BUTTERWORTH: Padah memberi suapan RM200 kepada seorang anggota polis, seorang pemandu van kilang didenda RM10,000 dan 10 hari penjara oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth, hari ini.
Tertuduh, M Kalaithasan, 53, dijatuhi hukuman tersebut selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Mengikut pertuduhan, Kalaithasan didakwa memberi suapan wang tunai berjumlah RM200 kepada seorang anggota polis berpangkat koperal dua tahun lalu.
Tindakan tertuduh adalah sebagai dorongan untuk anggota polis terbabit tidak menahan dan menyamannya atas kesalahan di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No3) 2021 iaitu membawa lebih muatan orang melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Lorong Perusahaan 4 berhadapan sebuah kilang di Bukit Tengah, sekitar pukul 5.10 petang, pada 28 Jun 2021.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa telah melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiqa Liyana Rosman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Jan 18 2023

Tertuduh, M Kalaithasan (kanan) didenda RM10,000 dan 10 hari penjara oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth, hari ini kerana memberi rasuah RM200 kepada seorang anggota polis sebagai dorongan untuk itu tidak menahan dan menyamannya.

Kerajaan sasar RM9 bilion dijana daripada jualan kayu getah terawat
RISDA telah ambil langkah proaktif menerusi cadangan pelaksanaan program TGBB bagi mengurangkan kebun getah terbiar.

Perang dagangan, tarif, sekatan jadi senjata dominasi global - PM Anwar
Anwar berkata, berikutan Order Baru Dunia yang sedang terbentuk, negara-negara di seluruh Global South hadapi cabaran yang semakin meningkat.

Malaysia akan perkukuh peranan ASEAN, tingkatkan penglibatan di peringkat global - PM Anwar
Anwar menggesa tindakan kolektif bagi mempertahankan keamanan dan memastikan orde antarabangsa yang stabil.

Aminuddin sedia pertahan jawatan Naib Presiden PKR
Beliau berkata saingan kali ini lebih sengit kerana PKR merupakan komponen parti menerajui Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan.

MMA harap kadar baharu yuran perundingan GP swasta berpatutan, adil
Dr Kalwinder Singh berkata MMA percaya kenaikan yuran perundingan kepada sekurang-kurangnya RM60 adalah wajar dan adil.

MPM bakal naik taraf sistem dengan AI, jana transkrip segera semasa prosiding
Ia berupaya menjana transkrip segera semasa prosiding kes bagi meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menyelaraskan kefahaman komunikasi.

Usaha hapus kanser serviks diperkukuh melalaui MoU KKM-Yayasan ROSE
Statistik menunjukkan kadar insiden kanser serviks di Malaysia turun kepada 6.0 kes bagi setiap 100,000 wanita bagi tempoh 2017-2021.

KPN sasar 100 KRT baharu tahun ini - Aaron
Buat masa ini terdapat 8,529 KRT di seluruh negara, di mana 91 daripadanya ditubuhkan pada tahun lepas.
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.

Suap RM200 kepada polis, pemandu van kilang didenda RM10,000 dan 10 hari penjara
Suapan sebagai dorongan untuk anggota polis itu tidak menahan dan menyamannya.