Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata pihaknya tidak bertindak di luar kebiasaan dalam mengeluarkan laporan berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh Keng Joo dan aktivis sosial Amri Che Mat, selepas polis menafikan pihaknya terbabit dalam kehilangan aktivis itu.
Pemangku Pengerusi Suhakam, Jerald Joseph berkata dakwaan bahawa badan itu cuba menghukum pihak polis atau memprovokasi reaksi orang ramai serta pihak berkuasa adalah tidak munasabah.
"Sepanjang siasatan awam yang dijalankan, Suhakam menjalankan tanggungjawabnya tanpa gentar, tidak menyebelahi mana-mana pihak, tanpa prasangka atau prejudis dalam usaha untuk mengemukakan kebenaran bagi perkara yang melibatkan kepentingan awam dan ini amat diperlukan dalam pelaksanaan demokrasi di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, pada Rabu, menafikan Cawangan Khas Bukit Aman terbabit dalam kehilangan Amri susulan kesimpulan dibuat Suhakam selepas inkuiri selama 18 bulan.
Katanya individu yang dilaporkan pihak Suhakam itu sebenarnya pegawai awam yang ditempatkan di Cawangan Khas Bukit Aman Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Hasil siasatan mendapati individu itu bukanlah pegawai polis dari Cawangan Khas. Malah individu itu juga telah berhenti daripada tugasnya, kata Mohamad Fuzi.
Sebelum ini, pada 3 April lalu, Suhakam merumuskan laporan siasatan Cawangan Khas terbabit dalam kehilangan paksa Amri dan Koh.
Joseph berkata sejak penubuhannya, Suhakam telah menjalankan sembilan siasatan awam dan kandungan setiap laporan siasatan awam disiarkan secara terbuka dan boleh diakses oleh orang awam dan media setelah siasatan tamat dijalankan.
"Lebih-lebih lagi, tiada dalam peruntukan undang-undang yang memerlukan laporan dikemukakan kepada pihak polis terlebih dahulu sebelum ia diserahkan kepada pihak yang terlibat dalam siasatan awam termasuk orang ramai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2019

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan Cawangan Khas Bukit Aman terbabit dalam kehilangan Amri susulan kesimpulan dibuat Suhakam selepas inkuiri selama 18 bulan.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

KDN nafi laporan Pasukan Petugas Khas kes Pastor Raymond Koh diubah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan bahawa Laporan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kehilangan Pastor Raymond Koh yang dikemukakan kepada keluarga dan peguam telah diubah.

Pelarasan gaji: Penjawat awam perlu berkhidmat dengan dedikasi, berintegriti - Aktivis sosial
Penjawat awam perlu utamakan kebajikan awam dengan menangani masalah, menjawab aduan dengan segera serta menguat kuasa undang-undang secara berkesan.

Sultan Selangor puji Lee Lam Thye
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberi penghormatan kepada aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.

Tubuh pasukan petugas tangani kadar kematian penunggang motosikal - Lee Lam Thye
Fokus mewujudkan budaya baharu menunggang motosikal dengan mengurangkan kadar kelajuan, yang menjadi punca utama pelanggaran maut membabitkan motosikal.

Pendedahan audio: Lebih ramai 'whistleblower' akan berani tampil beri maklumat
Menurut Peguam, Syahredzan Johan, ini kerana pemberi maklumat atau 'whistleblower' akan menganggap pendedahan seumpamanya tidak akan dipandang remeh oleh pihak berkuasa.

KDN masih tunggu laporan penuh siasatan kehilangan Amri, Raymond Koh
Pasukan yang ditubuhkan pada Jun lepas itu sepatutnya telah menyiapkan laporan penuh dalam tempoh enam bulan seperti ditetapkan.

Wujudkan jabatan khas untuk warga emas - Lee Lam Thye
Pada tahun 2030, Malaysia dijangka menjadi negara yang mempunyai penduduk yang mencapai usia tua dalam jumlah yang besar.

KDN lantik ahli baharu sertai pasukan khas kehilangan dua aktivis sosial
Kementerian Dalam Negeri KDN telah melantik dua ahli baharu bagi Pasukan Petugas Khas berhubung kehilangan dua aktivis sosial, Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.

Kes Koh, Amri: Pelantikan Mokhtar tidak jejas siasatan - Muhyiddin
Mokhtar hanya hadir dalam satu sesi semasa inkuiri menyiasat kehilangan kedua-dua individu berkenaan yang dijalankan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), dan tidak terlibat secara langsung.

Pasukan petugas khas dibentuk teliti laporan Suhakam mengenai kehilangan aktivis - Muhyiddin
Pasukan itu yang bakal dianggotai antara enam dan tujuh individu, juga seterusnya akan mengesyorkan tindakan wajar yang perlu diambil oleh kerajaan atau pihak yang bertanggungjawab dalam kes tersebut.