GELANGGANG Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudahpun dibuka bermula Sabtu lalu.

Dalam kehangatan tempoh berkempen, kami telah bertanyakan kepada pembaca dan penonton Astro AWANI mengenai kecenderungan, serta isu-isu berkaitan pilihan raya di pelbagai platform kami.

Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - Jika hujan, adakah anda akan tetap keluar mengundi?

Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Isnin.

Daripada 2,143 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati 75 peratus berkata mereka tetap akan keluar mengundi, 14 peratus berkata tidak dan 11 peratus berkata tidak pasti.

Keputusan Suara Malaysia hari ini

Mengangkat tema "MalaysiaMemilih" sempena PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.

Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.

Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.

Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.

Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.