KUALA LUMPUR: Mulai tahun ini, semua kes kematian dalam tahanan polis akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said.
Beliau berkata kes berkenaan tidak lagi disiasat oleh anggota atau pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) atau lokap, di mana kejadian kematian itu dilaporkan.
"Ini bagi memastikan ketelusan siasatan berkaitan kes itu dan tidak akan berkompromi terhadap sebaran pelanggaran undang-undang serta salah laku tatatertib.
"Kes-kes berkaitan bukan sahaja disiasat di bawah aspek jenayah tetapi termasuk daripada aspek tatatertib," katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Bobbey Suan yang ingin tahu langkah pencegahan yang diambil Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengatasi kes kematian dalam tahanan.
Selain itu, Bobbey juga meminta KDN menyatakan jumlah kematian tahanan seperti di lokap polis, depoh tahanan imigresen dan lain-lain agensi kerajaan dari Januari 2020 hingga Jun 2021.
Mengulas lanjut, Ismail berkata sebanyak 17 kes kematian dalam tahanan polis dilaporkan bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lepas yang melibatkan kematian tertinggi di Selangor iaitu tujuh kes, diikuti Pahang (enam), Johor (dua) manakala masing-masing satu kes di Kedah serta Perak.
"Bagi tempoh Januari hingga Disember 2020, jumlah kematian dalam tahanan polis melibatkan 16 tahanan iaitu di Pahang merekodkan sembilan kes, Terengganu (dua) dan masing-masing satu kematian di Perlis, Perak, Melaka, Johor dan Sabah.
"Tahanan di bawah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi tempoh Januari 2020 hingga Jun 2021, sebanyak 113 kematian tahanan di depot imigresen dilaporkan membabitkan 53 orang pada 2020 manakala sehingga Jun 2021 melibatkan 60 orang. Sementara sehingga 15 Mac lepas, sebanyak 27 kematian disebabkan COVID-19 dilaporkan," katanya.
Bagi jumlah kematian dalam penjara, Ismail berkata 12 kematian dilaporkan pada tahun lepas dengan tujuh kematian banduan direkodkan di Penjara Kluang, Johor dan masing-masing satu kematian di Penjara Sungai Udang, Melaka; Penjara Simpang Renggam, Johor; Penjara Bentong, Pahang; Penjara Wanita Kajang, Selangor; dan Penjara Satelit Kuala Kangsar, Perak.
Bagi 2020, jumlah kematian dalam penjara membabitkan 13 banduan iaitu tujuh kematian di Penjara Kluang, dua kematian di Penjara Sungai Udang manakala masing-masing satu kematian di Penjara Sungai Buloh, Selangor; Penjara Kota Kinabalu, Sabah; Penjara Taiping, Perak; dan Penjara Pokok Senam, Pulau Pinang.
"KDN melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil berat tentang hak asasi tahanan di semua lokap PDRM seluruh negara, termasuk usaha mengatasi kes tahanan mati semasa di bawah pengawasan PDRM.
"Justeru, untuk menambah baik pengurusan tahanan dalam lokap, PDRM telah menyediakan garis panduan standard lebih ketat termasuk dalam menguruskan tahanan yang sakit, meningkatkan kekerapan rondaan pada waktu malam serta penambahan anggota yang menguruskan tahanan," katanya.
Ismail turut berkata pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) melibatkan 684 lokap polis, IPD dan ibu pejabat kontinjen PDRM sedang dilaksanakan bagi mengawasi dan memantau Orang Kena Tahan untuk memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku di dalam lokap.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 22 2022
Ismail berkata kes berkenaan tidak lagi disiasat oleh anggota atau pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) atau lokap, di mana kejadian kematian itu dilaporkan. - Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
SUHAKAM, PDRM lakukan kajian elak kematian tahanan lokap - PM Anwar
Perdana Menteri berkata, sebahagian kes kematian yang dilaporkan adalah benar dan sebahagiannya hanya sekadar persepsi.
Kematian dalam tahanan: Kerajaan, polis dapat kebenaran merayu keputusan bayar RM197,600
Terdapat isu mengenai ganti rugi dan liabiliti di bawah undang-undang berkaitan yang masih belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
Suhakam siasat tiga kes kematian dalam tahanan pada 2022
Suhakam telah mencadangkan beberapa penambahbaikan selepas meneliti isu tersebut sebelum ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas melalui perbahasan di peringkat Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa.
Pengerusi Suhakam perlu utamakan isu kematian dalam tahanan - CENTHRA
Ketua Eksekutif CENTHRA Azril Mohd Amin berkata pelantikan Rahmat adalah bertepatan untuk merungkai isu hak asasi manusia di negara ini
Kes kematian dalam tahanan polis disiasat unit khas mulai 2022
Ia akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
EAIC kaji isu kematian dalam tahanan, tingkat kolaborasi dengan agensi berkaitan
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan menjalankan kajian menyeluruh dan mendalam mengenai isu kematian dalam tahanan, kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Saman Sivil: Keluarga Kugan menang gantirugi RM851,700
Keluarga A. Kugan yang menyaman kerajaan dan polis kerana beliau mati dalam tahanan, hari ini menang RM851,700 dalam saman sivil.