NEGARA sekali lagi berhadapan dengan pilihan raya negeri mengejut selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah September tahun lalu.
Seakan tidak mengendahkan pandemik COVID-19, politik Malaysia tidak surut dengan konflik antara individu dan parti.
Perjanjian persefahaman antara kerajaan dan pembangkang seperti janji tinggal janji.
Janji dalam keharmonian suhu politik dan sama-sama fokus mendepani pandemik hampir tinggal kenangan.
Oleh sebab itu, pada 20 November ini rakyat Melaka akan keluar untuk menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRN.
Di saat menanti tarikh pengundian, kempen-kempen daripada calon yang bertanding sedang dan telah diadakan. Sudah pasti kepelbagaian cara berkempen dalam era norma baharu ini dapat diperhatikan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membenarkan parti-parti politik dan calon yang bersaing dalam PRN Melaka untuk menggunakan kaedah menaiki lori atau van sebagai salah satu cara berkempen.
Namun, penganjuran ceramah, syarahan dan kempen secara bersemuka adalah dilarang sama sekali.
Bahkan Kementerian Kesihatan pada 24 Oktober lalu awal-awal lagi telah melarang perhimpunan secara fizikal dan majlis diadakan, bermula 25 Oktober sehingga 27 November ini.
Larangan ini adalah di bawah Akta 342 iaitu “apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pemantuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan”.
Dengan larangan berkempen secara fizikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan SPR ini, apakah pilihan yang ada bagi calon-calon dan parti yang bertanding dalam pilihan raya di Melaka?
Bagaimanakah cara berkempen yang boleh menarik perhatian bakal pengundi mereka?
Kempen politik di Malaysia masih berpaksikan kepada kaedah secara bersemuka atau fizikal.
Pemain politik masih gemar untuk memberi ceramah atau syarahan, membuat lawatan dari rumah ke rumah, melawat kawasan tumpuan masyarakat setempat dan melakukan aktiviti kebajikan bersama-sama.
Kaedah kempen tradisional ini masih menjadi pilihan utama para calon yang bertanding bahkan para pengundi juga senang dengan cara sedemikian.
Ini kerana para pengundi dapat menyaksikan kemampuan para calon untuk berkomunikasi, berinteraksi dan menilai keperibadian serta keikhlasan dalam setiap kempen politik yang dijalankan.
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), seramai 93.3 peratus rakyat Malaysia melayari media sosial setiap hari.
Penggunaan Facebook adalah 91.7 peratus orang manakala aplikasi Whatsapp pula 98.7 peratus.
Data-data ini dengan sendiri membuktikan bahawa kempen politik di media baharu, terutamanya media sosial adalah platform terbaik bagi menggantikan kaedah berkempen secara bersemuka.
Kaedah kempen di media sosial, bukan sahaja menjimatkan wang, malah lebih efektif dalam menarik bakal pengundi, terutamanya golongan muda dan penyaluran maklumat adalah pantas.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan SPR turut menyarankan calon dan parti yang bertanding agar menggunakan media sosial semaksimum mungkin sebagai kaedah kempen dalam PRN di Melaka.
Di samping itu, media sosial adalah dunia maklumat yang terbuka. Rakyat akan memperoleh informasi tanpa sempadan, membaca daripada pelbagai sumber seterusnya menilai setiap calon yang bertanding.
Jika diperhatikan trend terkini, ramai pemain politik menggunakan media sosial untuk mendekatkan diri mereka dengan masyarakat.
Malah hampir setiap hari, kita dapat melihat pemain politik menganjurkan ceramah atau syarahan secara langsung melalui medium Facebook dan YouTube.
Perlu difahami juga, mesej kempen politik yang hendak disampaikan adalah kepada pelbagai demografik masyarakat.
Walaupun media sosial adalah trend terkini, mesej kempen politik juga harus sampai kepada masyarakat yang kurang literasi media baharu ini.
Oleh yang demikian, sudah sampai masanya media arus perdana seperti siaran TV dan radio memainkan peranan mereka untuk memberikan peluang kepada parti politik kerajaan dan pembangkang bagi menyuburkan semangat demokrasi.
Inisiatif yang dilakukan oleh Sinar Harian, Astro AWANI, Sin Chew Daily dan Bersih 2.0 yang memberikan peluang sama rata kepada semua calon tanpa mengira parti untuk menyebar luas mesej kempen pilhan raya adalah usaha yang sangat baik.
Kempen politik adalah saluran penyampaian maklumat. Setiap sisi masyarakat mempunyai hak untuk menerima informasi yang tepat dan saksama daripada pelbagai sumber.
Pemain industri media tradisional dan baharu boleh membantu dalam menyuburkan sistem demokrasi Malaysia.
Kepada calon-calon dan parti yang bertanding, strategi kempen politik perlulah lebih kreatif dalam memenuhi citarasa bakal pengundi masing-masing.
Namun begitu, tidak kira menggunakan media tradisional atau baharu dalam menyampaikan mesej kempen politik, suburkan ia dengan maklumat yang tepat dan berilmu kepada masyarakat.
* Immie Rozianie Abd Rahim ialah penyelidik pengiklanan politik.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Immie Rozianie Abd Rahim
Thu Nov 11 2021
Kempen politik di Malaysia masih berpaksikan kepada kaedah secara bersemuka atau fizikal. - Gambar hiasan BERNAMA
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.