SHAH ALAM: Seorang jurulatih di sebuah pusat seni mempertahankan diri di Shah Alam ditahan polis kerana dipercayai mencabul empat kanak-kanak perempuan berusia tujuh hingga sembilan tahun dalam beberapa kejadian berasingan, tahun ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan pertama daripada salah seorang ibu mangsa berusia sembilan tahun, pada Khamis lalu.
Memetik laporan itu, beliau berkata, kanak-kanak berkenaan dicabul suspek ketika dia berada di tandas di pusat mempertahankan diri itu.
"Setakat ini kita menerima empat laporan berkait kejadian yang melibatkan empat mangsa," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Mohd Iqbal menambah, siasatan lanjut mendapati kejadian dipercayai berlaku antara September dan Oktober ini.
Katanya, suspek yang berusia 20 tahun itu bekerja sebagai tenaga pengajar di pusat berkenaan sejak setahun yang lalu.
Beliau memberitahu, suspek ditahan di sebuah pusat beli belah di Shah Alam dalam tempoh dua jam tujuh minit selepas menerima laporan.
"Kita tahan lelaki itu kira-kira pukul 4 petang pada Khamis lalu,"ujarnya.
Suspek yang juga seorang pelajar sebuah kolej swasta di Lembah Klang itu kini direman empat hari bermula Jumaat.
Beliau memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Naqiuddin Nawawi di talian 012-3848103 dengan segera.
Umavathi Ramayah
Sat Nov 04 2023

Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek yang berusia 20 tahun itu bekerja sebagai tenaga pengajar di pusat berkenaan sejak setahun yang lalu. - Foto IPD Shah Alam

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Warga emas didenda RM7,000 cabul kanak-kanak lelaki
Lelaki berusia 63 tahun itu didakwa mencabul kehormatan kanak-kanak di sebuah kedai makan di Setapak pada 5 petang, 17 April 2024.

Warga emas ditahan dipercayai cabul kanak-kanak perempuan
Difahamkan suspek tersebut merupakan suami kepada bekas pengasuh mangsa.

Penganggur didakwa lakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak di PPS
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapanya itu dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Jurulatih taekwando didakwa amang seksual fizikal terhadap 5 kanak-kanak
Seorang jurulatih taekwando mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima kanak-kanak perempuan.

Jurulatih cabul empat kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun ditahan
Seorang jurulatih seni mempertahankan diri di Shah Alam ditahan polis kerana dipercayai mencabul empat kanak-kanak perempuan.

Warga emas didakwa cabul cucu tiri bawah umur guna objek
Seorang pengawal keselamatan warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu tirinya berusia 12 tahun, awal bulan ini.

Dua lelaki ditahan cabul kanak-kanak dalam tandas surau
Kedua-dua suspek berusia 56 tahun dan 74 tahun itu juga dipercayai menunjukkan kemaluan terhadap mangsa.

Warga emas didakwa cabul kanak-kanak
Tertuduh yang berusia 69 tahun didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun tujuh bulan.

Cabul anak rakan, buruh binaan dipenjara 5 tahun, 2 sebatan
Seorang buruh binaan dijatuhi hukuman lima tahun penjara dan dua sebatan atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga anak kenalannya.