ISKANDAR PUTERI: Penduduk di sekitar bandar raya ini mengambil langkah berjaga-jaga susulan peningkatan kes COVID-19 di seluruh negeri Johor ketika ini.
Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata penduduk di sekitar bandar raya ini telah membuat persiapan dengan mendapatkan kit ujian kendiri, pelitup muka (face mask), cecair pencuci tangan (hand sanitizer) dan beberapa peralatan lain sebagai langkah perlindungan diri.
Bagi suri rumah, Amy Tay, 50, dia sudah membeli kit ujian kendiri, pelitup muka dan cecair pencuci tangan sejak minggu lalu.
Katanya, dia turut mengingatkan keluarganya agar sentiasa menjaga kebersihan diri dengan mencuci tangan dengan lebih kerap selain meminta mereka agar meluangkan lebih masa di rumah berbanding di luar rumah.
“Ya, saya ada baca berita kes COVID-19 ini sudah semakin tinggi kat Johor sekarang, jadi saya pun cepat-cepat pergi beli test kit (ujian kendiri) dengan face mask (pelitup muka).
“Sekarang pergi mana-mana pun ramai dah pakai face mask, pakaian yang sesuai untuk jaga kesihatan.
“Semua ini untuk berjaga-jaga sebab dulu pun kita beli juga semua sebab COVID-19 ini dan kali ini kita lebih tahu alat-alat yang perlu dibeli untuk jaga keselamatan diri kita dan juga keluarga,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagi kakitangan swasta, Muhammad Zulfikar Abdul Rahim, 39 pula, dia mengamalkan untuk mandi dan membersihkan diri setiap kali pulang dari kerja sebelum menemui keluarga.
Katanya, perkara itu sama seperti yang dilakukannya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini dan malah, ia memberikan keyakinan kepadanya untuk bertemu dan bermesra dengan keluarga selepas pulang dari kerja.
“Macam PKP sebelum ni pun, setiap kali balik kerja, saya akan mandi sebelum berjumpa keluarga. Maklum sahajalah, saya ada anak kecil.
“Benda-benda lain macam face mask, hand sanitiser tu pun saya beli. Walaupun yang sebelum ini masih ada, namun saya tetap beli sebagai langkah berjaga-jaga.
“Manalah tahu, kalau benda-benda ni habis di pasaran sekurang-kurangnya kita masih ada bekalan untuk diri dan keluarga kita sendiri,” katanya.
Sementara itu bagi peniaga runcit, Muhammad Ashraf Abdul Majeed, 26, dia mula mengamalkan kembali langkah-langkah pencegahan seperti kerap membasuh tangan, pakai pelitup muka, tidak berada di tempat sesak, penjarakan sosial dan lain-lain berikutan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.
Malah katanya, premis perniagaannya juga ada menjual peralatan seperti kit ujian kendiri, pelitup muka hand sanitiser dan lain-lain untuk kemudahan orang ramai.
“Semua peralatan itu ada saya jual, tapi tak banyaklah macam di farmasi-farmasi kerana setiap kali barangan tersebut sampai, ia pasti habis dibeli. Sampai sahaja habis dibeli.
“Saya juga nasihatkan orang ramai supaya selalu menjaga kebersihan diri dan juga kawasan sekitar seperti di rumah, pejabat dan di mana-mana sahaja,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 22 2023

Orang ramai mengunjungi farmasi bagi mendapatkan peralatan seperti kit ujian kendiri, pelitup muka dan hand sanitiser. - Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.