KOTA KINABALU: Persatuan pengguna di Sabah melihat keputusan kerajaan Persekutuan memberi subsidi RM950 bagi setiap tan metrik beras putih import (BPI) kepada Sabah dan Sarawak, mulai 5 Okt ini, sebagai langkah tepat dalam mengatasi isu harga dan bekalan di negeri itu.
Mengalu-alukan inisiatif berkenaan, Presiden Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah, David Chan berkata ia juga menjadi berita baik untuk pengguna dalam kalangan B40 dan pengusaha makanan di Sabah sekali gus mengurangkan beban kos sara hidup dihadapi ketika ini.
"Beras adalah barang asas untuk setiap isi rumah. Kenaikan harga beras juga akan mempengaruhi kos sara hidup keseluruhan. Bagaimanapun, orang ramai digesa supaya tidak membuat spekulasi kekurangan beras bagi mengelakkan kekecohan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Semalam, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah pemberian subsidi itu akan membolehkan BPI diperoleh dengan harga runcit RM31 bagi setiap 10 kilogram, dan tindakan tersebut diambil kerana pengeluaran beras putih tempatan di Sabah dan Sarawak adalah terhad.
Ia merupakan antara empat langkah intervensi tambahan dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menangani isu bekalan beras dalam negara, selain mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan meningkatkan pengedaran beras putih tempatan ke luar bandar termasuk di kedai runcit.
BERAS-SABAH (PENGGUNA) 2 (AKHIR) KOTA KINABALU
Sementara itu, Setiausaha Negeri Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sabah Anna Liew berkata usaha kerajaan memberi subsidi itu amat dihargai, namun keberkesanan pelaksanaannya dalam kalangan peniaga dan pengguna perlu diberi perhatian.
Katanya aktiviti pemantauan perlu ditingkatkan bagi memastikan tidak ada peniaga atau pengguna mengambil kesempatan dengan langkah kerajaan memberi subsidi kepada BPI itu.
Beberapa penduduk Sabah yang ditemui turut menyambut baik inisiatif itu dan menyifatkannya sebagai bukti keprihatinan kerajaan dalam mengatasi isu beras, termasuk memastikan bekalan sentiasa ada di pasaran pada harga berpatutan.
Rositah Gambusaleh, 40, berharap subsidi itu akan dapat mengurangkan harga beras import di pasaran lebih-lebih lagi ketika ini terdapat juga kenaikan harga barang keperluan lain yang memberi kesan kepada perbelanjaan bulanan.
"Subsidi ini diharap dapat meringankan beban pengguna kerana kos sara hidup semakin meningkat," kata ibu kepada empat anak itu.
Rona Lo, 29, pula berharap penyelarasan dan pemantauan sistematik dilakukan oleh pihak berkaitan supaya subsidi dapat dilaksanakan secara berkesan, termasuk memastikan beras dijual mengikut harga ditetapkan dan bekalan sentiasa mencukupi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023

Majlis Tindakan Pengguna Negara mahu aktiviti pemantauan ditingkatkan bagi memastikan tidak ada peniaga atau pengguna mengambil kesempatan dengan langkah kerajaan memberi subsidi kepada BPI itu.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

5 risiko inflasi Malaysia 2025 yang anda perlu tahu
Beberapa faktor utama boleh mempengaruhi pergerakan inflasi, terutamanya dalam konteks rasionalisasi subsidi dan tekanan permintaan.

Harga lantai padi diselaras RM1,500 satu tan berkuat kuasa Ahad ini - Mohamad Sabu
Kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuatkuasa Ahad ini.

KPDN Terengganu rampas lebih 30,000 liter diesel dipindah tanpa kebenaran
KPDN Terengganu merampas sebuah lori tangki dan lima tangki gelongsor yang memuatkan 32,760 liter diesel di sebuah stor di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.

Subsidi, logistik elemen penting stabilkan harga kelapa semasa Thaipusam - Presiden KLSICCI
Memastikan harga stabil untuk barangan makanan asas seperti kelapa pada musim perayaan memerlukan sokongan berterusan melalui subsidi dan langkah-langkah logistik.

PM jamin sebarang kenaikan tarif elektrik tidak beban komuniti perniagaan, 85 peratus isi rumah terus dapat subsidi
Anwar berkata sebarang kenaikan tarif elektrik pada separuh kedua 2025 tidak akan membebankan atau merugikan komuniti perniagaan.

Ringgit diunjur cecah RM4.45 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun - Ahli ekonomi
Ringgit dijangka bergerak mendatar, dengan unjuran bagi akhir tahun pada RM4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Statistik itu mencerminkan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit terbabit.

Rasionalisasi subsidi diesel, petrol bantu negara kurangkan defisit fiskal – Profesor Ulung
Rasionalisasi subsidi diesel yang telah dilaksanakan dan petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 akan membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal 3.8 peratus.

Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.

85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB
Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.