SEPANG: "Periksa suis utama atau soket, pastikan tidak basah atau ada lumpur sebelum menghidupkan peralatan elektrik". Itu antara pesanan penting yang sering diingatkan oleh sukarelawan berpengalaman dalam bidang kejuruteraan elektrik Syed Mohd Aizuddin Tuan Sembak kepada mangsa banjir.
Tenaga pengajar jurusan Pendawaian Elektrik di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak, Johor berkata, papan pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) dalam suis utama yang masih basah atau berlumpur boleh menyebabkan renjatan elektrik.
"Kalau dalam keadaan basah, jangan 'on' (hidupkan suis) lagi. Kalau plag atau soket masih basah tapi kita terus 'on' suis, boleh berlaku renjatan elektrik dan kita risau peralatan elektrik rosak dan pengguna terdedah kepada bahaya.
"Sebab itu saya bersama rakan-rakan lain turun ke beberapa lokasi dilanda banjir untuk periksa suis utama dan soket di setiap rumah mangsa banjir secara percuma. Kami hanya memerlukan waktu minimum dua minit bagi memeriksa soket dan lima minit untuk ELCB," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata lebih 600 tenaga mahir kejuruteraan elektrik di seluruh negara bergabung di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Komuniti Teknikal Islam Malaysia (Komtech) telah memberikan perkhidmatan pemeriksaan pendawaian elektrik di kawasan kediaman yang terjejas akibat banjir.
Sejak banjir mulai surut, pasukan yang dikenali sebagai SBP (Skuad Baik Pulih) telah bergerak ke Sepang, Shah Alam, Hulu Langat di Selangor serta Bentong, Temerloh dan Karak di Pahang.
"Misi pascabanjir ini merupakan program pertama kami yang semestinya menjanjikan pengalaman baharu," katanya yang berpengalaman selama 12 tahun dalam bidang berkenaan.
Sementara itu, tenaga pengajar Politeknik Melaka Ahmad Fauzi, 43, berkata pengalaman ini memberi pendedahan sebenar mengenai kaedah pendawaian elektrik yang sebelum ini hanya diajar di dalam kelas.
"Saya mengajar Kejuruteraan Elektrik sejak 2004. Boleh kata ini pengalaman 'real time' melihat sendiri keadaan suis utama dan soket yang ditenggelami banjir. Bila banjir surut, ada lumpur kering di dalam bahagian tersebut. Kalau dalam kelas, tidak ada pengalaman ini," katanya.
Juruelektrik Mohd Sofian Simat, 40, berkata beliau terpanggil untuk menyertai program sukarelawan tersebut bagi meringankan beban mangsa banjir berbekalkan ilmu dalam bidang Elektrik Domestik yang dipelajarinya di Giat MARA, Jelebu, Negeri Sembilan.
"Saya harap ilmu yang ada ini diberkati Allah dan dimanfaatkan sebaik mungkin," katanya.
Pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan Elektrik Kuasa Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Mohamad Anwar Irham Yosri, 25, pula menyifatkan inisiatif Komtech sebagai pendedahan sebenar kepada pelajar sepertinya.
"Saya pernah menjalani latihan industri di sebuah hotel di Putrajaya. Namun pengalaman sebagai sukarelawan ini menguji kemahiran saya membaiki pendawaian elektrik pascabanjir sebab ia berbeza dengan teori," katanya.
Senada dengan Mohamad Anwar, Mohamad Afzai Azram, 17, seorang pelajar Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, berkata perkhidmatan ini memberi peluang kepadanya untuk menimba pengetahuan baharu.
"Sukarelawan lain banyak memberi tunjuk ajar kepada saya memandangkan saya antara sukarelawan paling muda," kata pelajar jurusan Kejuruteraan Teknologi Elektrik itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 02 2022
NGO yang dikenali sebagai Komuniti Teknikal Islam Malaysia (Komtech) memberikan perkhidmatan pemeriksaan pendawaian elektrik di kawasan kediaman yang terjejas akibat banjir di beberapa daerah di Selangor dan Pahang. - Bernama
Touch n Go eWallet uji rekaan antara muka baharu
Kemas kini ini sedang diuji pada sejumlah kecil pengguna dan belum pasti jika akan diterapkan untuk semua pengguna.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.70 mata kepada 1,603.69 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Kementerian Perpaduan Negara aktifkan Skuad Ihsan MADANI
Skuad Ihsan MADANI adalah bukti komitmen kementeriannya dalam memupuk semangat kesukarelawanan, solidariti dan empati masyarakat.
Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.
Sukma 2024 tarik hampir 3,000 sekarelawan, majoriti golongan muda
Kesemua sukarelawan telah didedahkan dengan pelbagai latihan serta kemahiran khususnya dalam memberi bantuan kecemasan sepanjang temasya itu nanti.
Sukarelawan Bahasa Inggeris Singapura tidak jejas pengambilan, penempatan guru tempatan - KPM
Cadangan tersebut sedang diteliti, terutama dari sudut pelaksanaan di institusi pendidikan KPM bagi memastikan ia selari dengan dasar serta peraturan sedia ada.
NGO perlu berunding dengan Wisma Putra sebelum hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza
Mana-mana pihak khususnya NGO termasuk Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) Mercy Malaysia diminta berunding terlebih dahulu dengan Wisma Putra sebelum menghantar sukarelawan ke Gaza.
100 sukarelawan YBR gotong-royong bersihkan Zoo Melaka
Aktiviti kesukarelawanan itu juga melibatkan pembersihan kandang dan pemberian makan kepada haiwan dan membaik pulih taman permainan.
Raja Permaisuri Agong akan terus terlibat dalam pengurusan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor
Raja Zarith Sofiah bertitah baginda akan terus terlibat secara langsung dalam pengurusan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) walaupun kini berperanan sebagai Raja Permaisuri Agong.
Kerajaan Turkiye laksana 5,533 aktiviti selepas kejadian gempa bumi
Aktiviti itu melibatkan penyertaan pakar kesihatan mental, sukarelawan, pendidik dan jurulatih untuk 420,236 mangsa.
Kerosakan lapan sekolah di Dungun dianggar RM1 juta
Sebanyak lapan sekolah di daerah Dungun terjejas teruk akibat banjir, dengan kerugian dianggarkan hampir RM1 juta.
300 sukarelawan Pemuda UMNO laksana misi pascabanjir di Dungun
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Skuad Sabil menggerakkan 300 ahlinya bagi membantu mangsa banjir di daerah Dungun, hari ini.