SEPANG: Kerajaan akan mengumumkan struktur cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) yang lebih kompetitif bulan depan sebagai usaha menggalakkan penggunaan kenderaan itu, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Simposium Rel Antarabangsa di sini hari ini, Loke berkata struktur cukai jalan itu hanya akan terpakai selepas 2025 iaitu selepas berakhirnya tempoh pengecualian cukai jalan kepada kenderaan EV.
Loke berkata kerajaan maklum keresahan pemilik kenderaan EV yang bimbang dikenakan cukai jalan lebih tinggi selepas tamat tempoh pengecualian itu dan kementeriannya telah membentangkan struktur cukai jalan yang lebih kompetitif kepada Pasukan Petugas Khas EV.
"Penggalakan itu diperlukan supaya orang ramai mula menerima penggunaan EV dan ekosistem itu perlu dilaksanakan dan dibangunkan termasuklah sistem pengecasan dan sebagainya dan memang itu antara perkara yang kita sedang ambil tindakan sebagai pendekatan menyeluruh kerajaan," katanya.
Pada 15 Feb 2022, Kementerian Pengangkutan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan menawarkan pemberian insentif Pengecualian Bayaran Fi LKM sepenuhnya untuk kenderaan EV bermula 1 Jan 2022 hingga 31 Dis 2025.
Pengecualian itu diberikan kepada kenderaan EV yang menggunakan bateri atau sel bahan api dan tidak terpakai untuk kenderaan hibrid yang masih mempunyai enjin pembakaran dalaman petrol atau diesel.
Terdahulu dalam ucapannya, Loke berkata kerajaan menyasarkan penglibatan pemain industri rel tempatan secara aktif dalam program penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi membolehkan pelanjutan jangka hayat pengoperasian aset rel daripada 10 hingga 20 tahun kepada 30 hingga 40 tahun.
"Justeru meletakkan Malaysia sebagai hab MRO rel serantau, memupuk pengekalan bakat dan merangsang ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2023
Loke berkata struktur cukai jalan itu hanya akan terpakai selepas 2025 iaitu selepas berakhirnya tempoh pengecualian cukai jalan kepada kenderaan EV. - Gambar fail/Bernama
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah
Menurut Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez, ini kerana berdasarkan undang-undang New York, pesalah tidak akan dihukum mati jika membunuh, sebaliknya akan dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup
Iran tarik balik sekatan aplikasi media sosial
Pihak berkuasa Iran telah menarik balik larangan ke atas aplikasi Meta, WhatsApp, dan Google Play sebagai langkah pertama mengurangkan sekatan internet di negara itu.
Putin hubungi Aliyev berhubung nahas pesawat Azerbaijan di Kazakhstan, mohon maaf
Putin menghubungi Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Wartawan ditahan di Iran, Itali nekad bawa pulang
Cecilia Sala, 29 tahun, seorang wartawan Akhbar II Foglio dan syarikat podcast, Chora Media, ditahan di Tehran, Iran pada 19 disember, tetapi penahanannya hanya diumumkan pada Jumaat.
Taliban Afghanistan sasar beberapa 'titik' berdekatan Pakistan
Kementerian itu menyifatkan 'titik-titik' sasaran tersebut berfungsi sebagai pusat dan tempat persembunyian bagi elemen-elemen jahat dan penyokong mereka yang telah mengatur dan menyelaras serangan ke atas Afghanistan.
Struktur cukai jalan EV diumum bulan depan - Loke
Kerajaan akan mengumumkan struktur cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) yang lebih kompetitif bulan depan sebagai usaha menggalakkan penggunaan kenderaan itu.