KUALA LUMPUR: Misi untuk membawa filem tempatan menembusi pasaran global perlu menjadi misi dan visi peringkat nasional.
Kata Pengarah Filem Razaisyam Rashid, filem tempatan sejak dari zaman Tan Sri P Ramlee sehingga kini telah berjaya merangkul pelbagai anugerah di festival antarabangsa, namun Malaysia masih tidak mempunyai produk filem yang berjaya dipasarkan di peringkat global seperti kejayaan negara Thailand dan Indonesia.
Tegasnya, tanggungjawab itu bukan terletak kepada pembikin filem semata-mata tetapi ia memerlukan keterlibatan satu pasukan nasional yang mampu memasarkan, melakukan promosi, melobi dan mempunyai rangkaian antarabangsa yang baik.
“Kita kena sedar kalau nak meningkatkan industri filem tempatan di peringkat antarabangsa, kerja kerasnya tidak boleh dipikul oleh pembikin filem dan FINAS sahaja,
“Keterlibatan kita sebagai satu bangsa diperlukan, untuk masuk pasaran global bukan saja perlukan modal wang ringgit, kita perlukan kepakaran pemasaran, promosi yang bagus, pelobi, networking, dan kita perlu dedahkan karya kita ke peringkat antarabangsa selain mempunyai produk yang bagus,
“Kita ada banyak produk bagus seperti filem Bunohan, Songlap yang mempunyai kualiti antarabangsa. Produk yang bagus ini perlu dipasarkan secara antarabangsa bukan di anugerah festival sahaja, barulah penonton global massa buka ruang kepada kita,” jelas Razaisyam.
Tambahnya, sekiranya Kerajaan mahu menembusi pasaran global, usaha harus dikerahkan secara global.
Mengulas isu sama, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Prof Md Nasir Ibrahim mengakui pihaknya ketika ini sedang berusaha melakukan pelbagai kerjasama antarabangsa bersama Australia, Indonesia, Canada, Thailand dan China.
“Apa yang dibangkitkan oleh Razaisyam telah ada dalam perancangan kami dan telah dilaksanakan, sebab itu kita ada perjanjian dengan negara seperti Australia, Indonesia, Canada, Thailand dan yag terbaharu China.
“Saya akan mendalami lagi perkara ini dan apa yang dibangkitkan Razaisyam adalah signifikan dan kami akan berusaha ke arah itu,” katanya.
Diskusi berkenaan dibawakan AWANI Pagi pada Selasa sempena Festival Filem Malaysia yang ke-31 yang akan berlangsung pada 10 November ini.
Malam Anugerah FFM31 akan diadakan di Dewan Plenary KLCC dan bersiaran langsung di TV2 serta live di Youtube FINAS Malaysia.
Penganjuran FFM31 pada kali ini dengan penyertaan sebanyak 55 buah judul filem tempatan termasuk judul filem Mandarin dan Tamil.
Azyyati Ahmad
Tue Dec 07 2021

Tegas Razaisyam, sekiranya Kerajaan mahu menembusi pasaran global, usaha harus dikerahkan secara global.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama
Finas akan bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi memantau pematuhan kepada syarat-syarat penerbitan filem atau drama di negara ini.

Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa.

Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33
Program itu juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa.

FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.

Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.

FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau
FINAS juga ingin meneroka peluang untuk menganjurkan festival filem yang dapat membantu mengembangkan pasaran di rantau ASEAN.

Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili
Selain tayangan filem dari pelbagai negara, DIFF juga menampilkan pertandingan filem pendek dan bengkel untuk penggiat filem muda.

FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat
Pembangunan pangkalan data itu kelak mampu membantu pemain industri perfileman memahami 'selera' terkini penonton.

FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.

FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.