Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman dua individu termasuk seorang Timbalan Pengarah sebuah agensi kerajaan kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah RM270,000 daripada kontraktor sebagai balasan mendapatkan projek.
Majistret Mahkamah Putrajaya, Low Wen Zhen membenarkan kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 13 Januari, di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.
Semalam, Timbalan Pengarah berusia 42 tahun itu ditahan di sebuah restoran di pusat beli-belah di Putrajaya kira-kira pukul 8 malam ketika melakukan urusan menerima duit tersebut.
Turut ditahan ialah seorang lelaki berusia 43 tahun yang bekerja sebagai pengutip hutang di lokasi dan waktu sama bagi melakukan urusan berkenaan.
Menurut sumber, timbalan pengarah tersebut telah meminta wang rasuah berjumlah RM270,000 itu daripada seorang konsultan kononnya sebagai balasan mendapatkan projek membina menara komunikasi bernilai kira-kira RM31 juta di Kelantan dan Terengganu.
Tambah sumber itu lagi, suspek juga telah menerima bayaran beberapa kali berjumlah RM248,000 sekitar tahun 2015 dan 2016, sebelum ini.
SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM50,000 yang merupakan sebahagian daripada jumlah RM270,000 yang diminta.
Sementara itu, Timbalan Ketua Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Astro Awani
Thu Jan 10 2019
Seorang timbalan pengarah agensi kerajaan dan seorang pekerja swasta direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah projek berkaitan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) di Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Mahkamah tolak rayuan pendakwan persendirian terhadap Zamri, Firdaus
Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan akhir S. Shashi Kumar untuk memulakan pendakwaan persendirian terhadap dua penceramah, yang didakwa menghina kepercayaan dan amalan agama orang bukan Islam.
Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu
Seorang lelaki yang videonya tular membuat provokasi dengan memandu kereta secara berbahaya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Kes Ebit Lew: Saksi khuatir orang ramai tidak percaya jika buat laporan polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau memang berniat membuat laporan polis terhadap Ebit Lew, namun khuatir orang ramai tidak akan mempercayainya.
48 individu ditahan terbabit penipuan dalam talian di Port Dickson
Polis menahan 48 individu kerana terlibat dengan sindiket penipuan dalam talian menerusi Ops Belatuk dan Ops Nuri yang dijalankan di empat lokasi berasingan.
Ebit Lew cerita tentang layanan seks dimahukan - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, pernah berbicara dengannya mengenai layanan seksual yang diinginkan oleh pendakwah itu.
Lelaki warga emas didenda RM1,500 gaduh rebut parkir kereta
Seorang warga emas hari ini didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku memukul seorang lelaki dalam perebutan tempat letak kereta, dua bulan lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Disember 2024.
Suami Zahnita Wilson akan didakwa esok, turut positif dadah
Suami kepada peragawati dan pelakon terkenal, Zahnita Wilson, akan didakwa di mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis.
Lelaki didakwa tipu bagi dapatkan gelaran 'Dato'
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu bagi membantu mendapatkan darjah kebesaran gelaran 'Dato' yang tidak wujud, tiga tahun lepas.