Sepasang suami isteri hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas enam pertuduhan membabitkan dokumen tuntutan palsu bagi pembekalan susu dan telur ke Jabatan Dietetik dan Sajian, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Mohd Fikri Izani, 26 yang merupakan Pengurus Syarikat KAB Adil Resources dan Noormazida Mukhtar, 28, pembantu tadbir, Jabatan Dietetik dan Sajian HSNZ didakwa mengemukakan tuntutan palsu tersebut melalui Pesanan Kerajaan, berjumlah RM211, 646 .
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 11 Jun dan 3 Julai lalu membabitkan butiran palsu berjumlah RM98,580 mengenai membekal dan menghantar bekalan telur untuk masakan dan minuman ke jabatan Noormazida bekerja.
Tuduhan ketiga hingga keenam membabitkan kesalahan yang sama berjumlah RM113,066 iaitu mengenai membekal dan menghantar telur ke jabatan yang sama antara 12 Feb, 15 Feb dan Feb 31 Mei 2017.
Berdasarkan pertuduhan, mereka berbuat demikian bagi mengelirukan penolong akauntan dan sebenarnya pembekalan dan penghantaran susu serta telur itu tidak dilakukan pada tarikh-tariKh yang dinyatakan dalam butiran tuntutan.
Mereka didakwa melakukan keenam-enam tuduhan itu di pejabat Jabatan Dietetik dan Sajian HSNZ di sini.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali jumlah butiran palsu atau RM10,000 atau mana yang paling tinggi.
Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz membenarkan ikat jamin sebanyak RM13,000 setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Sept 2017 untuk sebutan kes.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Amer Abu Bakar Abdullah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2017

Anggota SPRM membawa Mohd Fikri dan isterinya ke Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu hari ini. --fotoBERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Suami isteri didakwa kemuka tuntutan palsu babitkan RM211,646
Mereka didakwa melakukan keenam-enam tuduhan itu di pejabat Jabatan Dietetik dan Sajian HSNZ di sini.