KUALA LUMPUR: Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) pada 10 Dis ini akan berlangsung dalam konsep pembudayaan norma baharu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan kerajaan.
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Zakaria Abdul Hamid berkata FFM31 yang ditangguhkan beberapa kali sebelum ini akibat COVID-19 bakal diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Beliau berkata sebanyak 55 filem merangkumi filem Bahasa Malaysia dengan 32 penyertaan, Mandarin (lapan), Tamil (11) dan lain-lain (empat) bakal berentap merebut 28 kategori yang dipertandingkan untuk FFM edisi kali ini dengan tema 'Citra Sinema'.
"Sejumlah 28 anugerah secara ekslusifnya akan diberikan pada 10 Dis ini. Di edisi FFM sebelum ini, kategori-kategori teknikal secara kebiasaannya diberikan pada malam perasmian.
"Perubahan ini adalah wajar bagi menghargai setiap usaha karyawan di hadapan dan belakang tabir yang berjuang mencapai kualiti kerja yang terbaik," katanya pada sidang media FFM31, di sini, semalam.
Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Finas Prof Dr Md Nasir Ibrahim dan Presiden Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.
Zakaria berkata senarai pemenang pada tahun ini hanya akan diumumkan pada malam anugerah bagi memberikan kelainan dan debaran menantikan keputusan untuk semua kategori yang dipertandingkan.
Menurutnya, pelbagai program sisipan turut disediakan bagi meraikan FFM antaranya program tayangan dan apresiasi filem yang turut diadakan di beberapa lokasi pawagam termasuk Sabah dan Sarawak.
Zakaria berkata pemenang pada segmen malam anugerah bukan sahaja menerima trofi kemenangan yang disediakan pihak Finas, malah hadiah wang tunai daripada pihak penaja bagi memberi sokongan terhadap FFM31.
"Bagi pemenang kategori Filem Terbaik akan memenangi trofi dan Dana Kandungan Digital (DKD) berjumlah RM500,000 dengan mematuhi garis panduan sedia ada berkuat kuasa bagi tatacara permohonan DKD," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021

Zakaria berucap pada Majlis Sidang Media Festival Filem Malaysia ke-31 di Damansara, Kuala Lumpur, 1 Dis 2021. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Selepas 60 tahun berlakon, ini kali pertama A Galak terima anugerah
Seniman berusia 84 tahun itu menerima trofi Anugerah Khas Sepanjang Zaman pada Festival Filem Malaysia Ke-33, malam tadi.

Pencalonan Pengarah Terbaik FFM-33 pengiktirafan usaha keras pasukan - Sabri Yunus
Sabri Yunus anggap pencalonannya dalam Top 5 kategori Pengarah Terbaik pada FFM ke-33 pengiktirafan pada pasukan produksi filem Duan Nago Bogho.

Abang Adik, Imaginur antara calon 5 teratas FFM33
Filem Abang Adik adalah antara lima pencalonan yang berjaya mengatasi cabaran sengit ke Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33).

FFM33: ‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ diperkenal semula, bertemakan ‘emas’
Festival Filem Malaysia yang ke-33 bakal mengembalikan semula kategori Anugerah Dokumentari Terbaik selepas lima tahun dipertandingakan.

'Spilt Gravy on Rice' dinobat filem terbaik FFM-32
Filem arahan Datuk Zahim Albakri itu membawa pulang trofi di samping Dana Kandungan Digital bernilai RM500,000.

Jadikan misi nasional bawa filem tempatan ke pasaran global
Misi untuk membawa filem tempatan menembusi pasaran global perlu menjadi misi dan visi peringkat nasional.

FFM31 dalam norma baharu pada 10 Disember - Zakaria
FFM31 yang ditangguhkan beberapa kali sebelum ini bakal diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Maya Karin mengaku didekati empat lelaki termasuk warga Australia
Sejak kembali solo pada 2010 ramai yang mahu mengenali dirinya dengan lebih rapat, tetapi dia lebih selesa berkawan.

FFM31 akan diadakan 10 Dis - Finas
Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) akan diadakan pada 10 Dis ini dengan konsep norma baharu bagi meminimumkan risiko keselamatan dan mengekang penularan COVID-19.

Festival Filem Malaysia ke-31 bakal diadakan Oktober ini
Penyertaan untuk filem-filem tempatan dibuka secara rasmi rasmi bermula dari 15 Jun hingga 12 tengah hari 15 Julai depan.