YAN: Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah kemasukan pelancong ke Taman Laut Pulau Payar perlu dihadkan pada jumlah minimum sahaja dalam seminggu bagi menjaga khazanah alamnya.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat ke Pulau Payar bagi melihat status semasa pulau berkenaan pada Khamis.
Sehubungan itu, Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kerajaan Negeri Kedah akan memelihara taman di Langkawi itu bagi mengekalkan ekosistem terumbu karang serta flora dan fauna yang terdapat di situ.
Katanya, pihaknya akan bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Laut untuk mengekalkan keindahan pulau tarikan pelancong itu demi generasi akan datang.
"Menerusi titah tuanku, pengunjung perlu mempunyai kesedaran menjaga khazanah alam. Kemasukan pelancong yang tinggi memberikan tekanan kepada kepelbagaian hidupan marin di pulau tersebut.
"Kehidupan marin di Pulau Payar tak ada di tempat lain, hanya ada di Pulau Payar sahaja. Ia dipanggil gugusan kepulauan Pulau Payar. Ada Pulau Kaca, Pulau Lembu, Pulau Payar sendiri dan Pulau Segantang.
"Semua tempat ini kaya dengan kehidupan marin yang perlu dikawal," katanya.
Tambahnya, ekosistem yang telah wujud ribuan tahun di Pulau Payar yang kaya dengan khazanah dasar laut itu wajar dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Terdahulu, Muhammad Sanusi mengiringi Sultan Sallehuddin berangkat ke Pulau Payar yang mempunyai keluasan 31.2 hektar dan menyempurnakan gimik perasmian Terumbu Ikonik Pulau Payar.
Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat Istana Anak Bukit, sebelum ini jumlah kemasukan pelancong ke taman laut itu mencecah 800 orang setiap hari.
“Kemasukan yang tinggi tersebut akan memberikan tekanan kepada biodiversiti marin,” katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Mar 25 2021
Aktiviti memberi makan kepada ikan sambil skuba di Pulau Payar memberi peluang pengunjung melihat hidupan laut yang unik dan menarik dengan lebih dekat di samping dapat menyaksikan terumbu karang yang indah di dasar laut. --Gambar fail BERNAMA
Nawaf Salam peroleh sokongan mencukupi untuk dilantik sebagai PM
Nawaf Salam memperoleh sokongan mencukupi daripada ahli parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Lubnan yang baharu.
Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.
Biden umum sekatan eksport teknologi AI buatan AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan sekatan eksport baharu ke atas teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk cip dan model AI yang digunakan dalam perisian.
Tumpuan Selasa – 14 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khabib Nurmagomedov dikeluarkan dari penerbangan
Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov, dihalau dari penerbangan Fly Frontier Airlines selepas terlibat dalam pertikaian dengan kru kabin mengenai tempat duduk di barisan keluar kecemasan.
Sekolah dibuka semula kecuali tujuh sekolah masih ditutup
Hampir semua sekolah awam di kawasan Los Angeles akan dibuka semula pada Isnin, walaupun anggota bomba masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran besar yang telah meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa dan memusnahkan lebih 12,000 struktur.
Penduduk Gaza terus menderita
Penduduk Palestin di bandar Gaza tidak lagi tahu di mana tempat selamat untuk berlindung sekali gus meneruskan kehidupan.
Ini kerana Sekolah Salah Al-Din tempat perlindungan mereka turut menjadi sasaran rejim zionis dalam serangan awal pagi Isnin.
Ini kerana Sekolah Salah Al-Din tempat perlindungan mereka turut menjadi sasaran rejim zionis dalam serangan awal pagi Isnin.
Indonesia perhebat kesiapsiagaan bencana letusan
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia telah mempergiatkan usaha kesiapsiagaan kecemasan, memfokuskan kepada aktiviti gunung berapi di Gunung Ibu, Gunung Lewotobi Laki-Laki dan Gunung Merapi ketika letusan terus menimbulkan risiko kepada masyarakat setempat.
Kyushu Jepun bergegar, amaran Tsunami dikeluarkan
Amaran tsunami dengan ketinggian maksimum 1 meter telah dikeluarkan untuk wilayah selatan Miyazaki dan Kochi.
Sultan Kedah titah kurangkan pelancong ke Pulau Payar
Kerajaan Negeri Kedah akan memelihara taman di Langkawi itu bagi mengekalkan ekosistem terumbu karang dan flora fauna yang terdapat di situ.
Nelayan hilang selepas jatuh laut
Niat menggantikan rakan yang bercuti bertukar tragedi bagi seorang kru bot nelayan apabila hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut di kedudukan kira-kira 4.1 batu nautika dari utara Pulau Payar.
Peruntukan RM13 juta LADA untuk prasarana Pulau Payar
Peruntukan yang akan dibuat menerusi Blueprint Langkawi 2.0 akan melibatkan pelaksanaan projek-projek pembaikan jeti dan kemudahan asas lain di pulau itu.
Kumpulan pemancing selamat tiba di Jeti Kuala Kedah, diberi rawatan kerana lemah
Setelah selamat tiba di Jeti Kuala Kedah, kira-kira jam 7 malam tadi, kesemua mangsa segera diberi bantuan rawatan oleh JPAM kerana berada dalam keadaan lemah.
Pemancing dikhuatiri hilang di Pulau Payar ditemui selamat
Semua mangsa hanya berdepan dengan masalah kebocoran bot dan dihanyutkan arus, bukan karam seperti yang dilaporkan sebelumnya.