KUALA LUMPUR: Pemberian inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bukan sahaja meringankan beban kewangan keluarga, malah memudahkan pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing.
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Fatin Amirah Mohd Hisham berkata bantuan bernilai RM300 itu sedikit sebanyak melegakan pelajar dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk pulang ke kampung ketika cuti semester.
Katanya ramai pelajar dari Sabah dan Sarawak di UPM mempunyai kesulitan untuk membeli tiket penerbangan kerana harganya yang tinggi, sehingga ada yang tidak pulang pada musim perayaan atau cuti semester.
"Rungutan diterima daripada kawan-kawan saya sendiri dan banyak juga yang disampaikan kepada Majlis Perwakilan Pelajar. Mereka (pelajar) perlu bekerja dan kumpul wang pada setiap semester hanya untuk beli tiket. Kalau tidak cukup, maka tidak balik lah mereka," katanya kepada Bernama.
Oleh itu, beliau berkata pemberian subsidi itu walaupun hanya bernilai RM300 secara one-off, amat diperlukan oleh pelajar khususnya mereka yang berasal daripada keluarga B40 selain tepat pada masanya memandangkan cuti semester akan bermula tidak lama lagi.
"Kami faham, sebenarnya tidak mudah untuk kerajaan membelanjakan wang sebanyak RM16.8 juta ini untuk manfaat lebih 56,000 pelajar. Tetapi, pemberian seperti ini baik secara one-off sedikit sebanyak meringankan beban pelajar dan keluarga mereka," katanya.
Fatin Amirah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sebanyak RM300 untuk mahasiswa universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 15 Ogos ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika mengumumkan inisiatif berkenaan semalam berkata ia akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell iaitu syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi pembelian tiket penerbangan laluan domestik.
Fatin Amirah bagaimanapun mencadangkan kerajaan untuk memperincikan pelaksaan subsidi itu bagi mengelakkan pelajar yang layak mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan namun tercicir disebabkan kekeliruan mereka.
"Kerajaan amat prihatin kerana telah mendengar rungutan kami yang telah dibawa (untuk kerajaan) sekian lama. Saya harap inisiatif ini akan berpanjangan dan tidak secara one-off buat kali ini sahaja," katanya.
Sementara itu, Presiden Kelab Patriot Chapter Sabah Universiti Utara Malaysia (UUM) Muhammad Harith Fauzan Mohd Faudzi berkata walaupun subsidi itu tidak dapat menampung harga tiket penerbangan secara keseluruhan, namun ia dapat menjimatkan wang saku pelajar.
"Kalau ada duit lebih, kami boleh guna untuk perbelanjaan harian. Sebelum ini nak 'survive' pun dah terbeban, apa lagi terpaksa kumpul duit untuk beli tiket penerbangan untuk pulang.
"Dekat UUM sendiri kalau tengok kedai-kedai di sini, ramai pekerja (separuh masa) adalah pelajar dari Sabah dan Sarawak. Mereka cari wang dan kumpul duit untuk beli tiket, nak harap pinjaman PTPTN sahaja tidak cukup," katanya.
Mahasiswa yang berasal dari Kunak, Sabah itu bagaimanapun meminta kerajaan untuk meneliti mekanisme pemberian subsidi kepada pelajar yang perlu mengambil lebih daripada satu penerbangan untuk sampai ke destinasi akhir.
Memberi contoh perjalanannya sendiri, beliau berkata pelajar UUM perlu menaiki pesawat dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur terlebih dahulu, sebelum meneruskan perjalanan dengan menaiki pesawat lain untuk ke destinasi akhir di Sabah.
Beliau turut mencadangkan kerajaan untuk mewujudkan satu dana khas bagi membantu pelajar yang menuntut di luar wilayah untuk segera pulang ke kampung halaman masing-masing apabila berlaku hal kecemasan seperti kematian keluarga terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023

Pemberian subsidi itu walaupun hanya bernilai RM300 secara one-off, amat diperlukan oleh pelajar khususnya mereka yang berasal daripada keluarga B40.- Gambar fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Mahkamah luluskan denda terhadap Qantas atas jualan tiket penerbangan yang dibatalkan
Sebuah mahkamah di Australia pada Selasa meluluskan denda terhadap Qantas, syarikat penerbangan nasional kerana menjual ribuan tiket penerbangan yang telah dibatalkan.

Sukma 2024: Syarikat penerbangan diharap tawar harga tiket mampu milik
Inisiatif itu dilihat dapat memberi peluang kepada seluruh masyarakat untuk menyaksikan temasya dwitahunan terbesar berkenaan.

Lebihkan penawaran untuk kawal harga penerbangan - Anthony Loke
Syarikat penerbangan tempatan boleh mengambil contoh dilakukan Batik Air yang menambah 20 lagi pesawat kepada rangkaian sedia ada untuk meningkatkan kekerapan penerbangan.

MAG tawar diskaun tambang pada MATTA Fair 2024
Malaysia Airlines mempamerkan barisan produk dan perkhidmatannya yang disukai ramai, termasuk perkongsian dengan Manchester United.

Sumbangan berbaloi rakyat Malaysia, atlet taekwando terlepas penerbangan hadiahkan emas
Pasukan taekwando dari pedalaman Sabah berjaya meraih emas hasil bantuan luar biasa rakyat Malaysia menyumbang dana bagi tiket penerbangan mereka.

Vida belanja tiket penerbangan RM40,000 untuk Kacak
Tiada istilah membazir kerana Vida mahu anaknya sentiasa bersamanya sepanjang perjalanan.

Aidilfitri: Subsidi tiket penerbangan selama dua minggu libat kos besar - Loke
Permintaan penetapan RM599 harga maksimum tiket penerbangan sehala Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Aidilfitri dipanjangkan dari tiga hari kepada dua minggu melibatkan kos yang besar.

Aidilfitri: 'Panjangkan tempoh harga maksimum tiket penerbangan'
Tempoh itu perlu dipanjangkan agar lebih ramai penduduk dari ketiga-tiga wilayah, mendapat harga tiket penerbangan berpatutan.

Harga maksimum penerbangan kelas ekonomi Aidilfitri RM599
Kerajaan menetapkan harga maksimum penerbangan sehala bagi kelas ekonomi sebanyak RM599 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri ini.

Inisiatif FLYsiswa bantu ringankan beban penuntut IPT - Fadillah
Inisiatif itu diharap dapat memberi ketenangan minda kepada mahasiswa untuk fokus menimba ilmu dan tidak memikirkan hal-hal lain.