KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis santapan malam bagi meraikan pengamal media sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Istana Iskandariah, di sini malam ini.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Timbalannya Teo Ni Ching, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak Mohd Azlan Helmi.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Antarabangsa yang menanggung tugas Ketua Pengarang Bernama Jamaluddin Muhammad dan Ketua Penyiaran TV dan Radio Bernama D. Arul Rajoo.
Turut serta dalam majlis berkenaan ialah Ketua Pengarah Penyiaran Suhaimi Sulaiman, Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Media Prima Kamarudin Mape, Ketua Pengarang Astro Awani Ashwad Ismail, Pengarang Urusan Kumpulan dan New Straits Times Press Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.
Pengamal media asing turut diraikan termasuk Ketua Pengarang The Jakarta Post M. Taufiqurrahman, Pengarah Urusan Singapore Press Holding Noor Abdul Rahman, Country Manager AFP Alric Manickam, Editor Berita Kanan Philippines News Agency Pamela Samia, Ketua Biro Jiji Press Seiichi Oshima, Koresponden XinHua News Agency Jonathan Edward dan Ketua Biro Al-Jazeera Samer Allawy serta Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) Indonesia, Asro Kamal Rokan.
Kira-kira 1,000 pengamal media khususnya wartawan termasuk dari beberapa negara ASEAN berkumpul di Ipoh bermula hari ini bagi menjayakan sambutan HAWANA 2023 bertujuan menghargai sumbangan serta jasa golongan berkenaan dalam pembangunan negara.
Bertemakan 'Media Bebas, Tunjang Demokrasi', pelbagai perancangan diatur untuk fraterniti dan pakar industri media bersempena dengan sambutan HAWANA 2023 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga Isnin manakala kemuncak perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok di Hotel Casuarina Meru.
Sambutan HAWANA 2023 yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan pelaksanaannya dikendalikan Bernama kali ini menyajikan pelbagai acara menarik antaranya pertandingan mencari harta karun 'Media Hunt HAWANA', kejohanan boling antara media dan Karnival Mini HAWANA di Mydin Mall Meru Raya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat pada majlis santapan malam bagi meraikan kira-kira 300 pengamal media sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA 2023) di Istana Iskandariah malam ini. - Foto BERNAMA

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Sultan Nazrin dilantik Pengerusi MKI bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.

Sultan Nazrin berangkat ke Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2023.

Usaha preventif bendung isu 3R perlu segera dilaksana - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin bertitah usaha preventif menghindarkan perkara itu daripada berlarutan wajib dirintis dengan langkah tegas perlu dilaksanakan.

Sultan Nazrin berkenan rai pengamal media sempena HAWANA 2023
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis santapan malam bagi meraikan pengamal media sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Istana Iskandariah, malam ini.

Sultan Nazrin perkenan pelaksanaan ibadah korban dalam tempoh PKP dengan syarat
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenan pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan.

Sultan Nazrin perkenan pelantikan Saarani sebagai MB Perak. Ini latar belakang Saarani
Perkara tersebut dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pemberita di luar Istana Kinta.

Agenda bentuk rakyat bersatu masih samar - Sultan Nazrin
Tahap pencapaian agenda membentuk rakyat yang bersatu teguh kepada sebuah negara merdeka yang berdaulat masih samar walaupun telah mencapai kemerdekaan selama 62 tahun, demikian titah Sultan Perak.

RM5 bilion untuk Pembangunan Bersepadu Stesen Keretapi Ipoh
Projek pembangunan yang akan dilakukan secara berfasa itu mengambil masa 10 hingga 15 tahun untuk direalisasikan sepenuhnya.

Usaha SPRM banteras rasuah bukan bermusim - Ahmad Zahid
Usaha SPRM menahan individu-individu berjawatan besar atas dakwaan terlibat dalam jenayah kolar putih bukan tindakan bermusim, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.