JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, sememangnya dikenali sebagai seorang Sultan mesra rakyat dan sangat prihatin terhadap isu-isu rakyat.
Sultan Ibrahim diputerakan pada 22 Nov 1958 di Hospital Sultanah Aminah, di sini dan merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail dan Almarhumah Enche' Besar Khalsom Abdullah.
Berusia 65 tahun, baginda sangat dikenali rakyat Johor kerana sifatnya yang suka dan sentiasa mendekati rakyat, terutama menerusi Kembara Mahkota Johor yang diilhamkan baginda sejak menjadi Tunku Mahkota Johor lagi.
Ketika berlaku bencana terutama ketika banjir, baginda antara yang terawal turun padang untuk melihat sendiri situasi sebenar, serta mengambil berat terhadap kesulitan yang melanda rakyat Johor.
Sultan Ibrahim juga antara yang lantang bersuara berkenaan kebersihan dan isu-isu alam sekitar, yang menjadi antara perkara yang menjadi perhatian baginda.
Prihatin dengan keresahan rakyat mengenai kos sara hidup yang meningkat, Sultan Ibrahim sering menghulurkan bantuan seperti kotak makanan serta terbaharu, kampit beras kepada golongan miskin.
Malah baginda juga dilihat sering singgah di gerai dan kedai makan di setiap daerah, sambil menyantuni rakyat jelata.
"Saya mendengar dan memahami keresahan dirasai seluruh Bangsa Johor, mengenai kekurangan dan kenaikan harga barangan asas seperti beras dan lain-lain," titah baginda menerusi Facebook rasmi baginda, baru-baru ini.
Pada temu bual dengan Bernama bulan lepas, Sultan Ibrahim menzahirkan kesediaan untuk melaksanakan tugas untuk negara dan rakyat.
"Ia bukan satu kenaikan pangkat. Ia tanggungjawab yang saya sedia untuk laksanakan bagi pihak Raja-Raja Melayu," titah baginda serta menambah rakyat akan sentiasa didahulukan, dalam temu bual tersebut.
Dari sudut kepimpinan pula, ciri-ciri kepemimpinan baginda terserlah selepas melibatkan diri di dalam aktiviti ketenteraan, yang turut dijadikan asas bagi membina semangat juang, disiplin serta perwatakan yang berwibawa.
Selain latihan ketenteraan di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) di Kota Tinggi, baginda pernah mengikuti latihan ketenteraan pegawai muda di Fort Benning, Georgia, Amerika Syarikat, selain menjalani latihan airborne dan ranger untuk pegawai infantri.
Semangat ketenteraan yang tinggi dan tertanam dalam jiwa Sultan Ibrahim, mendorong baginda meneruskan latihan American Special Forces dan Pathfinder di mana, baginda membuat 19 terjunan payung terjun, lapan daripadanya pada waktu malam.
Sultan Ibrahim kemudian dipilih dan ditauliahkan sayap, seterusnya mendapat pengiktirafan sebagai seorang komando, malah lebih membanggakan, baginda turut ditauliahkan sebagai anggota pasukan SEAL (tentera darat, laut dan udara).
Baginda juga melakukan beberapa penerjunan di Bandung, Indonesia sebelum ditauliahkan sebagai ahli kehormat Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS), Indonesia.
Sultan Ibrahim turut menjalani latihan juruterbang helikopter bersama Tentera Udara Diraja Malaysia dan dikurniakan serta menerima sayap pada 26 April 1982, daripada Almarhum Sultan Iskandar.
Selain itu, baginda turut menjalani latihan tentera laut di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut, Perak, sekali gus melengkapkan baginda sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara yang berkemahiran.
Sultan Ibrahim, yang juga kekanda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, juga seorang yang meminati pelbagai masakan serta pandai memasak.
Sultan Ibrahim juga mempunyai pelbagai kemahiran, terutama dalam permotoran dan aktiviti air.
Pada 22 Sept 1982, baginda mendirikan rumah tangga bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan dikurniakan lima orang putera dan seorang puteri.
Baginda juga pernah dilantik sebagai Pemangku Raja semasa Almarhum Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-8, pada 25 April 1984 hingga 25 April 1989.
Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Jan 2010 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar, dan dimahkotakan pada 23 Mac 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2023
![Sultan Ibrahim mesra, prihatin isu-isu rakyat Sultan Ibrahim mesra, prihatin isu-isu rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698404209_SultanIbrahim.jpg)
Baginda sangat dikenali rakyat Johor kerana sifatnya yang suka dan sentiasa mendekati rakyat, terutama menerusi Kembara Mahkota Johor. - Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737151636_TBYSIJ.jpg)
YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 105 televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor.
![Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Vaisakhi, Tahun Baharu Tamil Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Vaisakhi, Tahun Baharu Tamil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712978918_HappyVaisakhi.jpg)
Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Vaisakhi, Tahun Baharu Tamil
Yang di-Pertuan Agong bertitah toleransi dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain menjadi tunjang perpaduan negara selama ini.
![Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706770672_tbHARIWILAYAHPERSE.jpg)
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan.
![#AgongKita: Sultan Ibrahim terima menghadap PM Anwar di Istana Negara #AgongKita: Sultan Ibrahim terima menghadap PM Anwar di Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706768931_TBAgong.jpg)
#AgongKita: Sultan Ibrahim terima menghadap PM Anwar di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara.
![Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17 Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702249500_SultanIbrahim.jpg)
Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17
Biografi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
![Sultan Ibrahim titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Jan Sultan Ibrahim titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Jan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704535005_tbSultanIbrahim.jpg)
Sultan Ibrahim titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Jan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Jan ini.
![DUN Johor, MB ucap tahniah pelantikan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 DUN Johor, MB ucap tahniah pelantikan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700714124_TBSultanIbrahim.jpg)
DUN Johor, MB ucap tahniah pelantikan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
![Sultan Johor selamat jalani pembedahan bahu kanan Sultan Johor selamat jalani pembedahan bahu kanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689714784_SultanIbrahimSulta.jpg)
Sultan Johor selamat jalani pembedahan bahu kanan
Sultan Ibrahim berada dalam keadaan sihat selepas selamat menjalani pembedahan pada bahu kanan.
![Flat kos rendah: Jangan putar belit kenyataan saya - Sultan Johor Flat kos rendah: Jangan putar belit kenyataan saya - Sultan Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684312080_TBSULTANIBRAHIM.jpg)
Flat kos rendah: Jangan putar belit kenyataan saya - Sultan Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran kepada segelintir pihak supaya tidak menjadikan kenyataan baginda mengenai keadaan flat kos rendah di negeri ini sebagai isu politik.
![Sultan Johor berkenan sambut ulang tahun kelahiran secara sederhana Sultan Johor berkenan sambut ulang tahun kelahiran secara sederhana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679606323_TBSultanJohor.jpg)
Sultan Johor berkenan sambut ulang tahun kelahiran secara sederhana
Hari Ulang Tahun Keputeraan rasmi Sultan Ibrahim jatuh pada hari pertama umat Islam menyambut 1 Ramadan.