KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bercadang mengadakan prosiding baharu berhubung kemajuan pembinaan Kapal Littoral Combatant Ship (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata cadangan prosiding berkenaan akan dimulakan sebaik Dewan Rakyat meluluskan pelantikan Ahli-ahli PAC pada Mesyuarat Kedua sidang Dewan Rakyat yang bermula 22 Mei ini.
"Sebaik pelantikan Ahli-ahli PAC diluluskan, saya akan memanggil Mesyuarat PAC pertama bagi penggal Parlimen ke -15 dan agenda pertama adalah berhubung prosiding baharu bagi perkembangan kemajuan pembinaan Kapal LCS," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mas Ermieyati berkata beliau mengambil maklum bahawa PAC Parlimen penggal ke-14 sudah membentangkan Laporan Perolehan Kapal LCS pada 4 Ogos tahun lalu dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan sudah membentangkan maklum balas kepada PAC Parlimen terhadap tujuh syor PAC Parlimen penggal ke-14 pada 5 Okt lepas.
Beliau berkata syor ketujuh dalam laporan PAC berkenaan menyatakan bahawa Kementerian Pertahanan (MINDEF) perlu membentangkan laporan kemajuan pembinaan Kapal LCS setiap tiga bulan kepada PAC.
"Sehubungan itu, saya akan mencadangkan kepada PAC bahawa setiap tiga bulan apabila laporan kemajuan dibentangkan kepada jawatankuasa ini, PAC akan mengeluarkan satu laporan baharu untuk dibentangkan kepada Parlimen.
"Namun bagi prosiding pertama (ini) akan dikenali sebagai Prosiding PAC berhubung Kemajuan Pembinaan Kapal LCS Dalam Tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023," katanya.
Beliau berkata PAC dijangka mengadakan prosiding pertama ini di Limbungan Kapal Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) iaitu syarikat pembinaan kapal LCS dan seterusnya mengadakan lawatan kerja bagi melihat sendiri kemajuan pembinaan kapal LCS.
Mas Ermieyati berkata beliau dan Naib Pengerusi PAC Wong Shu Qi juga sudah mengadakan kunjungan hormat kepada semua tujuh wakil tetap atau Ex Officio PAC iaitu Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
"Semua Ex Officio PAC yang ditemui bersetuju untuk terus menjalinkan kerjasama erat dengan PAC dalam memastikan ketelusan dan kredibiliti jawatankuasa ini terus diperkukuhkan.
"Saya turut memberikan penjelasan kepada semua Ex Officio PAC terhadap beberapa penambahbaikan yang akan dilakukan dalam PAC Parlimen penggal ke-15 terutama membabitkan Laporan Tindakan Susulan Pegawai Pengawal/Ketua Setiausaha Terhadap Syor Laporan PAC," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023
![Status kapal LCS: PAC cadang prosiding baharu kemajuan pembinaan Status kapal LCS: PAC cadang prosiding baharu kemajuan pembinaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684481608_TBmaharajalela.jpg)
PAC dijangka mengadakan prosiding pertama ini di Limbungan Kapal Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS). - Gambar fail
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Kapal LCS pertama dijangka beroperasi penuh selepas selesai penilaian - Mohamad Kapal LCS pertama dijangka beroperasi penuh selepas selesai penilaian - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674621374_TBHASSAN.jpg)
Kapal LCS pertama dijangka beroperasi penuh selepas selesai penilaian - Mohamad
Jelas beliau pembinaan kapal LCS pertama ketika ini hampir selesai dengan kelengkapan utama seperti enjin, kotak gear dan bebaling.
![Kapal LCS: Wanita BN kena faham isu, pembangkang mahu jadikan seperti 1MDB - Najib Kapal LCS: Wanita BN kena faham isu, pembangkang mahu jadikan seperti 1MDB - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654616074_NajibRazak.jpg)
Kapal LCS: Wanita BN kena faham isu, pembangkang mahu jadikan seperti 1MDB - Najib
Jelas Najib, ketika BN kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, pembinaan kapal tersebut berada pada tahap 53 peratus.
![Skandal LCS: Bagaimana rakyat mahu percaya BN dalam PRU15? - Muhyiddin Skandal LCS: Bagaimana rakyat mahu percaya BN dalam PRU15? - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81659175407_MuhyiddinYassin.jpg)
Skandal LCS: Bagaimana rakyat mahu percaya BN dalam PRU15? - Muhyiddin
Skandal yang melibatkan kerugian sebanyak RM9 bilion itu merencatkan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), jelas Muhyiddin.
![Projek kapal LCS: Pembangkang gesa hentikan fasa enam berjumlah RM500 juta Projek kapal LCS: Pembangkang gesa hentikan fasa enam berjumlah RM500 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658899302_DatukSeriAnwarIb.jpg)
Projek kapal LCS: Pembangkang gesa hentikan fasa enam berjumlah RM500 juta
Pembangkang menggesa agar kerajaan menghentikan projek perolehan kapal tempur pesisir fasa enam yang ketika ini masih belum dimulakan susulan pendedahan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
![Kontrak kapal tempur: Kemuka butir matan palsu RM24 juta, broker direman Kontrak kapal tempur: Kemuka butir matan palsu RM24 juta, broker direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643173055_TBsprm.jpg)
Kontrak kapal tempur: Kemuka butir matan palsu RM24 juta, broker direman
Ia dianggarkan bernilai RM24 juta berkaitan kontrak perolehan enam buah kapal Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS).