KUALA LUMPUR: Beberapa statistik yang dikeluarkan sebelum ini menunjukkan kadar kemurungan di Malaysia berada di tahap membimbangkan, kata Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Prof Datuk Dr Andrew Mohanraj.
Melihat kepada situasi tersebut, beliau berpendapat sudah tiba masanya pihak berwajib meningkatkan lagi usaha terutamanya dalam menggubal strategi lebih ampuh untuk menangani masalah tersebut.
Menurutnya, tekanan emosi berlaku kepada semua orang malah statistik juga menunjukkan kini semakin ramai mahasiswa yang terjejas kesihatan mental.
“Memang KKM telah mulakan beberapa pendekatan dalam masa terdekat. Kami (MMHA) pula mungkin akan melihat aktiviti tertentu seperti memberi latihan kepada kaunselor di universiti supaya mereka lebih peka terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar.
BACA: Penjagaan spiritual bantu atasi kemurungan - Idris
“Pihak MMHA juga ada beberapa program khusus untuk pelajar universiti dan sekolah untuk cari pendekatan bagaimana kita nak cegah perasaan bunuh diri.
“Andai kalau ada pelajaran dengan perasaan seperti itu, apakah cara untuk kurangkan perasaan inidan cuba mencari jalan keluar daripada situasi itu dengan mendapat rawatan sewajarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri Evolving Treatment Methodologies In Addiction Conference 2022 di sebuah hotel di sini pada Jumaat.
BACA: Peralihan kepada fasa endemik bawa rakyat keluar daripada 'kemurungan'
Dalam pada itu, beliau mencadangkan agar semua kaunselor dalam kementerian perlu bergabung dalam membantu kesihatan mental rakyat terutamanya selepas mereka diuji dengan pelbagai cabaran yang menjejaskan mental mereka.
“Memang ada 20,000 kaunselor yang bertugas di KPM, jadi mungkin, kalaulah katakan ada situasi seperti ini pada masa hadapan, mungkin boleh, atau saranan saya dan pihak MMHA, supaya kita berganding bahu.
“Bukan sahaja kaunselor yang berkhidmat dei KPM (Kementerian Pendidikan) tapi kaunselor yang berkhidmat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dan kaunselor di Kementerian Pengajian Tinggi, bergabung bahu untuk menangani masalah ini,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Fri Jul 29 2022
Tekanan emosi berlaku kepada semua orang malah statistik juga menunjukkan kini semakin ramai mahasiswa yang terjejas kesihatan mental. - Gambar hiasan
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pandang serius peningkatan pelajar cenderung bunuh diri, trend 'barcode'
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peranan kaunselor dan ibu bapa penting dalam membendung tindakan sedemikian di peringkat awal.
CMCF kerjasama bangun garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
Usaha itu dilakukan dengan kerjasama pemain industri, pejuang kesihatan mental, pengamal perubatan dan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Meta, Snap, TikTok bekerjasama banteras kandungan mengenai kecederaan kendiri, bunuh diri
Tiga platform media sosial terbesar sedang bekerjasama untuk menangani kandungan dalam talian yang memaparkan bunuh diri dan mencederakan diri sendiri, umum Meta pada Khamis.
Rangkaian keganasan rekrut remaja melalui media sosial disiasat - Polis Indonesia
Polis Indonesia sedang menyiasat bagaimana rangkaian keganasan menggunakan media sosial untuk merekrut ahli selepas penahanan seorang suspek berusia 19 tahun di Batu, Malang, Jawa Timur.
Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok
Polis percaya seorang daripada enam pelancong, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat, adalah dalang di sebalik tragedi itu.
Ada nilai komersial, platform media sosial utamakan hantaran berunsur kebencian - KRYSS Network
Nabila berkata algoritma platform media sosial membolehkan pengguna yang terlibat dalam hantaran negatif menjadi lebih tular dan popular.
MCMC perlu pantau siaran langsung TikTok - Ahli Dewan Negara
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu memantau siaran-siaran langsung yang dilakukan di platform TikTok.
Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid
Terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 1,087 kes berbanding 981 kes pada tahun sebelumnya.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.