PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan ruang dan peluang kepada graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkelayakan untuk berkhidmat dalam sektor awam melalui syarat lantikan lebih luas serta fleksibel.
Menurut kenyataan JPA di sini hari ini, perkara berkenaan selaras keputusan kerajaan meneruskan usaha memperkasakan TVET di bawah Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah memperluas kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam syarat lantikan Gred 19 dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam syarat lantikan Gred 29.
Pelaksanaan inisiatif itu bakal diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.
"Menerusi SSPA, JPA menyediakan ruang dan peluang kepada graduan berkelayakan TVET untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam melalui syarat lantikan lebih luas serta fleksibel.
"JPA sentiasa bekerjasama dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Kemahiran Malaysia, Kementerian Sumber Manusia untuk memperuntukkan kelayakan TVET yang diiktiraf MQA dalam kelayakan masuk skim perkhidmatan yang bersesuaian dalam perkhidmatan awam," menurut kenyataan itu.
Penetapan kelayakan TVET dalam syarat lantikan ke perkhidmatan awam bergantung kepada kesesuaian bidang kemahiran tertentu di dalam skop dan huraian tugas sesuatu skim perkhidmatan serta dilaksanakan susulan perbincangan dengan ketua perkhidmatan yang berkaitan.
"Sebagai contoh, peruntukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang pengangkutan diletakkan sebagai syarat lantikan ke skim perkhidmatan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 kerana bidang itu bersesuaian dengan skim berkenaan berbanding skim perkhidmatan Pembantu Perikanan Gred G19 yang menetapkan syarat SKM dalam bidang pertanian dan asas tani," menurut JPA.
Sementara itu, JPA memaklumkan pihaknya sentiasa cakna dengan keperluan industri negara dalam penyediaan modal insan berkemahiran bagi mendepani Revolusi Industri 4.0.
"Kerajaan terus mempergiat TVET dengan memperuntukkan kelayakan SKM dalam 66 skim perkhidmatan di Gred 19 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2011 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016.
"Bagi memastikan perkhidmatan awam sentiasa bergerak seiring keperluan negara, kelayakan DKM dan DLKM juga diperuntukkan dalam syarat lantikan bagi dua skim perkhidmatan di Gred 29 iaitu skim perkhidmatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 dan Penolong Pegawai Latihan Gred E29," menurut JPA.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024
![JPA sedia ruang, peluang graduan TVET berkhidmat dalam sektor awam JPA sedia ruang, peluang graduan TVET berkhidmat dalam sektor awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677761150_TVET.jpg)
Menurut kenyataan JPA, perkara berkenaan selaras keputusan kerajaan meneruskan usaha memperkasakan TVET di bawah Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). - Gambar hiasan
![Polis tahan pengasuh disyaki dera, abai bayi sehingga patah paha Polis tahan pengasuh disyaki dera, abai bayi sehingga patah paha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716275504_Handcuffedwomen.jpg)
Polis tahan pengasuh disyaki dera, abai bayi sehingga patah paha
Polis menahan seorang pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian bayi di kediamannya di Bandar Dato' Onn, Isnin lepas.
AWANI Ringkas: Perundangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721826723_nurulaishahfarhan.jpg)
Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan remaja perempuan berusia 17 tahun dikenali Nurul Aishah Farhana Azni yang dilaporkan hilang sejak semalam.
AWANI Tonight 24 July 2024
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt want socmed platforms to crack down on online crimes
2. World breaks hottest day record for second day in a row
1. Govt want socmed platforms to crack down on online crimes
2. World breaks hottest day record for second day in a row
![Larikan kanak-kanak perempuan di Jeram, penjual pisang goreng didakwa esok Larikan kanak-kanak perempuan di Jeram, penjual pisang goreng didakwa esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720605165_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Larikan kanak-kanak perempuan di Jeram, penjual pisang goreng didakwa esok
Seorang penjual pisang goreng yang dipercayai melarikan kanak-kanak perempuan warga tempatan pada 19 Julai lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Besar, Sabak Bernam pada 9 pagi esok.
![Pelan Tindakan Bakau Sabah bakal dilancarkan - Hajiji Pelan Tindakan Bakau Sabah bakal dilancarkan - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706090403_TBHAJIJIPLEDGE.jpg)
Pelan Tindakan Bakau Sabah bakal dilancarkan - Hajiji
Kerajaan Sabah bakal melancarkan Pelan Tindakan Bakau Sabah sebagai langkah mentransformasikan pengurusan dan pemuliharaan hutan bakau di negeri ini.
AWANI Tonight: World breaks hottest day record for second day in a row
Monday, July 22nd was the hottest day on record, surpassing July 21st, which had just taken the title a day earlier.
AWANI Tonight: Govt seeks socmed platforms’ help to crack down on cybercrime
Malaysia is seeking the commitment of social media platforms to address cybercrimes, amid a growing trend of traditional crimes migration to cyberspaces
![Angka korban rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 39,145 orang Angka korban rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 39,145 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718172737_humanitarianpause.jpg)
Angka korban rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 39,145 orang
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 39,145 orang.
![Penumpang AirAsia X melonjak 42 peratus pada suku kedua Penumpang AirAsia X melonjak 42 peratus pada suku kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637676353_AirAsiaX.jpg)
Penumpang AirAsia X melonjak 42 peratus pada suku kedua
AirAsia X Bhd telah membawa 880,265 penumpang pada suku kedua 2024, melonjak 42 peratus dari tahun ke tahun.
![JPA sedia ruang, peluang graduan TVET berkhidmat dalam sektor awam JPA sedia ruang, peluang graduan TVET berkhidmat dalam sektor awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677761150_TVET.jpg)
JPA sedia ruang, peluang graduan TVET berkhidmat dalam sektor awam
Perkara berkenaan selaras keputusan kerajaan meneruskan usaha memperkasakan TVET di bawah Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
![JPA perlu beri fleksibiliti kepada jabatan, agensi nilai prestasi penjawat awam - Pakar JPA perlu beri fleksibiliti kepada jabatan, agensi nilai prestasi penjawat awam - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702312165_TBMusaAli.jpg)
JPA perlu beri fleksibiliti kepada jabatan, agensi nilai prestasi penjawat awam - Pakar
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu memberi fleksibiliti kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan di semua peringkat untuk menilai prestasi penjawat awam.
![Cadangan jawatan fleksi untuk pembantu perubatan sedang diteliti JPA - Lukanisman Cadangan jawatan fleksi untuk pembantu perubatan sedang diteliti JPA - Lukanisman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710051042_TBLukanismanAwangS.jpg)
Cadangan jawatan fleksi untuk pembantu perubatan sedang diteliti JPA - Lukanisman
Cadangan KKM untuk mewujudkan jawatan fleksi bagi pembantu perubatan terlatih supaya kekal berkhidmat sedang diteliti JPA.
![Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707819240_MohdZukiAli.jpg)
Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.
![Tribunal Anti Gangguan Seksual dijangka beroperasi sebelum Januari 2024 - Nancy Tribunal Anti Gangguan Seksual dijangka beroperasi sebelum Januari 2024 - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700841125_NancyShukri.jpg)
Tribunal Anti Gangguan Seksual dijangka beroperasi sebelum Januari 2024 - Nancy
Tribunal Anti Gangguan Seksual dijangka beroperasi selewat-lewatnya pada Disember ini.
![Mesej tular kaitkan KPPA, dua anak adalah palsu Mesej tular kaitkan KPPA, dua anak adalah palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694257883_TBptd.jpg)
Mesej tular kaitkan KPPA, dua anak adalah palsu
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan satu mesej tular di media sosial, yang kononnya dikeluarkan oleh anak kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Zulkapli Mohamed.
![JPA teliti semula pekeliling pemberian, penerimaan hadiah penjawat awam JPA teliti semula pekeliling pemberian, penerimaan hadiah penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680791620_KetuaSetiausaha.jpg)
JPA teliti semula pekeliling pemberian, penerimaan hadiah penjawat awam
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneliti semula pekeliling berkaitan pemberian dan penerimaan hadiah dalam perkhidmatan awam, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
![Frasa 'Malaysia Madani' diguna dalam urusan penyediaan surat kerajaan Frasa 'Malaysia Madani' diguna dalam urusan penyediaan surat kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676565619_JabatanPerkhidmatan.jpg)
Frasa 'Malaysia Madani' diguna dalam urusan penyediaan surat kerajaan
Frasa 'Malaysia Madani' kini digunakan dalam urusan penyediaan surat kerajaan.
![JPA teroka kemungkinan wujudkan kerjasama awam-swasta dalam bidang kesihatan JPA teroka kemungkinan wujudkan kerjasama awam-swasta dalam bidang kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649172186_TBMohdShafiqAbdulla.jpg)
JPA teroka kemungkinan wujudkan kerjasama awam-swasta dalam bidang kesihatan
JPA sedang meneroka kemungkinan mewujudkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi perkhidmatan kesihatan tertentu.
![JPA terbuka dengan pandangan semua pihak berkepentingan - Mohd Shafiq JPA terbuka dengan pandangan semua pihak berkepentingan - Mohd Shafiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645087231_TBMohdShafiqAbdulla.jpg)
JPA terbuka dengan pandangan semua pihak berkepentingan - Mohd Shafiq
Penambahbaikan berterusan berhubung kebajikan penjawat awam yang merangkumi semakan saraan serta laluan kerjaya, juga sedang dibuat.