TAWAU: Pasangan suami isteri ditemui rentung, manakala tujuh lagi yang lain melecur dalam insiden kebakaran 40 rumah di penempatan setinggan, Kampung Sungai Buaya, Batu 2 1/2, Jalan Apas, tengah malam tadi.
Pasangan itu dikenal pasti sebagai Saiful Rosli, 32 tahun dan isterinya Jumaidah M. Jida, 36 tahun ditemui rentung di rumah mereka masing-masing pada jam 4.45 dan 5.50 pagi Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, mangsa dipercayai terperangkap di dalam rumah dan gagal menyelamatkan diri.
Manakala, tujuh mangsa yang melecur pula, katanya, terdiri daripada empat kanak-kanak berusia di antara enam dan 12 tahun, seorang remaja perempuan, 18, dan dua lelaki berumur 26 dan 45 tahun.
"Mereka mengalami kecederaan melecur antara satu hingga 86 peratus," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tambahnya, kesemua mangsa melecur dikejarkan ke Hospital Tawau oleh orang awam sebelum ketibaan pasukannya.
Terdahulu, kata Julius seramai 26 pegawai dan anggota serta lima jentera, termasuk utiliti dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 12.32 tengah malam menerusi MERS 999.
Menurutnya, kebakaran itu melibatkan 40 rumah setinggan jenis tidak kekal dengan keluasan 100 x 50 meter yang terbakar 100 peratus.
"Pasukan bomba menggunakan sumber air dari tangki jentera dan sumber air terbuka iaitu parit serta berjaya mengawal api dari terus merebak pada jam 2.07 pagi," katanya sambil menambah operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.20 pagi.
Petrus Bernard
Sun Jan 09 2022
Kesemua mangsa melecur dikejarkan ke Hospital Tawau oleh orang awam sebelum ketibaan pasukannya.
Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan
Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu.
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
Kebakaran Likas: Mangsa dikenal pasti adik beradik daripada dua keluarga
Lima kanak-kanak dan remaja perempuan yang rentung dalam kebakaran tiga rumah di Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, Likas di sini hari ini adalah adik-beradik daripada dua keluarga.
Rumah sampah KLCC terbakar
Kebakaran berlaku di bahagian tangga laluan kecemasan melibatkan longgokan kotak yang terbakar di dalam tong sampah.
Rumah DJ Iskandar Joni antara yang musnah dalam kebakaran
Rumah pusaka milik keluarga penyampai radio SIBUFM Iskandar Joni antara 15 rumah jenis tidak kekal yang musnah dalam kebakaran.
4 cedera dalam kebakaran loji penapisan minyak di Greece
Kebakaran berjaya dikawal, namun anggota bomba akan terus bertugas sepanjang malam bagi memadam sisa kebakaran dan mengelakkan risiko kejadian berulang.
44 rumah musnah terbakar di Penangah
Pada awalnya, kebakaran hanya melibatkan tiga rumah namun api telah merebak dan menyebabkan lebih 40 rumah turut musnah.
4 terbunuh, 3 cedera dalam kebakaran di timur laut China disyaki berpunca daripada basikal elektrik
Empat orang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam kebakaran sebuah bangunan kediaman pada Jumaat malam di Shenyang.
Lelaki melecur ketika cuba padam kebakaran gudang alat ganti kenderaan
Enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamatan (BBP) Jalan Raja dan Alor Setar telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
Lelaki didakwa bakar atlet wanita Uganda Cheptegei, maut akibat kecederaan
Ndiema, yang dimasukkan ke ICU dengan 30 peratus melecur, meninggal dunia akibat kecederaannya pada petang Isnin.
Beberapa pelajar cedera dalam kebakaran sebuah lagi sekolah di Kenya
Beberapa pelajar cedera dalam insiden kebakaran di sebuah sekolah perempuan di bandar Isiolo, tengah Kenya pada Sabtu.