Tindakan seorang lelaki membiarkan begnya tanpa pengawasan mencetuskan kekecohan di stesen LRT Pasar Seni, di sini, apabila disangka mengandungi bom.
Insiden pukul 11.24 pagi ini, mengakibatkan panik dalam kalangan penumpang LRT sehingga memaksa penutupan sementara stesen itu selama kira-kira 20 minit.
Jurucakap Rapid KL Lim Jin Aun dalam kenyataan hari ini berkata seorang lelaki separuh umur merantai beg berwarna hitam di besi platform dengan mangga kunci, sebelum meninggalkannya di sana.
"Beg itu dikesan seorang petugas stesen yang kemudian memaklumkan kepada Pusat Kawalan Operasi (OCC) di Depoh Subang.
"Enggan mengambil risiko, OCC kemudian menghubungi polis sebelum mengarahkan stesen itu ditutup sehingga unit pemusnah bom membuat pemeriksaan," katanya.
Berikutan itu, Lim berkata tren LRT dari kedua-dua arah tidak berhenti di stesen berkenaan.
Menurutya lelaki yang mendakwa pemilik beg berkenaan, tiba semula di situ ketika polis dan anggota unit pemusnah bom mahu melakukan pemeriksaan ke atas beg itu.
"Atas arahan polis dan unit pemusnah bom, dia membuka beg itu yang mengandungi barangan peribadinya," katanya.
Lim berkata lelaki itu kemudian ditahan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Berikutan itu, Lim menasihatkan pengguna LRT supaya tidak meninggalkan beg atau barangan mereka tanpa pengawasan ketika berada di stesen LRT, monorel dan terminal bas kerana ia boleh menyusahkan pengguna lain dan pihak berkuasa.
"Ia juga satu kesalahan merantai barangan anda di besi platform di stesen. Tindakan boleh diambil terhadap anda," tegasnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah yang dihubungi mengesahkan insiden tersebut.
Bernama
Tue May 10 2016

Insiden pukul 11.24 pagi ini, mengakibatkan panik dalam kalangan penumpang LRT sehingga memaksa penutupan sementara stesen itu selama kira-kira 20 minit. -Gambar hiasan
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

Seorang lagi suspek gangguan seksual masih gagal diberkas, kata Prasarana
Dalam kes keempat, Polis Bantuan telah mengejar suspek apabila dilaporkan oleh mangsa namun suspek berjaya memboloskan diri.

30 gerabak baharu tren tangani kesesakan di Stesen LRT
Langkah itu bagi memastikan operasi perkhidmatan pengangkutan awam itu berjalan seperti yang dirancang.

Stesen LRT Pasar Seni kecoh dengan beg disangka bom
Insiden pukul 11.24 pagi ini, mengakibatkan panik dalam kalangan penumpang LRT sehingga memaksa penutupan sementara stesen itu selama kira-kira 20 minit.