LATAR BELAKANG
- Dilahirkan pada 22 November 1958, di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
- Baginda merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah.
PERISTIWA PENTING - 3 Julai 1981: Dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor.
- 22 September 1982: Mendirikan rumah tangga bersama DYMM Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan dikurniakan lima orang putera dan seorang puteri.
- 25 April 1984 - 25 April 1989: Dilantik sebagai Pemangku Raja.
- 23 Januari 2010: Dimasyhurkan sebagai Sultan Johor.
PENDIDIKAN
- Taman Didikan Kanak-Kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru.
- Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1) Johor Bahru.
- Sekolah Agama Ayer Molek, Johor Bahru.
- 1968 - 1970: Trinity Grammar School, Sydney, Australia.
- 1971 - 1975: English College (Maktab Sultan Abu Bakar).
- Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat di mana Baginda melengkapi dua kursus - ‘Southeast Asian Strategic Studies’ dan ‘International Law of the Seas’.
- Platun komander di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Kota Tinggi.
- Pegawai muda di Fort Benning, Georgia, Amerika Syarikat.
- Latihan airborne dan ranger untuk pegawai infantri.
- 19 terjunan payung terjun bersama American Special Forces dan Pathfinder.
- Ditauliah sayap dan mendapat pengiktirafan sebagai Komando.
- Ditauliahkan sebagai anggota pasukan SEAL.
- Ditauliahkan sebagai ahli kehormat Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS), Indonesia.
- Menjalani latihan juruterbang helikopter bersama TUDM dan dikurniakan serta menerima sayap pada 26 April 1982 daripada Almarhum Sultan Iskandar.
- Baginda turut menjalani latihan tentera laut di Pangkalan TLDM di Lumut, Perak, sekali gus melengkapkan Baginda sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara yang berkemahiran.