sultan Nazrin bertitah agar semua pihak mengingati kembali amaran bekas Menteri Dalam Negeri Tun Dr Ismail Abdul Rahman pada tahun 1960 yang menyatakan bahawa cabaran komunalisme yang boleh memecahbelahkan rakyat tidak boleh diperangi secara bersenjata atau diisolasi kerana ia tumbuh dalam diri setiap rakyat.
"Amaran Tun Dr Ismail amat perlu diperingatkan kembali dalam suasana minda warga berlainan kaum, agama yang kelihatan semakin cenderung mencari perbezaan daripada mencari persamaan, lebih mirip melukis sempadan pemisahan daripada mencari titik pertemuan," demikian pesanan Sultan Nazrin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 10 2019

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di Balairong Seri Istana Iskandariah hari ini. - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Banduan bergelar doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, hari ini.

PM Anwar dahului senarai 763 penerima Darjah Kebesaran Negeri Kelantan
Anwar dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Agong zahir sukacita prestasi ekonomi, pedagangan negara bertambah baik
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan perasaan sukacita dengan keadaan ekonomi dan prestasi perdagangan negara yang bertambah baik dan menunjukkan peningkatan.

PM ucap tahniah sempena ulang tahun Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Anwar merafak sembah dan ucapan tahniah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-76 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

97 individu terima Darjah, Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Kesemua 97 individu itu telah melepasi tapisan PDRM, Jabatan Insolvensi Malaysia dan SPRM.

PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah hari keputeraan Agong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-64 Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sultan Mizan Zainal Abidin kurnia darjah kebesaran kepada 111 individu
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan Gelaran dan Darjah Kebesaran Bintang-Bintang serta Pingat kepada 111 individu di Istana Syarqiyyah di sini, hari ini.

TPM, anggota Kabinet ucap tahniah Hari Keputeraan Agong
Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri merafak sembah dan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Negara di landasan tepat jayakan agenda pembangunan demi rakyat - Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa negara kini berada di landasan yang tepat bagi menjayakan agenda pembangunan.

Razali ketuai 540 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.