JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berada dalam keadaan sihat selepas selamat menjalani pembedahan pada bahu kanan baginda akibat kecederaan lama di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH 2), Kuala Lumpur, pada Selasa.
Menurut hantaran terbaru di laman sosial Facebook, baginda memaklumkan prosedur pembedahan berlangsung selama hampir tiga jam.
"Pembedahan berjalan dengan baik dan saya juga berada dalam keadaan baik.
"Saya ingin menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua pasukan petugas perubatan yang terlibat dan juga kepada rakyat yang sentiasa mendoakan kesihatan saya," titah baginda dalam hantaran tersebut.
Sultan Ibrahim turut berkenan meluangkan masa beramah-mesra bersama pasukan petugas perubatan selepas selesai menjalani pembedahan.
Sultan Ibrahim dijadualkan akan menjalani rawatan susulan radiofrekuensi untuk beberapa hari sebelum baginda berangkat pulang ke Johor.
Doktor pakar ortopedik yang terlibat dalam pembedahan tersebut ialah Dr Tan Chin Khoon, Dr Simmrat Singh Jagdis Singh dan Dr Shamsul Iskandar Hussein.
Turut membantu Dr Naveen Rajadurai (Radiologi) dan dua pakar bius iaitu Dr Zuraini Md Noor dan Datin Dr Vanitha Sivanaser (pakar bius).
Turut bersama dalam pembedahan itu ialah Datuk Dr Subrahmanyam Balan, doktor peribadi Sultan Johor.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023

Sultan Ibrahim berada dalam keadaan sihat selepas selamat menjalani pembedahan pada bahu kanan baginda akibat kecederaan lama di Hospital Pakar Damansara 2, Kuala Lumpur, pada Selasa. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tujuh pemain warisan dikenal pasti untuk Harimau Malaya - Tunku Ismail
Skuad Harimau Malaya berkemungkinan besar diperkuatkan dengan beberapa muka baharu ketika kempen Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac ini.

Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.

'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng

Tunku Mahkota Ismail berangkat ke majlis penutup Tilawah Al-Quran Kali Ke-68
Majlis berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.

Kenali Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah
Biografi Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17
Biografi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Permaisuri Johor berangkat ke Kuala Lumpur
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan berangkat ke Istana Negara bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada Rabu depan.

Tunku Ismail dimasyhur Pemangku Sultan Johor bermula hari ini
Jumaah Majlis Diraja mengumumkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Pemangku Sultan Johor, mulai Ahad.

Sultan Ibrahim titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Jan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Jan ini.

Sultan Johor terima menghadap Mohamed Khaled
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.