KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan reman empat penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM300,000 daripada ejen serta calon yang mengambil lesen memandu.
Perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Fariza Wan Ghazali selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah pagi tadi.
Sumber memberitahu, kesemua suspek lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an ditahan kira-kira jam 4 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Sabah.
“Kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2021 dan 2022 serta disyaki menerima wang rasuah melalui orang tengah sebagai balasan untuk mengeluarkan lesen memandu kepada calon tanpa perlu mengikuti ujian memandu.
“Modus operandi (MO) yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa ini adalah dengan meminta dan menerima rasuah daripada 'orang tengah' antara RM400 hingga RM1,200 daripada setiap calon bagi mendapatkan lesen memandu pelbagai kelas tanpa menjalani ujian memandu,” kata sumber itu lagi.
Sumber itu berkata, kegiatan haram sindiket lesen terbang ini dipercayai menyebabkan kerugian kepada hasil kerajaan sebanyak kira-kira RM1.5 juta.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Astro Awani
Tue Nov 21 2023
![SPRM tahan empat penguat kuasa terima rasuah keluar 'lesen terbang' SPRM tahan empat penguat kuasa terima rasuah keluar 'lesen terbang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700546512_TBSPRMjpg.jpg)
Kesemua suspek lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an ditahan kira-kira jam 4 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Sabah.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Institut Memandu terlibat rasuah berdepan pembatalan lesen - Anthony Loke Institut Memandu terlibat rasuah berdepan pembatalan lesen - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719119271_Institutmemandu.jpg)
Institut Memandu terlibat rasuah berdepan pembatalan lesen - Anthony Loke
Sindiket lesen terbang atau lesen 'kopi O' bakal berdepan pembatalan lesen pengoperasian serta-merta.
!['Scammer' guna media sosial iklan lesen memandu murah, mudah - JPJ 'Scammer' guna media sosial iklan lesen memandu murah, mudah - JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700720940_LesenMemandu.jpg)
'Scammer' guna media sosial iklan lesen memandu murah, mudah - JPJ
JPJ mengesan kegiatan sindiket penipuan di media sosial termasuk Facebook dan Telegram yang menjanjikan pengeluaran 'lesen terbang'.
![SPRM tahan empat penguat kuasa terima rasuah keluar 'lesen terbang' SPRM tahan empat penguat kuasa terima rasuah keluar 'lesen terbang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700546512_TBSPRMjpg.jpg)
SPRM tahan empat penguat kuasa terima rasuah keluar 'lesen terbang'
SPRM Sabah menahan reman empat penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM300,000 daripada ejen serta calon yang mengambil lesen memandu.
![Lesen terbang mungkin 'penipuan dalam talian' - JPJ Lesen terbang mungkin 'penipuan dalam talian' - JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643556334_DatukZailaniHashim.jpg)
Lesen terbang mungkin 'penipuan dalam talian' - JPJ
JPJ sedang giat menyiasat serta memantau dengan teliti bagi mengesan dan mengambil tindakan selanjutnya terhadap sindiket berkenaan.
![JPJ siasat sindiket 'lesen terbang', pandang serius dakwaan pegawai terlibat JPJ siasat sindiket 'lesen terbang', pandang serius dakwaan pegawai terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-06/81529647621_LesenMemandu.jpg)
JPJ siasat sindiket 'lesen terbang', pandang serius dakwaan pegawai terlibat
JPJ sedang menyiasat dan mengesan pemilik akaun media sosial, Smart Driving School yang menjalankan sindiket penipuan lesen terbang.
![Serah lesen terbang segera atau ditangkap - JPJ Kedah Serah lesen terbang segera atau ditangkap - JPJ Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41538388745_Ismasuhaimi.jpg)
Serah lesen terbang segera atau ditangkap - JPJ Kedah
Setakat ini, dua individu dari Langkawi dan Baling telah menyerah diri dan menyerahkan lesen tersebut secara sukarela.
![Dua minggu lagi untuk serah lesen terbang - Anthony Loke Dua minggu lagi untuk serah lesen terbang - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81537536630_lokesiew.jpg)
Dua minggu lagi untuk serah lesen terbang - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata JPJ mempunyai maklumat terperinci mengenai identiti mereka.