Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang baharu akan diumumkan selepas 3 Januari tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Jelas Mohamed Azmin, selepas pelantikan dilakukan majlis angkat sumpah SUK itu akan diadakan pada 11 Januari.
"Kita sudah senarai pendek nama pengganti SUK yang baharu, tapi kita tunggulah pengumuman yang akan dibuat selepas 3 Januari," kata Mohamed Azmin ketika majlis perpisahan SUK Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi di sini, hari ini.
Tambah Mohamed Azmin, individu yang bakal menggantikan Mohammed Khusrin adalah anak kelahiran Selangor.
Sementara itu, Mohammed Khusrin berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mencadangkan sembilan nama sebagai penggantinya.
Bagaimanapun, Mohammed Khusrin yang telah mengetahui individu yang bakal menggantikan beliau berkata, hanya dua nama disenarai pendek JPA.
"Saya tak boleh nak umum, kita kena tunggu Ketua Setiausaha Negara (KSB) akan umum. Calon yang dicadangkan JPA ada sembilan orang. Tapi kita dah senarai pendek dua...dan saya dah tau, tapi tak boleh bagi tau lah," katanya.
Justeru, beliau berharap supaya individu yang bakal menggantikan tempat beliau dapat meneruskan hubungan baik pihak eksekutif dengan Istana Selangor termasuk pemimpin di pelbagai peringkat.
"Saya mengharapkan siapa juga yang akan mengganti saya dapat meneruskan kerjasama dan hubungan yang baik di antara pihak eksekutif, pegawai kerajaan, pegawai daerah, Yang DiPertua dan istana.
"Semoga dapat diteruskan untuk kita mencapai visi kerajaan negeri mencapai sebagai sebuah negeri pintar seperti yang kita rancangkan," katanya.
Mohammed Khusrin pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum dilantik sebagai SUK Selangor.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Dec 16 2015
Mohammed Azmin (lima dari kiri) bersalam dengan Mohammed Khusrin di majlis perpisahannya di Bangunan SUK di Shah Alam, Selangor hari ini. - Gambar Astro AWANI/HARITS ASYRAF HASNAN
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
JPA perlu beri fleksibiliti kepada jabatan, agensi nilai prestasi penjawat awam - Pakar
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu memberi fleksibiliti kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan di semua peringkat untuk menilai prestasi penjawat awam.
Cadangan jawatan fleksi untuk pembantu perubatan sedang diteliti JPA - Lukanisman
Cadangan KKM untuk mewujudkan jawatan fleksi bagi pembantu perubatan terlatih supaya kekal berkhidmat sedang diteliti JPA.
Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.
Tribunal Anti Gangguan Seksual dijangka beroperasi sebelum Januari 2024 - Nancy
Tribunal Anti Gangguan Seksual dijangka beroperasi selewat-lewatnya pada Disember ini.
Mesej tular kaitkan KPPA, dua anak adalah palsu
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan satu mesej tular di media sosial, yang kononnya dikeluarkan oleh anak kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Zulkapli Mohamed.
JPA teliti semula pekeliling pemberian, penerimaan hadiah penjawat awam
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneliti semula pekeliling berkaitan pemberian dan penerimaan hadiah dalam perkhidmatan awam, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Frasa 'Malaysia Madani' diguna dalam urusan penyediaan surat kerajaan
Frasa 'Malaysia Madani' kini digunakan dalam urusan penyediaan surat kerajaan.
JPA teroka kemungkinan wujudkan kerjasama awam-swasta dalam bidang kesihatan
JPA sedang meneroka kemungkinan mewujudkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi perkhidmatan kesihatan tertentu.
JPA terbuka dengan pandangan semua pihak berkepentingan - Mohd Shafiq
Penambahbaikan berterusan berhubung kebajikan penjawat awam yang merangkumi semakan saraan serta laluan kerjaya, juga sedang dibuat.
Waktu bekerja empat hari seminggu belum sesuai dilaksana di Malaysia - Cuepacs
Waktu bekerja empat hari seminggu masih belum sesuai dilaksanakan di Malaysia ketika ini, menurut Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).