KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menjalankan siasatan terhadap dua syarikat yang menawarkan skim kepentingan berbentuk pelaburan kongsi tani berkaitan penanaman kelapa sawit di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) dan Akta Skim Kepentingan 2016 (ASK 2016).
SSM dalam kenyataan hari ini menyebut siasatan itu dijalankan susulan 46 aduan dan laporan berhubung insiden pembayaran pulangan pelaburan dalam bentuk dividen, yang diterima agensi berkenaan membabitkan dua syarikat itu dari April hingga September lepas.
"Lanjutan daripada aduan itu, pada 25 Sept lepas SSM telah membuka kertas siasatan dan melakukan pemeriksaan fizikal di pejabat pengurusan skim-skim berkenaan serta lokasi penanaman kelapa sawit bagi meneliti isu yang dibangkitkan.
"Menerusi pemeriksaan yang dijalankan, empat kompaun dikeluarkan kepada dua pengarah syarikat, seorang pengurus dan syarikat pengurusan di bawah Seksyen 46(1) ASK 2016 dengan nilai keseluruhan kompaun berjumlah RM1 juta pada 25 Sept," menurut kenyataan itu.
SSM memandang serius dakwaan itu kerana ia menjejaskan amalan tadbir urus korporat baik yang seharusnya dipraktikkan oleh pengarah-pengarah syarikat.
"Pelabur yang terkesan dengan skim-skim kepentingan berdaftar dan mempunyai maklumat untuk membantu siasatan, disarankan tampil untuk membuat aduan melalui e-mel ke aduan@ssm.com.my atau hubungi 03-2299 4400," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2023

SSM memandang serius dakwaan itu kerana ia menjejaskan amalan tadbir urus korporat baik yang seharusnya dipraktikkan oleh pengarah-pengarah syarikat. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kemudahan akses kepada maklumat mengenai pemunya benefisial syarikat bagi memperkukuhkan ketelusan dalam urusan korporat.

Dua bekas pengarah didenda guna wang syarikat bayar bonus diri sendiri
Dua bekas pengarah syarikat didenda sebanyak RM100,000 setiap orang setelah mengaku bersalah menggunakan wang syarikat sebagai pembayaran bonus kepada diri sendiri, tanpa kelulusan.

Masih ada penjawat awam ragu-ragu tandatangan SSPA - CUEPACS
Terdapat sekelompok kecil penjawat awam yang masih ragu-ragu untuk menandatangani Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuat kuasa 1 Dis ini.

SSM siasat GISB, pendaftaran syarikat boleh dibatal jika langgar peraturan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut menjalankan siasatan terhadap syarikat Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd dan anak syarikatnya.

JPA laksana penyeragaman dan penggelaran semula jawatan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan penyeragaman dan penggelaran semula gred jawatan antara skim perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) secara menyeluruh.

SSPA: Pegawai awam diberi tempoh opsyen 40 hari bermula 21 Okt
Pegawai awam mempunyai tempoh opsyen selama 40 hari bermula 21 Okt untuk memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Pindaan Akta Syarikat jamin masa depan cerah syarikat berdepan isu kewangan
Nor Azimah berkata, pihaknya juga mengambil inisiatif untuk menambah baik perundangan membabitkan ketelusan dan tadbir urus.

FGP Ventures didenda atas kesalahan tawar iRPS secara tidak sah - SSM
FGP Ventures Sdn Bhd, syarikat persendirian menurut syer, dikenakan hukuman denda sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah.

Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.

Raih RM140 juta, SSM serbu skim pelaburan haram Kenaf Development Fund
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu beberapa premis syarikat amanah yang menganjurkan skim pelaburan haram dikenali sebagai Kenaf Development Fund (KDF), semalam.