KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan mencabul dan mendera empat kanak-kanak di sebuah pusat kebajikan, tempat isterinya bekerja dekat sini, antara April 2019 hingga Mac lepas.
Mohd Hamdan Yasin, 38, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, dia didakwa melakukan kesalahan dengan maksud seksual menyentuh tiga kanak-kanak perempuan berusia sembilan hingga 13 tahun di pusat kebajikan tersebut, pada waktu berbeza.
Antaranya, dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang kini berusia 13 tahun di sebuah bilik dan ruang tamu di pusat kebajikan itu, masing-masing dalam kejadian pada Julai 2019 dan September tahun lepas.
Kesemua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh disebat, jika disabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kelima pula, dia didakwa bersama-sama isterinya yang merupakan penjaga pusat kebajikan itu, Nor Adila Zakaria, 35, telah menganiaya kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun hingga mengalami kecederaan fizikal di pipi dan dada.
Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Mereka dituduh menurut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Zuhaidie Akmal Hasan Basri.
Mahkamah menetapkan tiada jaminan ditawarkan kepada Mohd Hamdan manakala Nor Adila dibenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.
Hakim menetapkan 10 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi kedua-dua tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 07 2021
![Suami isteri mengaku tidak bersalah cabul, dera kanak-kanak di pusat kebajikan Suami isteri mengaku tidak bersalah cabul, dera kanak-kanak di pusat kebajikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71617778078_suamiistri.jpg)
Mohd Hamdan Yasin, 38, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. - Foto BERNAMA
AWANI 7:45 [15/08/2024] – Nidza Afham selamat dikebumikan | Pembunuhan kejam | Sangkal dakwaan pengguna X | Srettha dilucut jawatan PM
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi langsung dari Johor Bahru;
- Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, punca masih tunggu siasatan makmal
- Pemain bola bawa kerambit masa gaduh rupa-rupanya senarai 'wanted' polis
- Produk Malaysia mendunia, kerajaan sasar tembusi pasaran antarabangsa
- Lebih 24 jam terkandas di Jeddah, jemaah umrah tuntut penjelasan Malaysia Airlines
- Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, punca masih tunggu siasatan makmal
- Pemain bola bawa kerambit masa gaduh rupa-rupanya senarai 'wanted' polis
- Produk Malaysia mendunia, kerajaan sasar tembusi pasaran antarabangsa
- Lebih 24 jam terkandas di Jeddah, jemaah umrah tuntut penjelasan Malaysia Airlines
AWANI Ringkas: Jenazah ibu MB Kedah selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenazah Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pemecatan Srettha sebagai PM Thailand mengejutkan - Pemerhati politik Pemecatan Srettha sebagai PM Thailand mengejutkan - Pemerhati politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723628910_TBSretthaThavisin.jpg)
Pemecatan Srettha sebagai PM Thailand mengejutkan - Pemerhati politik
Pertempuran antara ideologi parti rakyat dan parti-parti gabungan semasa akan menjadi semakin sengit.
![MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719727105_TeoNieChing.jpg)
MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo
Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian yang komprehensif dalam masa terdekat.
![Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723703023_DunNenggiriekope.jpg)
Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan
Pemandangan suasana pergunungan dalam kawasan Nenggiri yang dihiasi landskap menarik sering mengundang kunjungan pelawat untuk menikmati keindahannya, kata Malim Gunung Mohamad Saifful Rizal Jusoh.
![Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723726414_TBRizkiJuniansyah.jpg)
Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan
Rizki Juniansyah, yang memenangi pingat emas dalam acara angkat berat 73kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 telah menerima tawaran pekerjaan daripada Kementerian Belia dan Sukan Indonesia.
![Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723726901_TBMissile.jpg)
Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine
Daerah itu mempunyai lebih 17,500 penduduk berdaftar sebelum Rusia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022.
![Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Data CPI AS untuk Julai turun kepada 2.9 peratus pada asas tahunan berbanding tiga peratus pada Jun.
![Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000 Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722937565_courtgavelmahkam.jpg)
Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Syahrul Riza Md Yusof, 42, dan memerintahkannya dipenjara 21 bulan, jika gagal membayar denda.
![Warga emas ditahan dipercayai cabul kanak-kanak perempuan Warga emas ditahan dipercayai cabul kanak-kanak perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Warga emas ditahan dipercayai cabul kanak-kanak perempuan
Difahamkan suspek tersebut merupakan suami kepada bekas pengasuh mangsa.
![Penganggur didakwa lakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak di PPS Penganggur didakwa lakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Penganggur didakwa lakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak di PPS
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapanya itu dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
![Jurulatih taekwando didakwa amang seksual fizikal terhadap 5 kanak-kanak Jurulatih taekwando didakwa amang seksual fizikal terhadap 5 kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699596902_TBMUNIR.jpg)
Jurulatih taekwando didakwa amang seksual fizikal terhadap 5 kanak-kanak
Seorang jurulatih taekwando mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima kanak-kanak perempuan.
![Jurulatih cabul empat kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun ditahan Jurulatih cabul empat kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699104765_MohdIqbalIbrahim.jpg)
Jurulatih cabul empat kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun ditahan
Seorang jurulatih seni mempertahankan diri di Shah Alam ditahan polis kerana dipercayai mencabul empat kanak-kanak perempuan.
![Warga emas didakwa cabul cucu tiri bawah umur guna objek Warga emas didakwa cabul cucu tiri bawah umur guna objek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692778542_cabul.jpg)
Warga emas didakwa cabul cucu tiri bawah umur guna objek
Seorang pengawal keselamatan warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu tirinya berusia 12 tahun, awal bulan ini.
![Dua lelaki ditahan cabul kanak-kanak dalam tandas surau Dua lelaki ditahan cabul kanak-kanak dalam tandas surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672214176_LogoPDRM.jpg)
Dua lelaki ditahan cabul kanak-kanak dalam tandas surau
Kedua-dua suspek berusia 56 tahun dan 74 tahun itu juga dipercayai menunjukkan kemaluan terhadap mangsa.
![Warga emas didakwa cabul kanak-kanak Warga emas didakwa cabul kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672904451_HakimMahkamahSesy.jpg)
Warga emas didakwa cabul kanak-kanak
Tertuduh yang berusia 69 tahun didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun tujuh bulan.
![Cabul anak rakan, buruh binaan dipenjara 5 tahun, 2 sebatan Cabul anak rakan, buruh binaan dipenjara 5 tahun, 2 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669189869_cabul.jpg)
Cabul anak rakan, buruh binaan dipenjara 5 tahun, 2 sebatan
Seorang buruh binaan dijatuhi hukuman lima tahun penjara dan dua sebatan atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga anak kenalannya.
![Pengawal keselamatan cabul kanak-kanak di sekolah dihadap ke mahkamah Pengawal keselamatan cabul kanak-kanak di sekolah dihadap ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654159824_TBCABUL.jpg)
Pengawal keselamatan cabul kanak-kanak di sekolah dihadap ke mahkamah
Ab Rashid Abdullah, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.
![Penganggur dihukum penjara 11 tahun, bersalah cabul kanak-kanak dan milik senjata Penganggur dihukum penjara 11 tahun, bersalah cabul kanak-kanak dan milik senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652253208_Penganggurcabul.jpg)
Penganggur dihukum penjara 11 tahun, bersalah cabul kanak-kanak dan milik senjata
Hakim menjatuhkan hukuman itu terhadap Edry Shah Rimiey Ghani selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan.