PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan kemudahan subsidi bagi menunaikan ibadah haji diteruskan tahun ini, bagaimanapun kadar yang akan ditanggung masih belum diputuskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Idris berkata beliau akan berbincang dengan Lembaga Tabung Haji (TH) mengenai kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah susulan jangkaan kos mengerjakan haji pada tahun ini meningkat kepada lebih RM25,000 ekoran kenaikan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan Arab Saudi.
"Subsidi akan kita bagi, insya-Allah. Berapa kita bagi nanti kita akan maklum saya tak boleh umum lagi, benda itu masih embargo," katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kebajikan Hospital Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.
Semalam, TH dilaporkan berkata kos menunaikan haji meningkat kepada 12 peratus tahun ini berbanding RM22,900 bagi seorang jemaah haji muassasah pada 2019, mengambil kira kenaikan cukai tambah nilai (VAT) daripada lima peratus kepada 15 peratus dan beberapa caj perkhidmatan tambahan lain.
TH mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 sejak 13 tahun lepas walaupun kos untuk menunaikan haji meningkat setiap tahun.
Idris berkata selepas perbincangan selesai diadakan dengan TH, beliau akan memberi penerangan kepada jemaah menteri yang akan memutuskan jumlah subsidi yang akan diberikan kepada jemaah haji.
Pada majlis hari ini, Idris mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM1.03 juta kepada 12 hospital dan pusat perubatan di Wilayah Persekutuan untuk membantu pesakit.
Penerima ialah Hospital Canselor Tunku Muhriz, Yayasan Institut Jantung Negara, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Putrajaya, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Labuan, Majlis Kanser Negara, Hospital Kanak-Kanak dan Wanita Tunku Azizah, Hospital Angkatan Tentera Malaysia Tunku Mizan, Institut Kanser Negara, Hospital Rehabilitasi Cheras dan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia.
"Sumbangan ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh hospital dan institusi kesihatan untuk membantu para pesakit yang kurang berkemampuan yang memerlukan peralatan perubatan, pembelian ubatan khas dan bantuan am seperti pembedahan atau rawatan susulan," kata Idris.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022
![Kerajaan jamin subsidi haji diteruskan - Idris Kerajaan jamin subsidi haji diteruskan - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649151890_MenteridiJabatanP.jpg)
Idris berkata, selepas berbincang dengan TH, penerangan akan diberi kepada jemaah menteri seterusnya memutuskan jumlah subsidi yang akan diberi kepada jemaah haji. - Bernama
![Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711350467_TBHUSSEINOMARjp.jpg)
Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis
Pengamal media diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan polis berhubung mana-mana kes dalam proses siasatan.
![Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718274360_ZalihaMustafa.jpg)
Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha
Terserah kepada SPRM atau mana-mana agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang melanggar peraturan.
![Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721202906_bunuhkekasih.jpg)
Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung
Seorang bekas anggota polis terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh kekasihnya yang hamil pada 2015.
AWANI Ringkas: Presiden UMNO serah kepada rauf ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
J.D Vance pernah menjadi pengkritik utama Trump
J.D Vance yang diumumkan sebagai bakal Naib Presiden Amerika Syarikat yang akan bergandingan dengan calon Republikan, Donald Trump membuat pengakuan bahawa sebelum ini beliau merupakan pengkritik keras Trump.
Babydog ramal kemenangan besar Parti Republikan
Tidak cukup penganalisis politik, anjing pun dijadikan sandaran meramalkan siapa Presiden Amerika Syarikat.
''Polisi saya untuk warga kulit hitam lebih baik'' - Biden
Joe Biden nafi dakwaan Trump, yang mendakwa kebajikan warga kulit hitam di Amerika Syarikat tidak mendapat perhatian.
![‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721200186_theexperts.jpg)
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Kemboja bermula hari ini.
PAC tuntut HRD Corp tarik balik surat LOD kepada akhbar
Mas Ermieyati berkata, jawatankuasa berkenaan mengutuk tindakan HRD Corp dan menganggap ia sebagai percubaan memberi tekanan kepada media untuk tidak menyiarkan laporan PAC berhubung syarikat itu.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
![Indonesia tetapkan kos haji 56 juta rupiah setiap jemaah Indonesia tetapkan kos haji 56 juta rupiah setiap jemaah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674725590_TBhaji.jpg)
Indonesia tetapkan kos haji 56 juta rupiah setiap jemaah
Kos menunaikan ibadah haji bagi setiap jemaah Indonesia ditetapkan sebanyak 56 juta rupiah (RM16,940) pada tahun depan berbanding 49.8 juta rupiah pada 2023.
![Thailand dan Indonesia antara terkesan kenaikan kos haji Thailand dan Indonesia antara terkesan kenaikan kos haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699719385_kaabahhajiarabs.jpg)
Thailand dan Indonesia antara terkesan kenaikan kos haji
Kos mengerjakan haji pada musim hadapan bagi seorang jemaah Muassasah akan menjadi sebanyak RM34,000 seorang berbanding RM30,850 pada tahun ini (2023).
![Peningkatan kos haji kerana faktor luar, TH komited tambah baik bantuan Peningkatan kos haji kerana faktor luar, TH komited tambah baik bantuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699416765_MohdNaimMokhtar.jpg)
Peningkatan kos haji kerana faktor luar, TH komited tambah baik bantuan
Tabung Haji telah berusaha untuk mengawal peningkatan kos tersebut dengan memeterai beberapa perjanjian kontrak jangka panjang
![Penurunan peratus mengundi, peningkatan kos haji tumpuan Dewan Rakyat hari ini Penurunan peratus mengundi, peningkatan kos haji tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658155368_BangunanParlimen.jpg)
Penurunan peratus mengundi, peningkatan kos haji tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Shahidan bertanya Perdana Menteri sebab penurunan dalam peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13, 14 dan 15.
![Kos haji dijangka naik 11 peratus tahun depan - TH Kos haji dijangka naik 11 peratus tahun depan - TH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696242263_TabungHaji.jpg)
Kos haji dijangka naik 11 peratus tahun depan - TH
Kos bagi menunaikan ibadah haji tahun depan dianggarkan meningkat mencecah 11 peratus berbanding tahun ini.
![PRN: Subsidi tambang, kos haji RM2,000 untuk rakyat Selangor - Amirudin PRN: Subsidi tambang, kos haji RM2,000 untuk rakyat Selangor - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690814650_AmiruddinShari.jpg)
PRN: Subsidi tambang, kos haji RM2,000 untuk rakyat Selangor - Amirudin
Subsidi tambang dan kos mengerjakan haji berjumlah RM2,000 ditawarkan jika PH dan BN dapat membentuk kerajaan negeri dalam PRN pada 12 Ogos depan.
![Formula baharu mengenai bayaran haji yang lebih lestari diperlukan - TH Formula baharu mengenai bayaran haji yang lebih lestari diperlukan - TH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649324325_TBSYEDSALEH.jpg)
Formula baharu mengenai bayaran haji yang lebih lestari diperlukan - TH
Tabung Haji bukan sahaja bertanggungjawab kepada jemaah haji, bahkan juga kepada 8.8 juta pendeposit yang menjangkakan pulangan dividen.
![Kerajaan tanggung kenaikan kos haji RM1,000 jemaah B40 - Anwar Kerajaan tanggung kenaikan kos haji RM1,000 jemaah B40 - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679137716_TBMAKKAH.jpg)
Kerajaan tanggung kenaikan kos haji RM1,000 jemaah B40 - Anwar
Kerajaan mengumumkan bahawa tiada kenaikan kos haji bagi jemaah dalam kumpulan B40 pada tahun ini.
![Reformasi pendidikan, langkah tampung kenaikan kos haji antara tumpuan Dewan Rakyat Reformasi pendidikan, langkah tampung kenaikan kos haji antara tumpuan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633311024_parlimentmalaysia.jpg)
Reformasi pendidikan, langkah tampung kenaikan kos haji antara tumpuan Dewan Rakyat
Soalan mengenai reformasi pendidikan itu diajukan Datuk Seri Saifuddin Abdullah kepada Menteri Pendidikan Tinggi.
![Subsidi haji: Kerajaan perlu terus terang Subsidi haji: Kerajaan perlu terus terang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676070432_MohdZamriMohdZain.jpg)
Subsidi haji: Kerajaan perlu terus terang
Mohd Zamri berkata, dengan kenaikan kos kini, kerajaan perlu telus dalam menerangkan had kemampuan mereka.