IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenan pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata baginda menzahirkan titah perkenan itu setelah disembah maklum akan tatacara dan panduan pelaksanaan ibadah korban dalam tempoh PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Beliau berkata dalam tempoh PKP, jumlah petugas hendaklah tidak melebihi 20 orang bagi setiap sesi acara korban termasuk ahli jawatankuasa kariah atau surau dan jawatankuasa korban manakala ibadah korban dan akikah tidak dibenarkan di kawasan yang dikenakan PKPD.
"Pelaksanaannya tertakluk kepada syarat-syarat utama iaitu maksimum empat ekor bagi lembu atau kerbau pada sesi pertama dan maksimum lima ekor pada sesi kedua (hari pertama).
"Hari kedua hingga hari keempat pula maksimum lima ekor lembu atau kerbau masing-masing bagi sesi pertama dan sesi kedua," katanya dalam pekeliling kebenaran melaksanakan Ibadah Qurban dan Aqiqah Tahun 2021M/1442H dalam tempoh PKP dan PKPD di sini hari ini.
Katanya bagi kambing, syaratnya ialah maksimum enam ekor bagi sesi pertama dan maksimum lapan ekor bagi sesi kedua pada hari pertama manakala maksimum lapan ekor masing-masing pada sesi pertama dan kedua bagi hari kedua hingga keempat.
Mohd Yusop berkata sesi pertama pada hari pertama dibenarkan antara pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan sesi kedua pada 2 petang hingga 6 petang manakala hari kedua hingga hari keempat dibenarkan pada 8 pagi hingga 12 tengah hari bagi sesi pertama dan kedua.
Katanya, penyembelihan korban dan akikah hanya dibenarkan di Rumah Sembelih Negeri Perak (Abatoir) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), perkarangan masjid atau surau dan premis-premis yang dibenarkan JPV namun, pihak jawatankuasa kariah atau surau dan jawatankuasa korban adalah digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan di Abatoir.
Menurut garis panduan yang dikeluarkan JAIPk itu, peserta korban dan akikah atau wakil dibenarkan untuk mengambil bahagiannya pada masa dan di lokasi yang akan ditetapkan oleh pihak jawatankuasa kariah atau surau dan jawatankuasa korban setelah selesai proses menimbang dan membungkus.
Orang awam pula tidak dibenarkan untuk hadir mengambil bungkusan korban dan akikah kerana edaran kepada penerima akan diaturkan oleh pihak jawatankuasa kariah atau surau dan jawatankuasa korban.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021

Sultan Nazrin menzahirkan titah perkenan itu setelah disembah maklum akan tatacara dan panduan pelaksanaan ibadah korban dalam tempoh PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. - Gambar fail

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.

JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.

Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.

Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.

Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.

Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.

Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.