PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah merakam keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membantu siasatan berhubung dana RM700 juta bagi tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbiran kerajaan terdahulu.
Kerajaan terdahulu sebelum ini dilaporkan menggunakan dana tersebut bagi menghebahkan agenda kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2022.
Perbelanjaan berkenaan digunakan dua pentadbiran terdahulu dalam menguar-uarkan pencapaian dan usaha kerajaan.
Dalam kenyataan sama, SPRM mengesahkan pihaknya juga memanggil isteri bekas Menteri Kewangan iaitu Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid.
"Selain Nai’mah, SPRM turut memanggil dua anak lelaki mereka iaitu Muhammad Amin Zainuddin Daim dan Muhammad Amir Zainuddin Daim di Ibu Pejabat SPRM bagi dirakamkan keterangan, hari ini (Rabu)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Menurut SPRM, ketiga-tiga individu itu dipanggil memberi keterangan bagi memastikan beberapa perkara berhubung aset bernilai tinggi di dalam dan luar negara yang berada di bawah nama syarikat kepunyaan mereka serta terkait dengan siasatan terhadap Daim.
"SPRM ingin menjelaskan bahawa satu notis telah diserahkan kepada Daim di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 pada 7 Jun 2023.
"Sementara notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 juga telah diserahkan kepada ahli keluarga beliau," tambah kenyataan itu.
Menurut SPRM, sebagaimana yang telah dinyatakan pada kenyataan media bertarikh 30 Disember lalu, siasatan terhadap Daim telah bermula pada Februari lalu berdasarkan pendedahan serta maklumat daripada Kertas Pandora.
Justeru katanya, siasatan terhadap aset milik beliau juga masih terus berjalan.
Daim sebelum ini dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 yang membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan UMNO ketika parti itu mentadbir negara.
Siasatan itu kesinambungan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.
Susulan itu, SPRM pada Jun lalu membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta antara lain membabitkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' dan ahli keluarga mereka.
Daim dan beberapa ahli keluarga antara individu yang didedahkan mempunyai akaun amanah luar pesisir dalam pendedahan terkini ICIJ.
Siasatan dipanggil Pandora Papers atau Kertas Pandora itu membabitkan kira-kira 600 wartawan termasuk The Washington Post, BBC dan The Guardian - berdasarkan pembocoran 11.9 juta dokumen sulit daripada 14 syarikat khidmat kewangan di seluruh dunia.
Umavathi Ramayah
Wed Jan 10 2024
SPRM mengesahkan telah merakam keterangan Ismail Sabri Yaakob dan memanggil isteri bekas Menteri Kewangan iaitu Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid dan dua anaknya. - Gambar fail/Astro AWANI
agenda 9pm 0502
NSL: Klinik beri peluang cungkil bakat generasi muda, bangun akar umbi
Klinik Netball Super League (NSL) yang dianjurkan Astro disifatkan sebagai antara platform terbaik untu mencungkil bakat pemain dalam kalangan generasi muda dan membantu pembangunan di peringkat akar umbi.
Agenda AWANI: Trump mahu Gaza, usir rakyat Palestin?
Bagaimana dunia perlu ‘bertindak’ sebagai respon terhadap kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu ambil alih dan bina semula Gaza serta mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka? Diskusi 8.30 malam
Kerajaan belum muktamad Projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Penduduk harap jalan runtuh segera dibaiki, bahayakan pengguna
Penduduk harap kerja pembaikan jalan runtuh di laluan Kampung Rantau Panjang ke Kampung Besol Lama di Hulu Dungun akibat hakisan musim tengkujuh lalu perlu disegerakan bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.
Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah
Seorang pelancong warga asing cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney hari ini.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.
Gencatan Senjata Gaza: Trump akan berdepan lebih banyak tentangan selepas Jordan, Arab Saudi - Penganalisis
Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff berkata Amerika Syarikat dibawah kepimpinan Presiden Donald Trump akan berdepan dengan lebih banyak tentangan daripada masyarakat antarabangsa mengenai isu Palestin. Jelasnya, selepas sekutu rapat Jordan dan Arab Saudi menolak cadangan Trump mengenai penguasaan Amerika Syarikat di Gaza, lebih banyak negara akan menzahirkan bantahan yang sama. #AgendaAWANI
Gencatan Senjata Gaza: ‘Trump pemimpin tidak waras, penuh retorik, ditolak dunia’ - Penganalisis
Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih Gaza menonjolkan keperibadiannya sebagai seorang pemimpin yang tidak waras dan hanya penuh dengan retorik. Jelasnya, sekiranya Amerika Syarikat terus bersikap sedemikian, maka negara tersebut akan berdepan dengan penolakan besar-besaran oleh masyarakat antarabangsa. #AgendaAWANI
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
Felo Dasar Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Dr. Intan Murnira Ramli berkata ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan. Jelasnya, keyakinan ini berpaksikan kepada sikap ASEAN yang berpegang teguh kepada piagamnya dan peraturan-peraturan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). #AgendaAWANI
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.