BENTONG: Kerajaan memutuskan untuk menyalurkan subsidi berjumlah hampir RM400 juta bagi premis kerajaan seperti kem tentera, polis dan asrama sekolah menggunakan beras import sebagai langkah meningkatkan beras putih tempatan dalam pasaran.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu dapat meningkatkan bekalan beras tempatan kira-kira lima peratus, jumlah yang digunakan oleh premis kerajaan berkenaan.
"Beras tempatan tak cukup disebabkan harga beras import naik, ada hotel pun sudah pakai beras tempatan. Lima peratus penggunaan ini (oleh premis kerajaan), kita beri subsidi beli beras import supaya lima peratus boleh dipulangkan, berada lebih di pasaran.
"Keputusan ini hari ini (premis kerajaan) beli hanya beras import...berapa subsidi? Hampir RM400 juta, kerana ia bukan percuma," katanya semasa berucap pada Karnival Segalanya Felda di Dataran Niaga Felda Chemomoi di sini hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Pada 28 Sept lepas, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dilaporkan berkata akan membawa cadangan supaya premis kerajaan menggunakan beras import bersubsidi sebagai langkah mengembalikan beras tempatan ke pasaran.
Sementara itu Anwar berkata kerajaan mengakui kekurangan beras dan kenaikan harga beras import, yang antara lain disebabkan keputusan 18 negara menghalang atau menghadkan eksport beras.
"Untuk lakukan (beri subsidi beras import), politik mesti stabil, ekonomi kena baik dan pelaburan kena datang, barulah ekonomi meningkat, dan bila untung kita boleh agihkan kepada rakyat. Ini yang kita lakukan," katanya.
Beliau berkata bagi mengatasi masalah kekurangan beras, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga diingatkan untuk 'betul-betul aktif' menghantar beras ke kawasan yang terjejas bekalan.
"Apabila dengar ada tempat kurang beras, mereka kena hantar. Kalau perlu, Kementerian Kewangan akan tambah peruntukan untuk bawa beras ini. Kita bayar kepada FAMA," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023

Anwar berkata langkah itu dapat meningkatkan bekalan beras tempatan kira-kira lima peratus, jumlah yang digunakan oleh premis kerajaan berkenaan. - Gambar Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Harga beras import turun tampung kekurangan akibat banjir - Mohamad
Kekurangan itu tidak dapat dielakkan kerana penanaman padi merupakan sektor yang paling terjejas akibat banjir.

KPKM akui ada premis tidak dapat bekalan beras putih tempatan
KPKM kini giat melaksanakan rombakan strategi melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras.

Usah terlalu bergantung kepada beras import, Sabah perlu tingkat SSL - Hajiji
Pada 17 April lepas, Kabinet negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah bagi memacu usaha itu.

LPP cadang harga lantai belian padi dinaikkan
Kenaikan harga lantai padi juga sebagai melindungi petani supaya pengilang beras tidak boleh membeli padi di bawah paras ditetapkan.

Kerajaan komited tangani isu kekurangan BPT guna kontrak beras import - PM Anwar
Perkara itu dilihat dapat diselesaikan menerusi kontrak kerajaan menggunakan beras import dalam menangani masalah kos sara hidup rakyat.

BERNAS sangkal produk beras ada campuran plastik
Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) memberi jaminan bahawa beras import yang dibekalkan oleh syarikat itu adalah tulen dan selamat untuk penggunaan orang ramai.

Subsidi beras import langkah tepat atasi isu harga, bekalan beras - Pengguna Sabah
Pemberian subsidi berita baik untuk pengguna dalam kalangan B40 dan pengusaha makanan, sekali gus mengurangkan beban kos sara hidup.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Oktober 2023.

Subsidi RM400 juta untuk premis kerajaan guna beras import - PM Anwar
Anwar berkata langkah itu dapat meningkatkan bekalan beras tempatan kira-kira lima peratus, jumlah yang digunakan oleh premis kerajaan berkenaan.

Bekalan beras agak kelam kabut tapi sudah mula pulih - Mat Sabu
Pembelian panik yang melebihi keperluan bulanan selain trend peralihan pengguna beras putih import kepada beras putih tempatan menjadi punca bekalan sumber makanan rutin itu terjejas di pasaran.