KOTA BHARU:Sikap rakyat Kelantan yang mengambil mudah dan bersikap sambil lewa arahan kerajaan supaya sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan antara punca penularan COVID-19 sukar dikekang di negeri ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata angka jangkitan yang semakin meningkat dalam tempoh beberapa hari ini jelas menunjukkan seolah-olah penduduk tidak memandang serius dengan arahan kerajaan.
"Sepatutnya orang ramai yang kena memainkan peranan. Ambil perhatian dan sentiasa patuhi SOP. Bila sudah jadi begini (PKPB dilanjutkan) maka banyak pihak yang akan susah," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Panchor dekat Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.
Tegasnya, kawasan Kota Bharu yang kekal Zon Merah bersama Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang membuktikan sikap rakyat tidak memandang serius arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
"Saya akui amat sukar untuk mendidik orang ramai dengan norma baru tetapi sekiranya kita memberi tumpuan sepenuhnya dan tetap patuh, penularan COVID-19 akan berjaya disekat," katanya mengulas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di empat daerah di Kelantan yang dilanjutkan sehingga 20 Dis ini..
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan PKPB di Kelantan turut ditamatkan esok seperti kebanyakan negeri-negeri lain, kecuali bagi daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Machang dan Tanah Merah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata angka jangkitan yang semakin meningkat dalam tempoh beberapa hari ini jelas menunjukkan seolah-olah penduduk tidak memandang serius dengan arahan kerajaan. - Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
COVID-19: Orang ramai mula kembali amal 'norma baharu'
Penduduk di sekitar Johor Bahru membuat persiapan antaranya dengan mendapatkan kit ujian kendiri, pelitup muka dan cecair pencuci tangan.
Perubahan iklim: Banjir di New York akan jadi 'norma baharu' - Gabenor
Hampir 20 sentimeter hujan melanda di beberapa bahagian bandar paling ramai penduduk di AS.
COVID-19 bukan lagi kecemasan antarabangsa, amalan norma baharu sudah tak perlu?
China masih terus mengklasifikasikan COVID-19 sebagai virus yang kekal berbahaya dan boleh melonjakkan jangkitan pada bila-bila masa.
COVID-19: Kelonggaran SOP bukan satu titik akhir perjalanan
Kelonggaran ini bukan titik akhir perjalanan, sebaliknya satu permulaan dalam perjuangan sebenar menentang COVID-19.
Fasa peralihan endemik: Jangan 'padam' norma baharu - Annuar Musa
Rakyat perlu terus mengekalkan amalan positif termasuk soal penjagaan kebersihan diri.
4 petua jaga diri dalam norma baharu
Hampir 70% daripada responden Tinjau Selidik Kesejahteraan Bermula Dari Rumah mendedahkan PKP membebankan kesihatan mental mereka.
PRN Sarawak: Pusat mengundi dibuka, pengundian bermula pada 7.30 pagi
Proses membabitkan 1,213,769 pengundi biasa daripada 1,252,014 pemilih berdaftar di 82 kerusi DUN.
FFM31 dalam norma baharu pada 10 Disember - Zakaria
FFM31 yang ditangguhkan beberapa kali sebelum ini bakal diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
[KOLUMNIS] Kempen politik norma baharu
Seakan tidak mengendahkan pandemik COVID-19, politik Malaysia tidak surut dengan konflik antara individu dan parti.
PRN Melaka: Jaringan internet lemah kekangan kempen
Calon perlu berusaha mencari kaedah baharu untuk menjadi calon populis sekali gus mendapat mandat pada 20 November nanti.