Pasangan YouTuber sensasi 'Sugu Pavithra' yang kembali memuat naik video di saluran YouTube mereka, berazam untuk memuat naik video pelbagai jenis masakan setiap hari bagi dikongsikan dengan pengikut setia mereka.
M Sugu, 29, berkata menjelang Aidiladha pada Jumaat ini, mereka bercadang untuk memasak rendang ayam kerana ia antara menu wajib ketika perayaan berkenaan.
"Kami rancang masak rendang sebab kami ada ramai kawan Melayu dalam YouTube dan jiran-jiran yang sambut Hari Raya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.
Pasangan suami isteri berkenaan kembali berkongsi video masakan pada Selasa, dengan menu dalca kambing selepas Sugu bertindak memadam semua 98 klip di saluran YouTube mereka yang dimuat naik sejak Januari, Sabtu lepas.
Sugu memberitahu Bernama semua video dipadam setelah beliau didakwa di Mahkamah Sesyen atas dakwaan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit, 21 Julai lepas, namun Pavithra mengakui telah memaafkan perbuatan suaminya.
BACA: Sugu Pavithra bakal buat kemunculan semula
BACA: Pavithra tidak perlu bantuan sesiapa, tidak mahu diganggu - Exco Perak
BACA: Tiada lagi video masakan S. Pavithra di Youtube
Sementara itu, mengenai video baharu yang dimuat naik, Sugu berkata beliau dan Pavithra sangat gembira serta tidak menyangka mendapat hampir 3,000 komen dan 100,000 tontonan dalam tempoh lebih tiga jam selepas perkongsian.
"Kami gembira lagi-lagi hampir semua komen itu memberikan kata-kata positif dan semangat kepada kami. Sangat terharu," kata bapa kepada dua anak berumur dua serta enam tahun.
Antara pengikut pasangan itu yang meninggalkan kata-kata semangat di ruangan komen video berkenaan adalah Zaim Ani yang menyebut :"Akhirnya, anda kembali. Biarkan perkara yang lepas. Kembalikan semua aura anda dan keluarga. Tapi sebenarnya ia lebih menarik seperti kebiasaan video yang ada seluruh ahli keluarga dan anda sebut 'JOM MAKAN'.
BACA: "Anugerah ini buat ramai sakit hati, biarkan kami hidup seperti orang biasa" - Pavithra
BACA: 'Saya maafkan suami' - Pavithra
BACA: Sugu didakwa lagi, cederakan Pavithra guna telefon bimbit, hulu sabit
BACA: S. Pavithra kekal ikon anak Bandar Raya Ipoh - MBI
Bagi Rozita Ibrahim, beliau menasihatkan Sugu dan Pavithra agar tidak membenarkan orang luar masuk campur dalam urusan rumah tangga dengan pesanan: "Terus kuat. Keluarga diutamakan. Suka mengikuti masakan anda".
Jean Khoo pula berkata: " Saya sangat suka anda sudah kembali Akka! Jangan lupa PM (Perdana menteri) menyokong anda dan anda mempunyai banyak peminat yang menyukai kandungan anda. Tolong jangan berhenti menghasilkan video! Jaga diri!"
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 28 2020

Pasangan suami isteri berkenaan kembali berkongsi video masakan pada Selasa, dengan menu dalca kambing. --fotoBERNAMA

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.

Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.

JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.

Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.

Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.

Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.

Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.

Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.