KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah menjalankan tiga siasatan kes kematian dalam tahanan sepanjang tahun 2022.
Ahli Suruhanjaya Suhakam, Chew Chee Ming berkata, pihaknya telah mencadangkan beberapa penambahbaikan selepas meneliti isu tersebut sebelum ini.
“Pada 2020, kita siasat 12 kes, pada 2021 sebanyak 13 kes dan setakat ini pada 2022, kita sudah siasat tiga kes.
BACA: Pengerusi Suhakam perlu utamakan isu kematian dalam tahanan - CENTHRA
“Berdasarkan siasatan kami, Suhakam mendapati kebanyakan kes kematian adalah berkait dengan masalah kesihatan.
“Kita telah mengesyorkan penambahbaikan dari aspek penjagaan kesihatan di pusat tahanan termasuk menambah tenaga kerja, menaik taraf fasiliti seperti klinik dan menambah jumlah petugas kesihatan.
“Suhakam juga menggalakkan orang ramai menjemput Suhakam untuk mengadakan taklimat semasa perbicaraan koroner,” katanya.
Tambah beliau, kesesakan dan kekurangan pemantauan adalah faktor utama yang dikenal pasti menjadi punca utama kepada kes kematian dalam tahanan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Webinar Hari Suhakam 2022: Kepentingan Mengutamakan Hak Asasi Ekonomi, Sosial Dan Budaya (ESCR) Dalam Menyokong Pemulihan Negara Dan Masyarakat Di Malaysia pada Jumaat.
Astro AWANI pada Mac lepas melaporkan mulai tahun 2022, semua kes kematian dalam tahanan polis akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, kes berkenaan tidak lagi disiasat oleh anggota atau pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) atau lokap, di mana kejadian kematian itu dilaporkan.
Menurutnya, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) melibatkan 684 lokap polis, IPD dan ibu pejabat kontinjen PDRM sedang dilaksanakan bagi mengawasi dan memantau Orang Kena Tahan untuk memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku di dalam lokap.
Ridauddin Daud
Fri Sep 09 2022
Suhakam mendapati kebanyakan kes kematian adalah berkait dengan masalah kesihatan. - Gambar hiasan/Bernama
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Bangladesh minta Hasina diekstradisi
Penasihat luar kerajaan sementara berkata telah menghantar nota rasmi kepada Kerajaan India bahawa Kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali ke negara itu untuk menjalani proses kehakiman.
Bangladesh tidak benarkan lagi kemasukan Rohingya
Bangladesh tegaskan, ia tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya, lebih-lebih lagi apabila kira-kira 60,000 pelarian itu memasuki negara Asia Selatan itu dalam tempoh dua tahun lalu
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai Januari
Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025.
Rusia pertimbang penerbangan terus ke Malaysia
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
SUHAKAM, PDRM lakukan kajian elak kematian tahanan lokap - PM Anwar
Perdana Menteri berkata, sebahagian kes kematian yang dilaporkan adalah benar dan sebahagiannya hanya sekadar persepsi.
Kematian dalam tahanan: Kerajaan, polis dapat kebenaran merayu keputusan bayar RM197,600
Terdapat isu mengenai ganti rugi dan liabiliti di bawah undang-undang berkaitan yang masih belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
Suhakam siasat tiga kes kematian dalam tahanan pada 2022
Suhakam telah mencadangkan beberapa penambahbaikan selepas meneliti isu tersebut sebelum ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas melalui perbahasan di peringkat Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa.
Pengerusi Suhakam perlu utamakan isu kematian dalam tahanan - CENTHRA
Ketua Eksekutif CENTHRA Azril Mohd Amin berkata pelantikan Rahmat adalah bertepatan untuk merungkai isu hak asasi manusia di negara ini
Kes kematian dalam tahanan polis disiasat unit khas mulai 2022
Ia akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
EAIC kaji isu kematian dalam tahanan, tingkat kolaborasi dengan agensi berkaitan
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan menjalankan kajian menyeluruh dan mendalam mengenai isu kematian dalam tahanan, kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Saman Sivil: Keluarga Kugan menang gantirugi RM851,700
Keluarga A. Kugan yang menyaman kerajaan dan polis kerana beliau mati dalam tahanan, hari ini menang RM851,700 dalam saman sivil.