Sudah tiba masa untuk negara menubuhkan Ombudsman Malaysia yang berperanan sebagai pihak yang berkuasa dalam mendengar serta menyiasat salah laku pentadbiran, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Yusof.
Beliau berkata hampir semua negara di dunia yang mengamalkan sistem demokrasi telah menerima peranan Ombudsman dan Malaysia juga perlu memiliki pembaharuan kepada suatu sistem yang lebih baik daripada yang sedia ada.
"Saya tidak boleh memberi komen lanjut kerana ia berkait soal polisi. Bagaimanapun ia terpulang kepada badan eksekutif untuk putuskan sama ada setuju dengan pembentukan Ombudsman ini.
"Namun, sudah tentulah kalau hampir semua negara yang sudah matang boleh menerima peranan Ombudsman ini, saya kira masanya sudah tiba untuk ada di Parlimen Malaysia," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada program 'Speaker's Lecture Series' di Bangunan Parlimen di sini, malam tadi.
Program tersebut merupakan sesi perkongsian mengenai fungsi Ombudsman kepada sesebuah negara yang disampaikan Ketua Ombudsman New Zealand, Peter Boshier.
BACA: GIACC harap RUU Ombudsman dibentang di Parlimen menjelang akhir tahun ini
Mohamad Ariff berkata mengambil contoh di New Zealand, Ombudsman berperanan sebagai penyiasat serta penyelidik Parlimen yang mempunyai kuasa untuk mendengar sebarang masalah yang timbul berkenaan dengan salah laku pentadbiran.
"Ombudsman ini ialah seorang pegawai Parlimen. Mungkin konsepnya boleh diubah (sesuaikan) mengikut landskap sesebuah negara dan jika akan diwujudkan, sudah tentulah Rang Undang-Undang akan dibentang dan dibahas di Parlimen terlebih dahulu, apabila diluluskan barulah ia diimplementasikan," katanya.
BACA: 'Ombudsman Malaysia' ditubuh bagi tangani aduan awam - Tun Mahathir
Sementara itu, dalam sesi syarahan itu, Boshier berkata beliau gembira jika dapat memperluaskan hubungan Malaysia-New Zealand dengan idea pejabat Ombudsman.
"Saya teruja Malaysia meninjau untuk melaksanakan Ombudsman. Saya telah melihat bagaimana pelbagai model Ombudsman berfungsi, dan dalam semua kes, peranan utamanya adalah melindungi orang daripada pencabulan hak, penyalahgunaan kuasa dan salah urus pentadbiran.
"Ia diterima secara universal sebagai mekanisme penting dalam penambahbaikan pentadbiran awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 19 2019

Mohamad Ariff berucap pada Majlis Speaker Lecture Series, The Role of The Ombudsman in New Zealand di Parlimen, 19 Sept, 2019. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.

Penumpuan kuasa, kelemahan institusi punca tercicir keadilan - Sultan Nazrin
Penumpuan kuasa dan kelemahan ketara mana-mana institusi berkenaan juga mendorong kepada penyalahgunaan kuasa dan mengakibatkan perpecahan rakyat.

Demokrasi di Malaysia luar biasa, contoh terbaik untuk diteladani - Duta AS
Beberapa peralihan kerajaan secara teratur tanpa sebarang rusuhan membuktikan kebijaksanaan sistem demokrasi di Malaysia.

Muhammad Yunus insan penuh belas kasihan yang dunia perlukan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Dr Muhammad Yunus sebagai insan yang penuh belas kasihan yang dunia perlukan.

#PeringatanDarurat: 'Ini bukan negara milik keluarga tertentu' - Aktor Indonesia Reza Rahadian ikut protes jalanan
Terdahulu, Mahkamah Konstitusi (MK) memutuskan mengubah had usia pencalonan kepala daerah yang dicadangkan oleh Parti Buruh dan Gelora.

'Demokrasi AS berakhir jika saya tewas pilihan raya' - Trump
Trump memberitahu penyokongnya jika beliau tidak memenangi pilihan raya, ia bermakna kemungkinan demokrasi AS akan berakhir.

Indeks Demokrasi: Malaysia rekod skor tertinggi dalam kalangan negara ASEAN
Malaysia tersenarai sebagai negara dengan indeks demokrasi tertinggi di Asia Tenggara pada 2023.

Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.

Akta Berparlimen Berpenggal: Jangan ketepikan kuasa YDP Agong - Nazri Aziz
Mohamed Nazri menjelaskan sekiranya kerajaan mahu melaksanakan akta tersebut, rundingan perlu diadakan dengan Raja-Raja Melayu kerana ia melibatkan kuasa Yang Dipertuan Agong.

Perutusan bersama tahun baharu 2024
Pada tahun 2024, marilah kita memperkasakan institusi raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, federalisme, dan kedaulatan undang-undang.