KUCHING: Dakwaan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan pagi tadi adalah tidak benar.
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan dakwaan agensi itu mengejar Voon juga tidak benar.
Menurut SPRM, agensi itu telah beberapa kali cuba menghubungi Voon sebelum ini namun gagal dan hari ini, beliau dikesan berada sekitar Kenyalang Park di sini.
Kenyataan itu menyebut pihak SPRM juga telah menjelaskan kepada Voon mengenai keperluan beliau hadir ke pejabat agensi berkenaan bagi membantu siasatan berhubung klip video yang disebarkannya dalam tempoh kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12.
"Beliau juga turut diserahkan notis hadir pemeriksaan Seksyen 30(1)(a) Akta SPRM 2009 sebagaimana kehendak undang-undang.
"SPRM hanya menyampaikan notis pemakluman untuk beliau memberikan kerjasama dalam siasatan. Voon juga telah memberi kerjasama dan telah menghadirkan diri ke pejabat SPRM Kuching pada pagi ini untuk membantu siasatan," menurut kenyataan itu.
BACA: PRN Sarawak: Presiden PBK dipanggil SPRM
SPRM menjelaskan pihaknya sentiasa menjaga etika dan bersifat profesional semasa menjalankan tugas berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Terdahulu, Voon dilaporkan mendakwa beliau telah ditahan oleh pegawai SPRM ketika memandu melintasi Kenyalang Park selepas kenderaannya diarahkan berhenti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 12 2021

Terdahulu, Voon dilaporkan mendakwa beliau telah ditahan oleh pegawai SPRM ketika memandu melintasi Kenyalang Park selepas kenderaannya diarahkan berhenti. - Foto Astro AWANI
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

SPRM nafi tahan Presiden PBK
Dakwaan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan pagi tadi adalah tidak benar.