Pemegang lesen terbang pada Ahad diingatkan, mereka mempunyai masa dua minggu sahaja lagi untuk menyerahkan lesen masing-masing kepada Unit Integriti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri atau berdepan dengan tindakan.
Mengingatkan demikian, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata JPJ mempunyai maklumat terperinci mengenai identiti mereka.
"Kita sudah ingatkan (sebelum ini) semua pemegang atau pembeli lesen terbang supaya kembalikannya kepada JPJ," katanya kepada pemberita pada majlis pesta tanglung di sini, pada Ahad.
Maklumat mengenai lesen terbang terbongkar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 12 pegawai dan anggota JPJ dari Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak sejak 4 Sept lalu.
Selepas tangkapan itu terdapat sekurang-kurangnya dua lagi tangkapan anggota JPJ dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan ini, katanya.
Loke tidak mengulas lanjut mengenai tangkapan tersebut.
Beliau juga berkata pihaknya maklum tentang iklan penjualan lesen terbang di laman sosial antaranya Facebook dan telah mengarahkan Ketua Pengarah JPJ untuk menjalankan siasatan untuk tindakan lanjut.
Kini, terdapat seramai 14,000 pemegang 'lesen terbang' di seluruh negara.
Kesemua 12 pegawai dan anggota JPJ yang ditahan itu melibatkan seorang timbalan pengarah; masing-masing dua penolong pegawai penguat kuasa dan ketua pembantu penguat kuasa; enam pembantu penguat kuasa; dan seorang pembantu tadbir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 01 2018
Loke berkata pihaknya maklum tentang iklan penjualan lesen terbang di laman sosial antaranya Facebook dan telah mengarahkan Ketua Pengarah JPJ untuk menjalankan siasatan untuk tindakan lanjut. - Gambar fail
Najib tidak pasti siapa beri nombor akaun bank peribadinya kepada pihak Arab Saudi
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pasti siapa yang memberikan nombor akaun bank peribadinya untuk urusan kemasukan sumbangan daripada Arab Saudi.
Jurugambar mengaku tidak bersalah, cederakan pereka fesyen
Seorang jurugambar sambilan mengaku tidak bersakah atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua pereka fesyen, Rabu lalu.
Kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Gombak, operasi pemadaman giat dijalankan
Operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah haram di Jalan Bukit Lagong, Gombak sedang giat dilaksanakan sejak ia berlaku 2 Jan lepas.
BMI jangka BNM kekalkan kadar OPR pada 3.0 peratus
BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 3.0 peratus pada mesyuaratnya 22 Januari ini.
61 unit Proton e.MAS 7 disediakan bagi Kepengerusian ASEAN 2025
Sebanyak 61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai antara kenderaan rasmi bagi delegasi utama sepanjang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Malaysia, Jepun muktamad kerjasama bangun sektor tenaga hidrogen Mei ini
Malaysia dan Jepun bakal memuktamadkan kerjasama bagi membangunkan sektor tenaga baharu, hidrogen menjelang Mei ini.
Jurugambar sambilan didakwa cederakan pereka fesyen Razman, Razmi
Seorang jurugambar bebas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan pereka fesyen, Razman dan Razmi, Rabu lalu.
Simpanan Shariah: KWSP perkenal akses lebih pantas, pengaktifan bulanan
Penambahbaikan berkenaan juga membolehkan pendaftaran Simpanan Shariah dibuat secara serta-merta untuk ahli baharu.
Insiden kematian kucing: Pihak universiti jalankan operasi dalaman tangani anjing liar
ACP Ku Mashariman berkata, pihak universiti itu sentiasa memaklumkan kepada polis mengenai tindakan mereka untuk membasmi anjing liar.
PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping
Pemeriksaan mengejut oleh ADAMAS adalah antara inisiatif berterusan persekutuan itu bagi memastikan insiden doping tidak berulang.
Jadual KTM Komuter Pelabuhan Klang-KL Sentral dikurangkan 30 minit pada waktu puncak
Ini bagi mengimbangi kerja-kerja projek KVDT2 selain menambah baik masa menunggu untuk pengguna laluan KTM Komuter bagi kedua-dua laluan.
MOT cadang tarif elektrik khas untuk sektor pengangkutan awam
Kementerian Pengangkutan mencadangkan tarif elektrik khas bagi sektor pengangkutan awam bagi mengurangkan beban pengusaha.
Malaysia, Singapura akan saling bantu bina hubungan dengan negara luar
Malaysia dan Singapura akan terus membantu antara satu sama lain membina hubungan lebih baik dengan negara luar.
Sistem HS-WIM dijangka beroperasi tahun ini, mampu kesan kenderaan berat lebih muatan - Loke
Sistem High Speed - Weight in Motion (HS-WIM) yang dipasang bertujuan memantau muatan kenderaan berat secara automatik dijangka mula beroperasi suku ketiga tahun ini.
Kamera AwAS akan ditambah baik, kelajuan ambil kira jarak dan masa perjalanan - Loke
Ia membolehkan pemantauan kelajuan kenderaan dilakukan secara lebih menyeluruh dengan mengukur kelajuan purata kenderaan antara dua titik kamera berdasarkan jarak dan masa perjalanan.
Anggota JPJ bakal guna kamera badan, tingkat ketelusan penguatkuasaan - Loke
Inisiatif ini secara tidak langsung dapat mengelakkan anggota JPJ daripada dicemuh masyarakat kerana mereka mempunyai bukti ketika bertugas di lapangan.
Tindakan bersepadu banteras isu kenderaan berat bawa muatan berlebihan - Loke
Isu keselamatan kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan akan cuba diselesaikan dengan pemerkasaan tindakan bersepadu termasuk meneliti aspek perundangan.
Pasukan petugas khas ditubuh tangani isu keselamatan kenderaan berat - Anthony Loke
Prosedur pemeriksaan berkala di Puspakom akan diperkemas dengan menambah elemen keselamatan kritikal seperti tayar dan sistem brek.
Bidaan siri nombor plat 'FG' dibuka hingga 6 Jan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuka bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) Putrajaya Siri FG bermula hari ini hingga 6 Jan.
Pejabat JPJ seluruh negara akan ditambah baik secara berfasa - Loke
Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara akan ditambah baik secara berfasa menggunakan konsep baharu yang lebih mesra pelanggan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.