PUTRAJAYA: Sukar dipercayai bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bertindak membutakan mata dan memekakkan telinga berhubung kemasukan wang berjuta-juta ke dalam akaun peribadi beliau, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V. Sithambaram berkata dengan aliran masuk sejumlah besar wang ke dalam akaun bank beliau, perayu (Najib) sekurang-kurangnya perlu membuat pertanyaan mengenai sumber dan kesahihan kesemua dana ini.
"Membutakan mata dan memekakkan telinga berhubung kemasukan wang berjuta-juta ke dalam akaun banknya atas alasan tunggal bahawa pengurusan akaun terbabit telah diwakilkan kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Nik Faisal Ariff Kamil dan selama lima tahun beliau secara peribadi tidak mengetahui baki di dalam akaunnya adalah benar-benar sukar dipercayai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berhujah di hadapan panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd.
BACA: Najib tidak persoal Ambank tentang jumlah besar wang 'keluar masuk' dalam akaun peribadinya
Sithambaram berkata Najib juga kononnya bergantung kepada Allahyarham Datuk Azlin Alias (setiausaha sulit Najib) untuk mengetahui sama ada beliau boleh mengeluarkan ceknya.
"Perayu secara terang-terangan enggan mengakui bahawa beliau mengetahui baki di dalam akaun banknya kerana perkara itu akan mengaitkan pengetahuan beliau dengan deposit RM42 juta ke dalam akaun bank peribadinya.
"Najib tidak pernah memberi keterangan mengenai sama ada beliau pernah bertanyakan perkara itu kepada Azlin, Nik Faisal atau ahli perniagaan dalam buruan Low Teik Jho, atau Jho Low, mengenai sumber dana tersebut yang digunakan untuk berbelanja tanpa banyak soal," katanya.
Sithambaram berhujah meskipun sumber dana di dalam akaun Najib menjadi bahan siasatan rasmi oleh pihak berkuasa yang berkaitan, perayu terus kekal pasif dan tidak cuba membuat sebarang laporan polis mengenai dana yang telah didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau.
"Apabila dimaklumkan bahawa dana itu adalah daripada SRC, beliau sekali lagi tidak berbuat apa-apa," katanya.
Sithambaram juga berkata Ahli Parlimen Pekan itu berkeras bahawa wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya adalah sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi.
Bagaimanapun, beliau berkata hakim yang mendengar perbicaraan kes itu telah membuat pertimbangan yang wajar bahawa cerita mengenai sumbangan kerabat diraja Arab Saudi adalah sukar dipercayai apabila dipertimbang dengan keseluruhan bukti.
Menyentuh isu pengetahuan, peguam itu berkata Najib sendiri telah mengakui bahawa wang itu datangnya daripada SRC.
Ini, katanya, disahkan oleh Najib dalam afidavit yang difailkan terhadap bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik pada 2016.
Justeru, Sithambaran berkata adalah jelas Najib telah dengan sengaja berbohong apabila menyatakan bahwa beliau tidak mengetahui sumber dana itu ketika disoal mengenai perkara tersebut pada perbicaraan kes SRC.
Pendakwaan kemudian mengakhiri hujahan dan prosiding pendengaran rayuan itu bersambung pada Selasa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022

Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V. Sithambaram berkata Najib sekurang-kurangnya perlu membuat pertanyaan mengenai sumber dan kesahihan kesemua dana ini. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kes SRC: Keputusan mahkamah detik duka buat UMNO - Zahid
Presiden UMNO itu menerusi catatan di laman Facebooknya berkata, bagaimanapun parti itu tidak akan berputus asa dari segi perjuangannya.

Sukar dipercayai Najib butakan mata, pekakkan telinga wang berjuta masuk akaun peribadi - DPP
Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V. Sithambaram berkata Najib sekurang-kurangnya perlu membuat pertanyaan mengenai sumber dan kesahihan kesemua dana ini.