Usaha memindahkan penduduk yang mendiami kawasan pinggir dan rizab sungai di sini terutama di Lembah Bertam, Ringlet ke penempatan baharu menghadapi kesukaran kerana penduduk mendakwa mereka telah mendapat hak milik kawasan yang dihuni.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata walaupun penempatan baharu boleh diwujudkan dengan bantuan kerajaan, namun kedegilan penduduk untuk berpindah menjadi masalah kepada usaha penyelesaian bencana yang melanda tanah tinggi itu, baru-baru ini.
"Kita tidak boleh memaksa mereka, kita tidak boleh berbuat demikian, saya tidak boleh pindahkan mereka secara paksa kerana mereka sudah dapat hak milik sementara. Isunya sekarang mereka duduk di tepi sungai. Jikalau mereka hendak tinggal, biarkan mereka tinggal," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada setiap 33 keluarga mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Ringlet di sini Ahad.
Bagaimanapun, Palanivel berkata beliau tetap bercadang mengenal pasti kawasan penempatan baharu serta mewujudkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (Prima) untuk penduduk yang mendiami kawasan pinggir dan rizab sungai agar bantuan boleh disalurkan.
"Apa yang penting kita perlu mencari kawasan tanah yang sesuai, kita perlu cari tanah baharu dan wujudkan perumahan Prima...jika mereka tidak berpindah mereka boleh menjadi mangsa yang terjejas teruk apabila berlaku kejadian seperti baru-baru ini," katanya.
Beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan pihak Sekolah Rendah Kebangsaan (Cina) Lembah Bertam mengenai cadangan pemindahan itu.
Dalam kejadian pada 6.30 petang 5 Nov lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.
Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.
Kejadian itu mengorbankan lima mangsa manakala lima lagi cedera.
Ia turut menjejaskan 203 penduduk yang terdiri daripada 47 keluarga di Kampung Baru dan Lembah Bertam yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet.
Bernama
Sun Nov 16 2014
Walaupun penempatan baru boleh diwujudkan, namun kedegilan penduduk untuk berpindah menjadi masalah kepada usaha penyelesaian - Palanivel
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [07 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
- Analisis pasca PRK Sungai Bakap
- Fahmi jumpa penyedia platform media, tangani isu buli siber
#AWANInews #AWANIPagi
- PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
- Analisis pasca PRK Sungai Bakap
- Fahmi jumpa penyedia platform media, tangani isu buli siber
#AWANInews #AWANIPagi
Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar
Negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.
Tergamak pukul ibu kandung depan jiran
Kejadian itu dipercayai berlaku di Kecamatan Stabat, Kabupaten Langkat di Sumatera Utara, Indonesia.
Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu
Demonstrasi yang dilakukan hampir setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik atau menjatuhkan Netanyahu.
PM baharu Britain kata rancangan hantar migran ke Rwanda dimansuhkan
Perdana Menteri baharu Britain, Keir Starmer berkata, rancangan kontroversi kerajaan terdahulu untuk menghantar migran ke Rwanda kini "dimansuhkan".
Ribuan warga Israel gesa pilihanraya baharu
Ribuan penunjuk perasaan anti-kerajaan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu menggesa pilihan raya baharu yang berpotensi menggantikan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang memimpin salah satu gabungan berhaluan kanan paling dalam sejarah Israel.
Demonstrasi yang kerap dilakukan setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik, dan Netanyahu masih menguasai majoriti stabil di parlimen.
Demonstrasi yang kerap dilakukan setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik, dan Netanyahu masih menguasai majoriti stabil di parlimen.
Kekejaman zionis: 16 rakyat Palestin maut dalam serangan Israel di sekolah
Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi keluarga Palestin akibat kehilangan tempat tinggal di tengah Gaza pada Sabtu.
Kekejaman zionis: UK cari keseimbangan dalam perang di Gaza
Britain mahukan kedudukan seimbang dalam perang di Asia Barat dan akan menggunakan usaha diplomatik untuk memastikan gencatan senjata dicapai dan tebusan yang dipegang oleh Pejuang Hamas dibebaskan.
Kekejaman zionis: Hamas terima cadangan A.S runding tebusan - Laporan
Hamas telah menerima cadangan Amerika Syarikat untuk memulakan perbincangan mengenai pembebasan tebusan Israel, 16 hari selepas fasa pertama perjanjian yang bertujuan menamatkan perang Gaza.
16 rakyat Palestin maut dalam serangan Israel di sekolah
Serangan ke atas sekolah di Al-Nuseirat membunuh sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan lebih 50 orang.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
MCMC berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat PPS.
Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini
Lebih 5,000 murid dan 307 guru terjejas, melibatkan enam sekolah di Penampang, dua di Tuaran, masing-masing satu di Papar dan Sipitang.
Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan
Mangsa banjir di Penampang meningkat kepada 112 orang daripada 40 keluarga pagi ini berbanding 78 orang daripada 28 keluarga semalam.
Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air
Hampir kesemua fasiliti di kawasan ini terjejas teruk akibat banjir dan menyukarkan pasukan petugas untuk keluar memberikan bantuan.
Banjir kini landa Kota Kinabalu
Anggota APM daerah Kota Kinabalu telah digerakkan sehingga awal pagi ini untuk membantu menyelamatkan mangsa.