Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya sedang menyiasat beberapa lagi kes rasuah dan salah guna kuasa termasuk kes berprofil tinggi di negara ini.
Tanpa memberi butiran lanjut, Dzulkifli berkata setiap minggu SPRM menyiasat kes-kes baharu selain beberapa kes yang sedang menunggu kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan di mahkamah.
"Kita tunggu lah...jadi orang tertanya-tanya...kalau saya dah bagi tahu, tak saspens...ini yang sebenarnya menjadi kegerunan bagi mereka yang terlibat dengan rasuah. Adakah mereka disiasat minggu hadapan atau bagaimana," katanya kepada pemberita sempena Program Ziarah Kasih SPRM Siri 4/2017 di sini pada Ahad.
Kira-kira 5,000 pengunjung menghadiri program yang dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan itu.
Dzulkifli berkata, usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa yang dijalankan agensi itu bukan usaha eksklusif SPRM sahaja tetapi usaha bersama melibatkan seluruh rakyat Malaysia untuk memastikan negara ini bebas daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Menurut Dzulkifli, SPRM merupakan agensi kerajaan yang mewakili rakyat secara keseluruhan untuk memastikan jentera kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri melaksanakan tugas yang diamanahkan tanpa rasuah dan salah guna kuasa.
Justeru tegasnya, rakyat tidak perlu risau dan takut kerana yang menggeruni SPRM hanyalah mereka yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan tidak bermoral itu.
"Kita memberi jaminan kepada rakyat, bahawa SPRM akan bertindak bagi pihak rakyat...sekiranya terdapat pengkhianatan amanah rakyat tersebut, mengkhianati tugas dan tanggungjawab dengan terlibat rasuah dan salah guna kuasa, maka kami di SPRM tidak teragak-agak mengambil tindakan mengheret mereka ke muka pengadilan," jelasnya.
Beliau mengajak rakyat di negara ini khususnya di negeri Sabah supaya bersatu untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa kerana rasuah boleh melumpuhkan sistem pentadbiran negara sekiranya dibiarkan.
Sementara itu, Dzulkifli berkata keanggotaan Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) yang dilancarkan 1 Ogos lepas kini mencecah 100,000 orang sekali gus membuktikan usaha berterusan agensi itu memerangi rasuah dan salah guna kuasa mendapat sokongan padu seluruh lapisan rakyat.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengamal media yang disifatkan turut bersama dengan agensi itu untuk memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.
"Sebenarnya tanpa media, impak kepada program yang SPRM laksanakan tidak ke mana. Tetapi disebabkan media, maka semua rakyat tahu tentang usaha-usaha yang kita lakukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2017

Dzulkifli mengajak rakyat di negara ini bersatu memerangi rasuah dan salah guna kuasa kerana rasuah boleh melumpuhkan sistem pentadbiran negara sekiranya dibiarkan. -Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Bekas Pesuruhjaya SPRM 'intai' kerusi Parlimen Tasek Gelugor?
Tan Sri Dzulkifli Ahmad dikhabarkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dzulkifli Ahmad tidak tolak kemungkinan sertai parti politik
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad tidak menolak kemungkinan menyertai mana-mana parti politik.

Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak tolak bertanding PRU15
Jika rakyat Tasek Gelugor mahu beliau bertanding, Dzulkifli bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.

Perbicaraan SRC: Wang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bawa maksud kesalahan - Saksi
Saksi memberitahu, wang yang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bermaksud satu kesalahan, jika dia tidak mengetahui mengenainya.

Pendedahan audio: Latheefa gembira dengan komitmen pihak polis
Latheefa Koya harap polis percepatkan siasatan berhubung rakaman audio yang dipercayai membabitkan beberapa individu termasuk bekas Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis" - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"You are the Prime Minister, you should take charge ..." - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara Najib Razak dan Rosmah Mansor berdasarkan rakaman perbualan yang didedahkan oleh SPRM.

SPRM dedahkan 9 rakaman audio 'mengejutkan' tentang dakwaan konspirasi
Klip audio berkaitan perbualan melibatkan isteri Najb, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.

9 rakaman dakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi didedah oleh SPRM
SPRM dedah sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.

Siasatan pinda laporan audit 1MDB dijangka siap sebelum akhir tahun
SPRM menjangkakan kertas siasatan laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini untuk diserahkan kepada Peguam Negara.