CAMERON HIGHLANDS: Sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai akibat terkena renjatan arus elektrik di dalam bilik air di sebuah rumah di Taman Puncak Tringkap, Brinchang di sini pagi tadi.
Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya menerima panggilan dari orang awam kira-kira 9.45 pagi, dan sebaik tiba di lokasi kejadian menemui kedua-dua mangsa yang terbaring di bilik air di tingkat 2, rumah jenis pangsapuri lima tingkat tersebut.
"Sampai di tempat kejadian, kami mendapati masih ada arus letrik di sekitar bilik air dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), telah dipanggil untuk membantu mematikan arus letrik rumah.
"Siasatan awal menemui kesan terbakar di tapak tangan isteri, 35, dipercayai terkena arus elektrik sewaktu cuba membantu suaminya, 46, yang sedang mandi menggunakan pemanas air semasa kejadian berlaku," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata menurut saksi, iaitu anak perempuan mangsa, 10, ketika kejadian ibunya sebelum itu meminta pertolongan dari bilik air supaya mengambil kayu yang dipercayai untuk digunakan sebagai penebat arus letrik, bagi membantu bapanya yang terkena renjatan letrik pada masa itu.
Ramli berkata siasatan lanjut mendapati kedua-dua mangsa berasal dari Sarawak dan bekerja sebagai buruh kebun, selain mempunyai tiga orang iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan dengan lingkungan umur dua hingga 10 tahun.
"Kedua-dua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Tanah Rata untuk bedah siasat, manakala ketiga-tiga anak pasangan tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan urusan kebajikan anak-anak mangsa," katanya dan menambah tiada unsur jenayah yang berlaku dan siasatan lanjut masih diteruskan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022
![Suami isteri ditemui mati dipercayai terkena renjatan elektrik di bilik air Suami isteri ditemui mati dipercayai terkena renjatan elektrik di bilik air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646920557_Mayatpasangansuami.jpg)
Sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai akibat terkena renjatan arus elektrik di dalam bilik air di sebuah rumah di Taman Puncak Tringkap, Brinchang pagi tadi. - Foto Sinar Harian/Bomba Pahang
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Syafiq Kyle, Mimi Lana kini sah bergelar suami isteri Syafiq Kyle, Mimi Lana kini sah bergelar suami isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739532824_kahwin.jpg)
Syafiq Kyle, Mimi Lana kini sah bergelar suami isteri
Pelakon drama bersiri Astro Originals yang menjadi fenomene, One Cent Thief, Syafiq Kyle kini selamat bergelar suami kepada aktres, Mimi Lana.
![Selepas kehilangan anak, pasangan bersyukur ditawarkan rawatan IVF TAFF Selepas kehilangan anak, pasangan bersyukur ditawarkan rawatan IVF TAFF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738848754_TBAZIZAHIVF.jpg)
Selepas kehilangan anak, pasangan bersyukur ditawarkan rawatan IVF TAFF
Pasangan suami isteri ini tidak menyangka penderitaan mereka mendapat perhatian istimewa Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
![Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738575344_DrMahathir.jpg)
Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen
Gelagat mesra bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri tumpuan netizen apabila beliau dilihat meluangkan masa beriadah bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, baru-baru ini.
![Jenazah suami isteri maut kemalangan di Thailand selamat dikebumikan Jenazah suami isteri maut kemalangan di Thailand selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738024212_pasangansuamiiste.jpg)
Jenazah suami isteri maut kemalangan di Thailand selamat dikebumikan
Lebih 200 terdiri dari ahli keluarga dan rakan Allahyarham hadir untuk memberi penghormatan terakhir.
![Tipu umrah: Lapan termasuk pasangan suami isteri direman tiga hari Tipu umrah: Lapan termasuk pasangan suami isteri direman tiga hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737020831_TBumrah.jpg)
Tipu umrah: Lapan termasuk pasangan suami isteri direman tiga hari
Penahanan itu melibatkan enam lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
![Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736986984_suamibakarrumah.jpg)
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
![Pasangan warga Myanmar didakwa abai anak hingga sebabkan kematian Pasangan warga Myanmar didakwa abai anak hingga sebabkan kematian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Pasangan warga Myanmar didakwa abai anak hingga sebabkan kematian
Mahkamah tidak membenarkan kedua-duanya diikat jamin selain mengarahkan melantik peguam dan menetapkan 10 Feb untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
![Mesingan tiruan antara senjata ditemukan ketika serbuan ketum Mesingan tiruan antara senjata ditemukan ketika serbuan ketum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736160928_senjatatiruan.jpg)
Mesingan tiruan antara senjata ditemukan ketika serbuan ketum
Dua senjata api jenis mesingan tiruan antara yang dirampas pihak polis ketika melakukan serbuan di sebuah rumah yang dijadikan tempat memproses air ketum di Lintang Bayan.
![Polis bongkar sindiket jual 'biskut ganja' RM50, empat termasuk tiga beranak ditahan Polis bongkar sindiket jual 'biskut ganja' RM50, empat termasuk tiga beranak ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735899395_ketuapolisselangor.jpg)
Polis bongkar sindiket jual 'biskut ganja' RM50, empat termasuk tiga beranak ditahan
Polis membongkar aktiviti pengedaran 'biskut ganja' yang dijual serendah RM50 untuk satu bekas dengan penahanan empat individu termasuk tiga beranak di sekitar Lembah Klang, Selasa lalu.
![Bekas suami isteri didakwa dedah, aniaya anak perempuan Bekas suami isteri didakwa dedah, aniaya anak perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Bekas suami isteri didakwa dedah, aniaya anak perempuan
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.