HULU SELANGOR: Dua lelaki ditahan secara berasingan kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di tandas sebuah surau dan rumah suspek di Bukit Sentosa, di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima satu laporan polis berkaitan kes itu pada jam 4.53 petang, Jumaat.
"Siasatan turut mendapati kedua-dua suspek berusia 56 tahun dan 74 tahun itu juga dipercayai menunjukkan kemaluan terhadap mangsa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohd Asri berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor berjaya menangkap dua lelaki warga tempatan itu di dua lokasi berasingan, pada hari sama.
"Ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati negatif, mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula Sabtu sehingga Jumaat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan 15 (A)(i) akta yang sama.
"Kita percaya dengan tertangkapnya kedua-dua suspek, kita telah berjaya menyelesaikan kes ini," katanya.
Mohd Asri berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak tepat serta menularkan berita-berita yang palsu dan hendaklah merujuk kepada pihak polis atau pegawai berkuasa bagi mendapatkan maklumat yang tepat.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Mar 05 2023

Polis tahan dua lelaki secara berasingan kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di tandas sebuah surau dan rumah suspek di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Warga emas didenda RM7,000 cabul kanak-kanak lelaki
Lelaki berusia 63 tahun itu didakwa mencabul kehormatan kanak-kanak di sebuah kedai makan di Setapak pada 5 petang, 17 April 2024.

Warga emas ditahan dipercayai cabul kanak-kanak perempuan
Difahamkan suspek tersebut merupakan suami kepada bekas pengasuh mangsa.

Penganggur didakwa lakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak di PPS
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapanya itu dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Jurulatih taekwando didakwa amang seksual fizikal terhadap 5 kanak-kanak
Seorang jurulatih taekwando mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima kanak-kanak perempuan.

Jurulatih cabul empat kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun ditahan
Seorang jurulatih seni mempertahankan diri di Shah Alam ditahan polis kerana dipercayai mencabul empat kanak-kanak perempuan.

Warga emas didakwa cabul cucu tiri bawah umur guna objek
Seorang pengawal keselamatan warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu tirinya berusia 12 tahun, awal bulan ini.

Dua lelaki ditahan cabul kanak-kanak dalam tandas surau
Kedua-dua suspek berusia 56 tahun dan 74 tahun itu juga dipercayai menunjukkan kemaluan terhadap mangsa.

Warga emas didakwa cabul kanak-kanak
Tertuduh yang berusia 69 tahun didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun tujuh bulan.

Cabul anak rakan, buruh binaan dipenjara 5 tahun, 2 sebatan
Seorang buruh binaan dijatuhi hukuman lima tahun penjara dan dua sebatan atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga anak kenalannya.