SEREMBAN: Institut Memandu (IM) yang didapati terlibat dengan sindiket lesen terbang atau lesen 'kopi O' bakal berdepan pembatalan lesen pengoperasian serta-merta.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kegiatan rasuah dalam industri pengujian pemanduan perlu dihapuskan kerana tindakan itu akan membahayakan nyawa pengguna jalan raya terutama golongan muda.
"Institut memandu jangan terlibat rasuah, jika ia tidak dibanteras, anak muda menjadi mangsa, kita mahu menyelamatkan nyawa manusia.
"Rakyat juga dinasihatkan tidak mudah tertipu dengan tawaran lesen terbang ini menerusi iklan di media sosial," katanya ketika berucap pada majlis ulang tahun ke-10 RDS Driving Academy Sdn Bhd dan Projek Lesen L Orang Asli, di sini hari ini.
Susulan itu, beliau menjelaskan, pelaksanaan Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik (eTesting) menjadi langkah proaktif dan berintegriti yang diperkenalkan bagi menghapuskan gejala rasuah dalam industri pengujian memandu.
Beliau menyeru institut memandu untuk membiasakan penggunaan sistem itu sebelum penggunaannya diwajibkan pada 2030.
"Kementerian bersungguh-sungguh melaksanakan eTesting supaya dapat memastikan satu sistem lebih berintegriti.
"Gejala lesen terbang sudah lama kita dengar, tapi saya lihat ada perkembangan positif walaupun tidak dinafikan mungkin ada lagi sindiket cuba mengambil kesempatan, kita akan teruskan usaha membanteras rasuah," katanya.
Loke berkata, pihaknya menerima banyak permohonan institut memandu bagi pelaksanaan eTesting sejak diperkenalkan pada April lepas.
Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) sedang memproses permohonan itu dan kumpulan pertama bakal menerima surat dalam masa terdekat. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024
![Institut Memandu terlibat rasuah berdepan pembatalan lesen - Anthony Loke Institut Memandu terlibat rasuah berdepan pembatalan lesen - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719119271_Institutmemandu.jpg)
Anthony Loke meninjau sistem eTesting yang dilengkapkan pada sebuah kenderaan di RDS Driving Academy, Seremban, pada Ahad.
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![Tujuh pekerja sekolah memandu cemas terperangkap banjir Tujuh pekerja sekolah memandu cemas terperangkap banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61685858613_TBbanjir.jpg)
Tujuh pekerja sekolah memandu cemas terperangkap banjir
Kerja-kerja menyelamat dan memindahkan mangsa giat dijalankan menggunakan bot fiber ke tempat selamat.
![Batal permit institut memandu kerana rekod kemalangan bukan polisi - Wee Ka Siong Batal permit institut memandu kerana rekod kemalangan bukan polisi - Wee Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71643893433_DatukSeriDrWeeKa.jpg)
Batal permit institut memandu kerana rekod kemalangan bukan polisi - Wee Ka Siong
Kenyataan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim mengenai perkara itu adalah pandangan peribadi ketua pengarah berkenaan.
![Institut memandu akan dikena tindakan jika ramai pemandu terbabit kemalangan - JPJ Institut memandu akan dikena tindakan jika ramai pemandu terbabit kemalangan - JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643544491_TBKESELAMATAN.jpg)
Institut memandu akan dikena tindakan jika ramai pemandu terbabit kemalangan - JPJ
Antara tindakan boleh diambil ialah membatalkan permit institut memandu terbabit dan menarik balik sijil tenaga pengajarnya.
![PKP: Institut memandu, pusat latihan penerbangan dibenar beroperasi PKP: Institut memandu, pusat latihan penerbangan dibenar beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-04/41459587641_SekolahMemandu.jpg)
PKP: Institut memandu, pusat latihan penerbangan dibenar beroperasi
Kerajaan bersetuju membenarkan institut memandu dan pusat latihan penerbangan beroperasi dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bermula 12 Februari 2021.
![Elemen merit diperkenalkan dalam penilaian institut memandu siri 3 Elemen merit diperkenalkan dalam penilaian institut memandu siri 3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61599141717_DATUKSERIIRDRWE.jpg)
Elemen merit diperkenalkan dalam penilaian institut memandu siri 3
Elemen merit akan diperkenalkan sebagai elemen tambahan baharu dalam penilaian penggredan institut memandu siri 3.
![Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81566599538_MenteriPengangkutan.jpg)
Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke
Kaedah sedia ada memerlukan seorang anggota JPJ berada di sebelah pelajar, namun menerusi e-testing proses tersebut akan dilakukan secara atas talian.
![Pengusaha institut memandu diberi amaran tidak terlibat rasuah - Loke Pengusaha institut memandu diberi amaran tidak terlibat rasuah - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81563639867_AnthonyLoke.jpg)
Pengusaha institut memandu diberi amaran tidak terlibat rasuah - Loke
Kementerian Pengangkutan memberi amaran kepada pengusaha institut memandu agar tidak terlibat dalam kegiatan meminta wang untuk meluluskan Lesen PSV.
![Hanya sembilan institut memandu bertaraf lima bintang - JPJ Hanya sembilan institut memandu bertaraf lima bintang - JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/41459587641_SekolahMemandu.jpg)
Hanya sembilan institut memandu bertaraf lima bintang - JPJ
Sejumlah 117 daripada 200 Institut Memandu di seluruh negara hanya mencapai taraf dua dan satu bintang, ujar Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad.