KUALA LUMPUR: FGP Ventures Sdn Bhd, syarikat persendirian menurut syer, dikenakan hukuman denda sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah atas kesalahan menawarkan Saham Keutamaan Boleh Tebus Islam (iRPS) secara tidak sah.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam satu kenyataannya hari ini berkata FGP Ventures telah disabitkan dengan satu kesalahan di bawah Seksyen 90(4) Akta Syarikat 2016 berkaitan pengumpukan syer keutamaan iRPS tanpa mempunyai perlembagaan syarikat.
Menurut Seksyen 90(4) Akta Syarikat 2016, menjadi satu kesalahan apabila mana-mana syarikat persendirian menurut syer membuat pengumpukan syer keutamaan tanpa mempunyai perlembagaan syarikat dan apabila disabitkan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM500,000 di bawah sub-seksyen (5) Akta yang sama.
"FGP Ventures dan Khemlani telah membuat penawaran syer kepada orang awam dengan mendepositkan wang kepada syarikat bagi tempoh yang ditetapkan dengan jaminan faedah mengikut terma dipersetujui.
"Kedua-duanya turut membuat pengumpukan syer keutamaan tersebut tanpa mempunyai peruntukan di dalam perlembagaan syarikat pada ketika itu," katanya.
Suruhanjaya tersebut berkata tindakan pendakwaan itu adalah untuk memberi peringatan kepada komuniti korporat dan orang awam bahawa tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang yang dikawalselia oleh SSM.
Ini bagi memastikan tadbir urus korporat yang baik dan pematuhan undang-undang syarikat sentiasadiamalkan oleh warga korporat dan komuniti perniagaan di Malaysia, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2024

FGP Ventures telah disabitkan dengan satu kesalahan di bawah Seksyen 90(4) Akta Syarikat 2016 berkaitan pengumpukan syer keutamaan iRPS tanpa mempunyai perlembagaan syarikat. - Gambar hiasan
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

FGP Ventures didenda atas kesalahan tawar iRPS secara tidak sah - SSM
FGP Ventures Sdn Bhd, syarikat persendirian menurut syer, dikenakan hukuman denda sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah.

Pertuduhan terhadap pengarah FGP Ventures ditarik balik
Pada 9 Jan, FGP Ventures dan pengarahnya mengemukakan representasi melalui peguam dan ia dipertimbangkan sewajarnya oleh pihak pendakwaan.