KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberi penghormatan kepada aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye, terhadap perjalanan politiknya, kerana dilihat telah menunjukkan ciri-ciri sebenar seorang wakil rakyat.
Baginda bertitah, baginda melihat sendiri betapa khidmat Lee yang mengagumkan selama bertahun-tahun berkhidmat kepada rakyat, daripada menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Nenas pada 1969 sehingga kepada Ahli Parlimen Bukit Bintang.
"Lee sememangnya adalah Y.B. (wakil rakyat) sebenar yang juga boleh diterjemahkan sebagai Yang Bekerja atau Yang Berkhidmat. Sesungguhnya Yang Bekerja dan Yang Berkhidmat yang sebenar untuk rakyat.
"Tidak guna jadi YB dengan gelaran Yang Berhormat tetapi tidak menjalankan tugas dengan baik, hanya bercakap sahaja dan pentingkan diri sendiri," titah baginda semasa berucap di majlis pelancaran buku bertajuk 'Call Lee Lam Thye - Recalling a Lifetime of Service' di sini hari ini.
BACA: Harap biografi onak duri perjalanan hidup saya mampu cetus inspirasi - Lee Lam Thye
Sultan Sharafuddin bertitah baginda gembira Lee masih terus berkhidmat kepada rakyat dan membantu orang ramai menerusi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) walaupun dia tidak lagi menjadi ahli parti politik.
Sultan Sharafuddin berharap Lee akan berkongsi kisah-kisahnya serta mendedahkan punca sebenar beliau mengambil keputusan untuk bersara daripada politik pada 1990.
Sultan Sharafuddin bertitah baginda kagum dengan kebolehan dan kredibiliti yang dimiliki Lee sebagai wakil rakyat, sehingga beliau sanggup turun padang dan sentiasa bersedia untuk mendengar masalah serta keluhan rakyat.
Baginda bertitah Lee seorang yang arif dalam pelbagai perkara dan sentiasa membuat ulang kaji sebelum bercakap mengenai sesuatu isu, khususnya melibatkan kehidupan harian rakyat.
Selain itu baginda bertitah Lee turut mengambil berat soal haiwan jalanan dan terbiar sehingga menjadi penaung Persatuan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) Selangor.
Titah baginda Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut sering memuji dan menghormati usaha Lee dalam menjaga kebajikan haiwan terbiar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pada Pelancaran Buku Biografi Tan Sri Lee Lam Thye hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Titah Sultan Selangor ada makna tersirat, seru rakyat rai perbezaan - Penganalisis
Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena perutusan tahun baharu semalam menggambarkan penggunaan media sosial tanpa kawalan mampu menggugat keamanan negara.
Henti bertelagah, jauhi rasuah perosak negara - Sultan Selangor
Baginda turut khuatir dengan pelbagai cubaan membunuh karakter yang semakin berleluasa dengan niat memberi persepsi negatif terhadap individu tertentu.
Sultan Selangor zahir rasa sedih atas pemergian adiguru kraf ukiran halus
Baginda sentiasa kagum dengan kebolehan dan ketelitian Allahyarham sebagai seorang pengukir kayu tradisional hingga dikenali di peringkat antarabangsa dan menerima Anugerah Tokoh Kraf Negara pada 2022
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Keputeraan Sultan Selangor: Wan Ahmad Dahlan, Faisal Halim antara penerima darjah, bintang kebesaran
Seramai 94 penerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat-pingat negeri sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-79 pada Rabu.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.
Sultan Selangor zahir rasa kesal, dukacita tahap kebersihan Bandar Raya Diraja Klang
Baginda bertitah, terdapat banyak kawasan yang masih kotor dan tidak teratur termasuk sungai yang dicemari teruk dengan sampah sarap.