KLUANG: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menzahirkan rasa terharu dengan sambutan rakyat berbilang bangsa, pada Majlis Jamuan Teh yang diadakan di beberapa daerah sejak minggu lepas.
Melalui hantaran di Facebook rasmi milik baginda, Sultan Ibrahim bertitah amat bersyukur dan berbesar hati dapat bertemu dengan rakyat di semua 10 daerah, pada majlis pada Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat yang diadakan di empat daerah itu.
"Saya amat bersyukur dan berbesar hati dapat bertemu dengan rakyat pada Majlis Jamuan Teh yang diadakan di Muar, Mersing, Pontian dan Kluang.
"Sebagaimana sering saya mengingatkan keharmonian yang erat antara Bangsa Johor, menjadi tunjang perpaduan di negeri ini," titah baginda menerusi hantaran tersebut.
Sultan Ibrahim turut mengingatkan pembesar dan pemimpin tempatan supaya sentiasa bekerjasama antara satu sama yang lain termasuk dengan kerajaan.
"Saya tidak akan jauh dari Johor. Bila kucing keluar daripada kawasan, tikus-tikus akan mula berkeliaran. Tempoh lima tahun tidak lama sekejap sahaja. Saya akan sentiasa ada mata dan telinga di sini, untuk memastikan Johor sentiasa dalam keadaan yang sebaik mungkin," titah baginda lagi.
Terdahulu, Sultan Ibrahim berangkat ke Majlis Jamuan Teh yang diadakan di Dataran Kluang, di sini, untuk rakyat di daerah Kluang dan Batu Pahat.
Walaupun hujan lebat, namun tidak memadamkan kemeriahan jamuan berkenaan yang dihadiri lebih 3,000 rakyat, yang turut mengambil peluang bersalaman dan bergambar dengan baginda.
Sultan Ibrahim akan memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 mulai 31 Jan 2024 untuk tempoh lima tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023

Sultan Ibrahim amat bersyukur dan berbesar hati dapat bertemu dengan rakyat di semua 10 daerah. - Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 105 televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor.

Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Vaisakhi, Tahun Baharu Tamil
Yang di-Pertuan Agong bertitah toleransi dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain menjadi tunjang perpaduan negara selama ini.

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan.

#AgongKita: Sultan Ibrahim terima menghadap PM Anwar di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara.

Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17
Biografi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Jan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Jan ini.

DUN Johor, MB ucap tahniah pelantikan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Sultan Johor selamat jalani pembedahan bahu kanan
Sultan Ibrahim berada dalam keadaan sihat selepas selamat menjalani pembedahan pada bahu kanan.

Flat kos rendah: Jangan putar belit kenyataan saya - Sultan Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran kepada segelintir pihak supaya tidak menjadikan kenyataan baginda mengenai keadaan flat kos rendah di negeri ini sebagai isu politik.

Sultan Johor berkenan sambut ulang tahun kelahiran secara sederhana
Hari Ulang Tahun Keputeraan rasmi Sultan Ibrahim jatuh pada hari pertama umat Islam menyambut 1 Ramadan.