SHAH ALAM: Pemberian subsidi sebanyak 38 peratus oleh Tabung Haji (TH) kepada jemaah yang terdiri daripada kalangan golongan berpendapatan rendah (B40) memperlihatkan bahawa kerajaan sedaya upaya memastikan seluruh rakyatnya dapat menunaikan ibadah tersebut.
Pendakwah bebas, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkata, bagaimanapun dengan kenaikan kosnya kini, kerajaan perlu telus dalam menerangkan had kemampuan mereka dalam memberikan faedah tersebut.
Jelas beliau, sekiranya perlu, kerajaan boleh memotong subsidi berkenaan disebabkan kekangan kewangan, namun, ia tidak boleh dilakukan secara drastik kerana dikhuatiri memberi kejutan kepada rakyat.
“Apabila dilihat, pemberian subsidi ini merupakan sesuatu yang disukai oleh orang ramai, ia persis seperti pemberian Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tabung Nasional (PTPTN), yang mana kerajaan memberi bantuan pendidikan kepada rakyat.
“Akan tetapi dalam isu ini, mereka perlu tahu yang kerajaan tidak selalunya berupaya memberikan subsidi tersebut, maka rakyat juga perlu ada kesedaran untuk lebih membuat simpanan,” katanya ketika program Di Sebalik Isu: Mampukah Tabung Haji terus subsidi jemaah yang dihoskan Finaz Yunus.
Turut diundang sebagai panelis, Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Nik Mohd Hasyudeen.
Dalam pada itu, Mohd Zamri berkata, sekiranya subsidi itu dipotong dan jumlah tabungan rakyat masih belum mencukupi, maka mereka harus akur untuk dikategorikan sebagai individu kurang berkemampuan untuk menunaikan haji.
“Menerusi hal ini, kerajaan perlu memberi pemahaman berterusan kepada mereka supaya dapat menerima perkara ini jika pemotongan subsidi dilaksanakan serta dalam masa yang mendidik mereka untuk terus menabung sehingga benar-benar berkemampuan,” ujar beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 10 2023
Mohd Zamri (gambar kecil) berkata, sekiranya perlu, kerajaan boleh memotong subsidi haji kepada jemaah golongan B40 disebabkan kekangan kewangan, namun ia tidak boleh dilakukan secara drastik.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
T20 tidak lagi terima subsidi haji, elektrik - Anwar
Golongan berpendapatan tinggi atau T20 tidak lagi akan menerima manfaat subsidi yang diberikan kerajaan berkenaan tarif elektrik dan haji, kata Anwar.
Subsidi haji: Kerajaan perlu terus terang
Mohd Zamri berkata, dengan kenaikan kos kini, kerajaan perlu telus dalam menerangkan had kemampuan mereka.
Kerajaan masih kekalkan subsidi haji untuk semua jemaah - Idris
Kerajaan masih mengekalkan subsidi haji seperti sebelum ini walaupun terdapat cadangan supaya ia diberi secara bersasar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Kerajaan jamin subsidi haji diteruskan - Idris
Selepas berbincang dengan TH, penerangan akan diberi kepada jemaah menteri seterusnya memutuskan jumlah subsidi yang akan diberi kepada jemaah haji.